Wednesday, April 24, 2024

Wish List : April 2024

April 24, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?

Actually aku teruja sangat sebab Giveaway yang aku buat haritu dapat sambutan juga. Untuk sekarang, ada tujuh orang yang join. Tak sangka masih ada yang nampak lagi blog ni. Terima kasih tau, yang belum join, boleh klik dekat SINI 

InsyaAllah, hadiah bagi Giveaway ni aku akan update hujung minggu nanti. Semoga korang suka dengan hadiah tu nanti. 

Actually, post kali ni aku nak share tentang wish list aku yang aku nak beli dengan gaji bulan April ni. Memandangkan gaji esok, ada satu benda yang memang aku nak sangat beli. Apa dia?


tadaaa!


Kerusi kerja (Office chair) ni. Actually dulu ada, tapi dah patah, so sekarang guna kerusi lipat je. sakit badan tau bila duduk lama-lama guna kerusi lipat tu. So gaji kali ni nak beli kerusi yang elok dan berkualiti sikit supaya tahan lama. Lepasni boleh buat kerja dengan tenang dekat rumah. Boleh juga selalu update blog lepasni, InsyaAllah.

okay tu je nak share harini,
dah lama tak aktifkan blog, dah tak tau nak taip apa panjang-panjang, hehe

Jumpa lagi!




Tuesday, April 23, 2024

2024 Giveaway by asyiqin.com

April 23, 2024
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua :)
Hai korang apa khabar? sihat ke?


Dah lama sangat aku tak update blog, bersawang dan berhabuk dah. Tapi memandangkan domain baru je renew, jadi nak taknak kena paksa diri untuk selalu update dari sekarang, InsyaAllah.

Jadi sempena baru renew domain blog ni, aku cadang nak buat Giveaway macam zaman blog dulu-dulu, meriah dengan Giveaway, Segmen dan Contest. Agak-agak ada ke yang baca blog ni dan ada ke yang akan join ye? Takpelah, kita cuba je, kalau seorang dua yang join pun takpe, sebab tak perlu bersaing untuk dapat hadiah. hehe. okay tu gurau je.

Meh la join korang, syarat dia mudah sangat tau. Siapa yang join, automatik aku akan masukkan dalam bloglist yang akan aku letak di sidebar sebelah kanan blog ni nanti. Dan aku akan pilih 3 orang bertuah untuk menang hadiah-hadiah yang akan aku post di entri lain. Hadiah mungkin akan bertambah mengikut bilangan penyertaan.


SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:

1. Follow Blog ini
2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.
4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.

Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)


Join tau korang, hehe
kita jumpa lagi di entri seterusnya.


Tuesday, February 20, 2024

Wednesday, September 20, 2023

Bayaran nak masuk rumah baru

September 20, 2023
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ni aku belanja gambar koridor luar dulu :p

Hai semua, untuk makluman, tak lama lagi aku akan dapat kunci rumah. Actually dah lama dah aku sign perjanjian, dalam April 2019. Masa tu memang rumah tengah dalam pembinaan, dan akhirnya tahun 2023 siap juga. Alhamdulillah.

Aku beli rumah di bawah skim perumahan penjawat awam (PPA1M) dan menggunakan Loan kerajaan, LPPSA. Type rumah aku ni kondo. Lokasi pun aku rasa strategik sebab dekat dengan KL dan Putrajaya. so, takdelah jauh nak pergi kerja. Now tengah tunggu ID dan Password dari developer untuk set appointment ambil kunci dekat apps.

Cuma bila nak masuk rumah ni, macam-macam Fee dengan deposit nak kena bayar dulu tau. Bayaran yang aku kena bayar ialah :

TNB : RM510.00 
Property Management Charges (4 bulan advance Maintenance Fee) : RM 695.20
Property  Miscellaneous Charges  : RM 228.99
SYABAS - RM70.00

So now, total yang aku dah bayar sebelum dapat kunci ialah RM 1,504.19

Next nak kena fikir kos untuk defect inspection, kipas, lampu, grill, kabinet dan macam-macam lagi. Banyaknya.. duit mengalir macam air hujan kan bila masuk rumah baru ni. Ada yang nak sponsor tak?

hehe.. ok la, nanti aku sambung lagi next entri. jumpa lagi, bye!

Tuesday, August 22, 2023

Update tentang kes transaksi mencurigakan kad kredit Maybank

August 22, 2023
Assalamualaikum..
Hai semua.. apa khabar?




