McDonald’s Malaysia luaskan rangkaian McDelivery selaras dengan potensi pertumbuhan dalam khidmat penghantaran


McDonald’s Malaysia luaskan rangkaian McDelivery selaras dengan potensi pertumbuhan dalam khidmat penghantaran

Capaian dan liputan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun dan 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025



PETALING JAYA, 30 Julai 2018 – Memesan sajian McDonald’s dalam keselesaan anda sendiri dipermudah dengan langkah McDonald’s Malaysia meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s, tambahan titik penghantaran di seluruh negara, dan kerjasama dengan foodpanda dalam satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan  makanan McDonald’s , manisan  atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod  pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.
“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke  kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati  kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata, “Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan  memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan  penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.  


Mengenai McDonald’s

McDonald’s ialah peruncit perkhidmatan makanan global yang terkemuka di dunia dengan kira-kira 36,000 cawangan restoran di serata dunia, yang berkhidmat kepada lebih daripada 70 juta pelanggan di lebih daripada 100 negara. Setelah bertapak kukuh selama 35 tahun di Malaysia, McDonald’s berkhidmat kepada 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 267 restoran di seluruh negara. McDonald’s disokong tenaga kerja lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di rangkaian restorannya di seluruh negara, yang menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Mengenai foodpanda Malaysia
Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di  11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my

8 comments:

  1. sayangnya dkt tempat saya ada satu mcdonald dalam satu daerah. punyalah jauh mcdonald tu drpd rumah..:(

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah yeke.. hehe. takpelah, kalau mengidam baru pergi makan :D

      Delete
  2. mari duduk kat area rumah sy. mc d blkg rumah je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. gemok kalau duduk rumah anies ni. hari-hari nak pergi mcD :D

      Delete
  3. Replies
    1. lunch apa? mesti nasi lemak mcd ni ea.. haa

      Delete