Wednesday, May 22, 2019

Althea A'bloom, Best ke tak?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Althea memang terkenal dengan produk kecantikan yang murah dan berkualiti. Kali ni. Althea keluarkan Variasi A'Bloom di mana terdapat 3 jenis produik yang boleh kita cuba iaitu Sheet Mask, BHA Blackhead Blaster dan Meringue Puff. 



Nak tahu best ke tak best? Jom baca. 

A'BLOOM Sheet mask / RM15 (10pcs)

Ada 4 Jenis Sheet mask didalam Variasi A' Bloom yang berunsurkan buah-buahan iaitu Avocado, Peach, Lemon dan juga Watermelon.  Aku dah guna yang watermelon tu, serius sangat best. Saiz dia ngam2 dekat muka, takde terlbih atau terkurang sangat macam mask-mask yang lain yang pernah aku try sebelum ni. Muka pun ade immediate effect after buka mask, means lebih lembab je. Essense banyak!  Bila ade lebihan essence tu aku akan sapu di leher dan tangan. hehe best sangat!



Kegunaan dan Fungsi setiap mask boleh tengok pada gambar di bawah:

Cara guna sheet mask untuk yang tak pernah guna. Maksimum boleh pakai 20 minit je tau, jangan pakai lebih dari tu sebab boleh mengeringkan kulit muka. Untuk yang nak pakai sebelum tido, pastikan jangan tertido masa pakai ni tau. Kalau nak pakai masa tido, better cari sleeping mask je.


A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER/ RM16 (8g)


Sesuai untuk orang yang mempunyai masalah banyak blackhead di muka. Selalunya dekat hidung tu kan? Aku dah try jugak yang ni, nampak ketara perubahan pada hidung, makin licin dan blackhead makin berkurang. Nanti iols buat tutorial ye. haha. 

Cara guna dia senang sangat. Cuci muka bersih-bersih, sapu dan gosokkan BHA Blackhead Blaster pada area yang banyak blackhead dan bilas dengan air. Lepas tu sila belek cermin untuk tengok hasilnya. hehe



A'BLOOM MERINGUE PUFF / RM8 (GIANT).RM11(BABY)

Meringue Puff ni sesuai untuk orang yang suka makeup.  Boleh digunakan untuk sapuan foundation, bedak asas, blusher dan macam-macam lagi. Aku pakai sekali haritu, try guna dengan foundation. Serius smooth sangat hasil lepas tu. Murah dan berbaloi sangat! Korang boleh try samada yang size besar atau kecil. Tapi better beli dua-dua lagi  puas hati tau!










Untuk dapatkan Variasi A'Bloom ni, boleh terus serbu website Althea tau, atau boleh je klik terus link di bawah. 


Selamat mencuba dan Happy Shopping!

1 comment:

  1. Giant Meringue Puff & Baby Meringue Puff tu nmpk mcm cookies je..gerammmm nk ngap haha

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers