Sunday, November 14, 2021

What, Why and where i write?

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ni hari pertama dalam 30 days challenge,  visi mengaktifkan semula blog. hehe.




Soalan pertama : What, Why and where i write? 

Kenapa wujudnya blog ni kan? 
Actually blog ni dah lama sejak 2010. Aku menulis lebih kepada hal-hal peribadi, cerita tentang kehidupan seharian dan orang sekeliling, Dulu masa zaman belajar, memang ada banyak sangat masa untuk menulis. Tapi bila dah bekerja sekarang, masa aku agak terhad dan kadang hampir lupa yang aku ada blog, yang ada domain sendiri. hehe ;p 

Blog ni sebenarnya lebih kepada menyimpan kenangan, pengalaman dan luahan perasaan aku. Dan andai kata satu masa nanti aku pergi dulu, orang-orang yang sayangkan aku boleh baca blog ni buat lepas rindu. hehe.. Bila fikir tentang hal mati ni, automatik rasa takut dan sedih, semua orang pasti mati.. satu benda yang semua orang tahu, cuma tak tahu bila masanya. Semoga amalan kita di dunia cukup untuk sebagai bekalan kita di alam yang sana.. InsayaAllah.. 

Untuk soalan pertama ni, entri pendek je.. sebab aku ada kerja yang nak disiapkan. so kita jumpa next entri okay.. bye!




No comments:

Post a Comment


Post Pilihan

randomposts

Followers