Ingat tak entri aku yang lepas, kalau tak ingat, boleh baca kat sini tau - 


Tadi buka emel, Alhamdulillah pihak Maybank dah ada update tentang isu kad kredit aku tu. Korang boleh baca kat bawah ni :



Alhamdulillah, tak sampai sebulan pun kes ni dah selesai, duit tu pun dah dikreditkan semula dekat akaun kad kredit aku. Syukur sangat.Terima kasih Maybank sebab tindakan yang pantas, kata ambil masa 3 bulan untuk siasat, tapi yang ni tak sampai sebulan pun. Alhamdulillah.. 

So korang yang baca ni, kena rajin tau semak statement bank masing-masing,  kalau ada transasksi yang mencurigakan, kena cepat-cepat hantar report pada pihak Bank.

Jumpa lagi next entri..

Sunday, August 6, 2023

Enjoy life

August 06, 2023
Hi Peeps!



Selamat hari ahad gais! Ahad korang macam mana harini? Dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah atau pun sekadar buang masa? Ahaha kalau aku, biasanya sabtu ahad kalau takde apa-apa program, tak balik kampung dan suami pun kerja, aktiviti aku ialah tidur. Balas balik tak cukup tidur weekday tu. Yelah, dah kat rumah takde sape, anak pun takde. ada kucing ajeee. But aku make sure la benda-benda basic macam basuh baju, basuh pinggan semua tu aku setelkan dulu sebelum suami balik kerja. hahaha

Weekend Activity
Macam harini, pagi aku balik kampung jap sebab ibu ajak pergi jualan Gedung Siti Khadijah. Ibu belanja telekung SK tau. Thanks ibu! Korang jangan pelik tau, rumah aku dengan kampung aku jarak tak jauh pun, tak sampai sejam pun. So tu yang kalau aku bosan kat rumah, kadang-kadang aku wasap suami minta izin nak balik kampung.

TTC Journey
Ada yang komen berkenaan TTC Journey aku. Well, sekarang aku masih belum sambung apa-apa treatment dan enjoy life. Enjoy je apa yang ada di hadapan. Aku malas nak fikir sangat. Nasib baik juga family sendiri dan family belah suami tak push, kalau tak mesti stress. Masa baru-baru kahwin jelah ada yang macam suruh try itu, suruh try ni. Tapi sekarang dorang pun dah malas nak tanya apa-apa kot. Family belah aku dan suami pun dah ada ramai cucu dah. Belah aku dah ada 5 cucu dan belah suami dah berbelas cucu mama ada. So, kalau kami lambat sikit takpelah ye. Ujian orang tak sama kan. Thanks untuk yang memahami. Bukan taknak, bukan tak usaha.. 

Career
Aku busy tau. Kerja tak pernah habis. Bos aku tuu bila kerja ni tak selesai lagi, dia dah bagi kerja lain.. haha tapi takpe, itulah adat mencari rezeki. kita hadap je. Cuma kadang-kadang ada kerja last minit. Tu yang aku rasa terkilan sebab aku tak boleh buat sehabis baik. Aku kalau buat kerja, aku tak akan buat cincai-cincai tau. Aku kalau boleh nak pastikan kerja tu sempurna di mata aku. So far, aku happy je kerja kat sini sekarang, Alhamdulillah..

ok korang, jumpa lagi lain entri. 
Doakan aku rajin update blog selalu tauuu.










Thursday, August 3, 2023

Transaksi mencurigakan Kad Kredit Maybank

August 03, 2023
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Fuhhh. berhabuk blog ni, jap nak lap habuk dulu.. hehe :p

Eh..by the way, ada something yang aku nak share dan kongsi dekat sini. Pernah tak korang terbaca atau terdengar kisah orang yang kehilangan certain amount dalam statement bank dia? Tiba-tiba je ada cas extra yang entah dari mana asal usulnya. haaa itu yang terjadi dekat aku baru-baru ni.

Satu hari tu, aku tergerak hati nak semak transaksi Kad Kredit Maybank aku. Bila perhati setiap transaksi, baru aku perasan ada satu transasksi yang sangat mencurigakan dan bukan dibuat atas kebenaran dan izin daripada aku. Apa benda tu? FB Ads gais! Sebab aku dah lama tak berbisnes di dalam Facebook dan juga Instagram, jadi sangat mustahil kalau aku ada buat FB Ads buat masa sekarang ni.

So aku terus call hotline Maybank, tak lama je tunggu, panggilan dijawab oleh seorang Customer service lelaki Melayu. Aku bagitahu masalah aku, dan dia nasihatkan untuk tutup dulu kad kredit yang lama dan pihak Maybank akan hantar kad kredit yang baru untuk aku guna. Dan untuk refund, aku perlu isi satu dispute form, macam dekat bawah ni dan emelkan semula dekat Maybank dan perlu tunggu sehingga 65 hari untuk pihak Maybank buat siasatan dan selaraskan apa yang perlu.

Ni borang yang perlu diisi sekiranya ada apa-apa transaksi yang mencurigakan. 


Aku harap siasatan Maybank berjalan lancar dan duit tu dapat dikembalikan semula ke dalam kad kredit aku. Nasihat aku untuk korang, jangan pernah miss untuk semak setiap transaksi dan statement bank yang korang ada. Kalau jadi macam aku ni, cepat-cepat call Maybank untuk khidmat nasihat dan untuk tahu step seterusnya yang perlu korang buat.

Jaga-jaga tau, dunia sekarang ni penuh tipu helah, scammer pun dah makin berleluasa.

Jumpa lagi !



Friday, January 20, 2023

Friday, December 2, 2022

Nasib baik tak punch card lagi

December 02, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Harini ada kejadian yang agak lucu. haha

Kisahnya tadi aku siap-siap nak balik dah. Confident betul siap bawa bag and siap pakai kasut. Nak dekat sampai punch card aku tengok jam, rupanya aku terawal sejam. hahahahaha. Tak sedar diri datang lambat nak balik awal. Nasib baik masa kejadian tu xde siapa perasan, sebab yang lain dah balik. Memang yang lain jenis datang awal. aku je yang lambat. isk

So duduk balik dan kita menaip kat blog ni sampai waktu balik. Alhamdulillah kerja-kerja harini semua dah selesai. syukur.

Minggu depan kalau takde aral, office kami akan berpindah ke Putrajaya. Alhamdulillah dekat sikit dengan rumah. Takdelah aku datang lambat lagi nanti. Actually bukan lambat pun, masih dalam range waktu bekerja. Waktu bekerja jam 9.00 pagi dan aku biasanya sampai office jam 8.40 macamtu. Takut ada yang salah faham better aku tulis siap-siap dekat sini, walaupun aku tahu takde siapa baca blog ni. tu yang tulisan tatabahasa semua ni main hentam je hehe..

Aku nak hidupkan balik blog aku ni. Sayang kalau takde pengisian. Dahla tiap tahun kena renew domain.Walaupun trend sekarang ni mostly dekat short video macam tiktok tu, tapi blog ni masih relevan bagi aku. Aku perasan juga mostly blogger yang ramai follower di blog masing-masing tapi dekat tiktok tak ramai pun follower dengan viewer, tu sebabnya mereka punya engagement dekat blog tu lebih lagi. Orang kenal melalui blog, tiktok pula dikuasi oleh budak-budak muda yang ada banyak masa dan kreatif.

Tabik betul aku dekat orang yang dah ada keluarga besar, bekerja dan masih ada masa nak menulis blog. Aku ni membaca pun macam dah malas, apatah lagi nak menaip. sebab tu dalah tahun 2022 ni, baru ada 3 entri termasuk entry ni. hurm

eh tiba-tiba membebel kan, tadi nak cerita pasal nak punch card je. haha.. Ada lagi 40 minit sebelum balik. Aku nak buat kerja lain pulak.  ok korang, kalau ada yang baca blog ni, aku doakan korang semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan Allah selalu. Assalamualaikum, ada rezeki jumpa lagi.. 


Tuesday, November 29, 2022

Healing

November 29, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Apa khabar? lama sangat dah rasanya aku tak update blog. Untuk tahun 2022 cuma ada satu entri, itupun lirik lagu. 

Tahun 2022
Tahun yang agak berat bagi aku. Berat dari segi ujian, dugaan dan perjalanan hidup aku. Di mana aku mula sedar tentang betapa pentingnya menjaga privasi untuk setiap perkara. Tak semua benda kita boleh cerita sebab tak semua orang akan pandang dari perspektif yang sama.

Ujian mematangkan diri kita. Buat lah sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. Kata kuncinya, sabar. sabar. sabar.

Jika kita sabar dan berserah pada Allah, insyaAllah ada hikmahnya nanti. Jangan pernah putus asa atas segala apa yang menimpa kita.

sampai sini dulu, jumpa lagi.











Wednesday, February 9, 2022

Seindah Sabar

February 09, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


 




seringkali kita tertanya
mengapakah kita diuji
silih ganti

tak berhenti
kadang kala tak terdaya

ada waktu kita tak mampu
ada waktu kita keliru
kita rebah
meratapi nasib
bangkitkan semula harapan kepadaNya



musibah itu hikmah


sabarlah menempuhi dugaanNya
ujian itu pengajaran
untuk kita renung kembali
dimanakah letaknya keimanan

fikirlah sedalamnya wahai insan


muzibah itu hikmah


cukup Allah bagiku
sebaik-baik pembantu

khabarkan berita gembira
bagimu syurga
bagimu syurga
baginu syurga


Saturday, October 30, 2021

Oktober 2021

October 30, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Hi! Hello Oktober ;p

Dah lama tak menaip dekat blog...Lately agak busy dengan macam-macam hal, which is hal kerja dan juga personal stuff. 

