Monday, March 26, 2018

Siti Aafiyah Binti Khalid : Nama puteri Dato' Sri Siti Nurhaliza

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Siti Aafiyah Binti Khalid : Nama anak Siti Nurhaliza dan Dato' K l Umum sedia maklum yang Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin pada 19 Mac 2018 (1 Rejab) yang lalu. Alhamdulillah, Malam tadi, bersamaan genapnya hari ketujuh kelahiran si comel pipi merah, Dato Sri' Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakr disampiang membuat pengumuman rasmi nama anak dan mendedahkan wajah puteri comel mereka kepada umum malam tadi. 

Anak perempuan pertama bagi Dato' K 

Tengok gambar kat bawah ni. Terpancar cahaya kegembiraan buat pasangan ni. Maklumlah, ini satu-satunya puteri bagi Dato' K dan Siti Nurhaliza. Melalui perkahwinan terdahulu, Dato' K dah pun mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Dato K juga pernat menyuarakan hasrat untuk memiliki anak perempuan, akhirnya hasrat dan doa Dato K termakbul juga.

Gambar : Instagram


Siti Aafiyah Binti Khalid

Sedap betul Nama anak Dato Siti ni kan? Aafiyah. simple dan senang nak ingat. Bukan tu sahaja, nama ni pun mempunyai maksud yang baik. Nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas. 

Maksud Aafiyah 
Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam 'afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah, untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam 'afiyah.

Gambar : Instagram 

Semoga Siti Aafiyah menjadi anak yang solehaha, penyejuk hati ibu dan ayah. Jadi anak yang mendengar kata dan patut pada orang tua ye sayang. Doakan untie pun dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat sendiri satu hari nanti. InsyaAllah..

16 comments:

  1. Comelnya nama macam pemilik namanya jugak hehe.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan si pipi merah ni. muka macam dato siti :)

      Delete
  2. Aamiin..semoga Aafiyah menjadi anak solehah..comel je

    ReplyDelete
  3. Comel kan dia?
    Akak doakan Iqin pun dimurahkan rezeki dapat zuriat satu hari nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. sedap kan nama dia..follow you #499

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, senang nak ingat :) tq follow!

      Delete
  5. alhamdulillah. comelnya dia. akhirnya rezeki tu dtg juga

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... seindah nama sepadan dengan tuan badan...

    ReplyDelete
  7. sblm tok ti umumkan nama ni, dlm hati sy dah mengagak... kalau x siti aaliyah, mungkin siti aafiyah.. ternyata betul laa pula tekaan tu😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...hebatnya anies! boleh jadi ahli nujum ni. hihi

      Delete