Monday, June 15, 2020

Akhirnya aku ada Channel Youtube sendiri!

Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)



Dulu aku selalu tertanya-tanya kenapa orang suka sangat buat Video dan kemudian upload dekat Youtube. Nak popular ke? Nak orang tengok ke? Kalau orang tak tengok macam mana? Tak susah ke nak edit video? Haha.. banyak betul persoalan dalam kepala ni dulu.

Tapi lama kelamaan aku baru faham. Kebanyakan youtuber yang dikenali memang jadikan youtube sebagai tempat menjana income. Ada juga yang macam aku ni, memang sengaja nak upload video untuk kenang-kenangan di masa akan datang. Dekat youtube, semua orang boleh tengok. Kita cuma bagi link dan mereka boleh buka dengan menggunakan internet.  Berbanding dengan upload video di media sosial yang lain, di Youtube lebih teratur.

Contohnya macam Video Hari Raya baru-baru ni, family suka tengok dan kadang-kadang bila sent dekat group whatapps tu susah dah nak cari balik. kena scroll dan kadang kala dah terdelete, dah kena hantar 2 3 kali semula. So bila upload dekat Youtube, memang mudah, Family boleh tengok bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja mereka berada, asalkan ade line internet.

So ini lah dia Channel Youtube aku. Sekadar simpanan video untuk memori di masa hadapan.Mana lah tahu bila aku dah takde nanti, Family boleh tengok semua video ni untuk melepaskan rindu. hehe

So korang, jemput la subscribe, klik je pada link dalam gambar di bawah. Nati aku akan subscribe korang pulak :p


jumpa lagi next entry :)

1 comment:


Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers