Saturday, May 19, 2018

Nak tahu resepi spaghetti bolognese cara aku yang mudah, cepat, simple dan lazat?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Salam Ramdahan semua :D
Semoga di bulan yang mulia ini semua doa-doa kita dimakbulkan. Amin..

Korang masak apa untuk berbuka harini? semalam aku masak spaghetti je, sebab bahan-bahan semua ade kat dapur. Harini tak pasti lagi, hehe wait and see je la nanti. Ada sesape peminat spaghetti mcm aku kat sini? meh aku sharekan resepi spaghetti cara aku. Lets check it out!


pic dari google je, sebab semalam lupa nak snap, dah tak tahan nak berbuka :D


Resepi spaghetti bolognese cara aku yang mudah, cepat, simple dan lazat

Bahan-bahan : 

Mee spageti 
2 tin Sos Spageti 
Ayam/ Daging Kisar 
Hotdog - Potong kecil/ potong dadu
Bawang Besar - Potong dadu
Bawang kecil- potong dadu
Cheese keping - potong kecil
Tomato Cherry


Cara-cara

Spaghetti
1. Rebus dulu spaghetti tu, jangan lupa letak minyak sikit untuk pastikan spaghetti tu tak melekat sesama sendiri - Aku suka guna yang jenis Angel Hair, lagi halus dari mee spaghetti biasa. 2 minit je dah siap!

Tak tau yang mana? nak tengok gambar kat bawah. aku suka beli yang Brand Kimball sebab murah :D

pic dari google


Penyediaan Sos Bolognese

1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Masukkan bawang besar dan putih yang dah dipotong dadu sampai naik bau
3. Masukkan ayam kisar dan hotdog sampai masak (boleh masukkan air panas sikit)
4. Masukkan sos spaghetti (Biasanya aku suka guna yang brand Prego, cendawan + Tradisi )
5. Masukkan tomato cherry
6. Tabur cheese atas sos dan kacau rata.
* kalau tak suka pekat, sila masukkan air lagi tau

Brand pilihan aku untuk sos pasta /pic:google

Tadaaaa. da siap! senang sangat lah. sesuai untuk yang pemalas kurang rajin macam aku ni :D




14 comments:

  1. Hehe pemalas ke kin. Kalau pemalas tak masak spageti tu hihi. Sedapnya. Kinah baru masak sebelum puasa aritu semestinya prego la jadi pilihan

    ReplyDelete
  2. sha pemalas jugak, boleh try la pasni

    ReplyDelete
  3. suka prego jugak berbanding brand lain. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan prego. murah pun murah

      Delete
  4. Peminat spaghetti kat sini hihihi

    ReplyDelete
  5. waduhhh goda iman sggh laa ;-)

    ReplyDelete
  6. tetiba tekak rs nk mkn spagetti laa pulak hahaha

    ReplyDelete
  7. Anak saya pun suka angel hair, saya pilih sphagetti macam biasa..

    ReplyDelete