Wednesday, May 2, 2018

Random Quotes #1

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Random Quotes.

Aku memang macam ni. Kalau terasa kurang bersemangat, aku suka pick random quotes. Cara dia senang je. Korang buka google image, taip random quotes. Lepastu sambil tutup mata, scroll mouse  laju-laju dan dengan spontan terus klik dekat mana-mana quotes yang ada dalam tu. Ini quotes yang aku dapat untuk hari ni :





Deep sangat maksud dia kan?

Kepercayaan..

Jangan pandang rendah pada kebolehan orang lain. Kalau kita bagi ruang pada seseorang untuk buktikan kehebatan dan kebolehan masing-masing dengan cara sendiri, kita mesti terkejut dengan hasil yang tak disangka-sangka.


Setiap orang ada cara masing-masing, ada pendapat masing-masing dan ada pegangan masing-masing. Aku tak faham lah kenapa ada orang yang selalu taknak terima dan tolak mentah-mentah pandangan dan pendapat orang lain. Bagi dia, semua tu tak betul. Semua orang salah. Semua orang kena ikut cara dia.


Biar orang tu jadi diri dia sendiri, tak perlu dia nak ikut cara kau yang belum tentu sesuai untuk diri dia. Tak perlu dia bertopengkan kepura-puraan semata-mata nak puaskan hati kau dan kehendak kau.


Ye,
kami tak perlukan pun topeng tu..

5 comments:

  1. Betul jadilah diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Kalau orang tu ada pendapat or pandangan dia sendiri, respect je la tak perlu tolak mentah-mentah atau memperlekehkan diorang.Betul tak?

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
  3. betull..be yourself..anyway, done follow your blog

    ReplyDelete
  4. nnt di penghujungnya kita yg sakit hati kerana kepura-puraan itu...

    ReplyDelete
  5. Yu.. CouldCou agree more.. Jadi diri sendiri memang lebih bagus dari berpura-pura..

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers