Sunday, March 1, 2020

Power of Love Fun Run

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Power of Love Fun Run 5KM
Cyberjaya
1.3.2020

Event ni lain sikit dari yang lain, sebab tak dapat baju dan medal lagi oleh kerana issue Convid-19. Pihak penganjur inform akan pos selewatnya April nanti. So kita tunggu jelah. Btw, event ni ada 2 kategori iaitu 5km dan 10km, dan kami ambil yang 5KM. Nak lari santai-santai je. hehe

Masa hari kejadian ni, kitorang datang lambat tau sebab salah set masa. haha. Flag off 7.15 tapi 7.15 tu lah baru nak gerak dari rumah. Nasib baik rumah dekat je, dalam 15 minit dah sampai. Memang lengang lah tapak event masa tu sebab semua orang dah berlari, tapi sempat lah kami lari kejar peserta yang kat depan. So masa sampai finishing line, ramai lagi kat belakang. Nasib tak jadi sweeper.hehe

Jom tengok gambar (: 




Nanti bila dah dapat baju dan medal, aku update ye.
jumpa lagi lain entri! 

1 comment:


Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers