Review Pore Purifying Serum Cleanser by Althea

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Review Pore Purifying Serum Cleanser by Althea 


Aku ni kadang-kadang rasa malas sangat nak pakai makeup even celak sekalipun. Sebab apa? sebab memikirkan banyak masa yang akan terbuang bila nak buang makeup dekat muka tu. Leceh tau! Tapi bila tak makeup, muka macam tak berseri kan?

So, Bila diberi peluang untuk try Pore Purifying Serum Cleanser ni secara percuma oleh Althea, aku pun apa lagi, sampai je parcel terus test dekat muka.

Letak je kat muka, terbau mint. Eh dah kenapa kan? Oh rupanya memang cleanser ni ada Mint Extract pun. Aku kurang gemar bauan ni sebenarnya. Tapi sebab kan bau dia soft2 je, so aku teruskan pakai jugak..

dan hasilnya...
1. Makeup cepat cair, senang nak cuci
2. Tak pedihkan mata
3. Gosok-gosok sekejap je makeup dah tertanggal
4. Muka tak jadi tegang lepas cuci
5. Tak mengeringkan kulit muka
6. Dah pakai dekat sebulan dan muka tak breakout!


Pore Purifying Serum Cleanser
RM 33.00 / 150 ml
Exclusive. Hanya dijual di Althea sahaja!

Ingredients
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

CARA GUNA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

1. Untuk membersihkan solekan

Step 1 : Tuangkan Cleanser di tapak tangan dengan kuantiti yang mencukupi 
Step 2 : Sapukan di sekeliling wajah  untuk hilangkan solekan dan kotoran.
Step 3 :  Cuci muka dengan air. Boleh juga gunakan pencuci kedua untuk bersihkan wajah dengan lebih mendalam (Double Cleansing)

2. Untuk mencuci wajah

Step 1 : Tuangkan Cleanser di tapak tangan dengan kuantiti yang mencukupi 
Step 2 : Sapukan dan urut di sekeliling wajah selama 5-10 saat 
Step 3 :  Cuci muka dengan air. 

Yeay, siap! Senang je kan?


Ni contoh.. nak tunjuk pakai dekat muka tak boleh sebab aku ni penyegan orangnya. Hahaa!

Ni aku letak foundation, matte lipstick dan Waterproof eyeliner. Nampak tak ade macam titis air dalam gambar tu? Kalau nak tau tu lah dia cleanser tersebut. Tak cair, tak likat, just sedang-sedang je. Rasa macam air je walaupun katanya serum cleanser ni campur minyak dan air.



Ni lah jadinya bila dah gosok-gosok. cepat cair, tu yang aku suka tu




Tadaaaa! Bila dah bilas dengan air dan lap. memang bersih! 


Kesimpulanya, Pore Purifying Serum Cleanser ni memang dapat membersihkan makeup dan kulit wajah dengan lebih mendalam. Tapi sebenarnya memandangkan aku dah ada cleansing oil dan cleanser favorite aku sendiri, maka produk ni aku jadikan sebagai second choice untuk cleanser (:

But if korang nak try, boleh beli di Website Althea, atau klik je SINI.

Selamat mencuba!




1 comment:

  1. Tengah cari juga makeup remover. Boleh try ni plk la lain kali

    ReplyDelete