Akhirnya dapat kuarters Putrajaya!

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah..



Petang tadi dalam jam 3.40 petang dapat panggilan daripada Bahagian Pengurusan Hartanah  (BPH) . Pegawai perempuan yang call. Hati dah berdebar-debar ni, dalam hati fikir mesti nak tawarkan kuarters sebab no giliran kuarters dah dekat.Hampir 5 tahun menunggu tau! Dan akhirnyaaaa..

" Kami nak buat penawaran kuarters pada puan, adakah puan masih berminat?'

"yes yes yes. haha"

Tapi aku dapat tawaran ni bersyarat tau, sebab rumah yang aku beli, walaupun berada di luiar Putrajaya, ia masih berada dalam linkungan radius 25KM, Puan tu beritahu bila dah dapat kunci nanti aku kena keluar dan beri peluang kepada orang lain pula untuk duduk kuarters. 

Tapi itu pun dah syukur sangat. Sebab sekarang ni aku menyewa di luar. Jadi boleh saving sikit untuk renovate rumah baru bila dah siap nanti. Rumah baru tu dijangka siap awal tahun 2022. 

Lokasi kuarters?
Dalam Putrajaya, tapi belum tahu lagi dapat di mana. Minggu depan baru pihak BPH emelkan surat tawaran tu. Harap-harap dapat berdekatan Office. Boleh aku merempit je pergi kerja nanti. yeay jimat minyak, jimat banyak tuu! 

So sekarang boleh slow-slow kemas barang-barang dalam rumah sewa ni. Duduk berdua je tapi barang banyak mengalahkan keluarga besar. haha!

Nanti bila dah dapat surat tawaran tu, aku post lagi dekat sini ye (: 


3 comments:

  1. Alhamdulillah. Semoga dpt tinggal dkt ofis.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah syiqin.. memang banyak jimat tue bila dah dpt kuarters, at least dptlah renovate apa yg patut kat rumah baru nanti kan..

    ReplyDelete
  3. tahniah! seronok la nanti dah duduk putrajya...tak busy sangat..kan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.