Oktober is my birthday months!
Happy birthday myself.. semoga terus kuat menghadapi hari-hari mendatang. 32 years now sekelip mata je. Cepat betul masa berlalu. Semoga bisa membahagiakan orang-orang yang aku sayangi.. Aminn

Actually dalam kepala aku banyak sangat benda..tapi biasalah, siapa yang kenal aku akan tahu, aku tak mudah nak luahkan dekat sesiapa. even in social media.

but whatever it is, im happy (:






Tuesday, September 14, 2021

Friday, June 11, 2021

Pengalaman temujanji dan Side Effect selepas mendapatkan Vaksin Astrazeneca

June 11, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Pada 25 Mei 2021 2021, aku dan suami ke PWTC Kuala Lumpur untuk injection vaksin Astrazeneca. Individu yang berhasrat untuk mendapatkan vaksin, perlu mendaftar di dalam applikasi mysejahtera terlebh dahulu sebelum tarikh temujanji ditetapkan. Untuk aku dan suami, kami merupakan first batch penerima vaksin Astrazeneca sukarela yang dibuka untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur pada pendaftaran pertama bulan April 2021 tempoh hari. Masa tu agak senang nak tempah slot temujanji vaksin sebab website tak jammed sebab belum ramai yang berminat untuk mendapatkan vaksin macam sekarang ni.




Tips penting! 

Sebelum ke tempat pemberian Vaksin, perlu ingat beberapa perkara ni.
1. Makan dulu siap-siap kat rumah, takut nanti takde tenaga pula.
2. Bawa IC atau passport (bagi bukan warganegara)
3. Pastikan handphone ada bateri. Bawa la powerbank siap-siap. Sebab kita kena sentiasa buka applikasi mysejahtera.
4. Bawa pen sendiri! Nanti kena isi beberapa borang. 

Proses suntikan Vaksin di PWTC

Temujanji kami pada jam 9.00pagi. Suasana smooth je walaupun ramai orang yang sama tarikh dan masa temujanji dengan kami. Pihak polis memang sangat membantu dalam mengawal crowd dan perjalanan masuk dan keluar orang daripada pusat pemberi Vaksin ni.

Proses dia tak lama pun, dalam sejam dah siap semua. Sebelum injection tu, akan ada sesi consultation dengan yang pakar dulu. Untuk perempuan Doktor akan tanya adakah sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil. Bila aku nyatakan aku dalam proses TTC dan berhasrat untuk menjalankan proses IVF tahun ni, Doktor nasihatkan untuk tunggu 3 bulan selepas pemberian vaksin dos kedua. Maksudnya dalam awal tahun depan baru boleh start semula perjalanan IVF aku. Tapi okey jugak, ada masa aku nak turunkan berat badan. Alhamdulillah...

Masa doktor nak inject tu, dub dab juga rasa hati ni, tapi rupanya langsung tak rasa apa pun even macam kena gigit semut tu pun tak rasa.. memang tak rasa apa! tahu2 dah siap. haha.. Selepas injection, kita akan ditempatkan di ruangan observation untuk pemantauan selepas injection, dalam 15 minit or lebih, masa tu kalau ada rasa apa-apa yang teruk kena inform petugas cepat-cepat. Alhamdulillah aku dan suami okey je..

Selepas selesai first dose, kita akan dibekalkan dengan satu kad. Kad ni perlu dibawa bersama semasa temujanji second dose nanti.

Kesan selepas suntikan Vaksin AstraZeneca

Dalam perjalanan balik rumah, aku dah start rasa berdenyut-denyut kepala dan pening, Rasa nak mual pun ada. Balik rumah je badan dah start rasa panas-panas dan petang tu dah demam panas. Memang berselubung dengan selimut je. Badan rasa seram sejuk. Kejap sejuk, kejap panas. Tempat suntikan tu pun rasa sakit dan bengkak. Aku demam dekat 2 hari juga tau. Demam yang memang demam sungguh la. Tak larat nak buat apa pun. Tapi side effect setiap orang lain-lain jugak, macam husband aku, dia just sakit badan sikit dan lenguh dekat tempat yang disuntik je. 

Untuk makluman, sekiranya ada side effect lepas injection, perlu update dalam mysejahtera tau, supaya pihak KKM boleh membuat pemantauan. Sekiranya side effect teruk sangat, kena terus call talian kecemasan 999. Ni contoh yang aku update dalam mysejahtera: 




Second dose nanti selepas 3 bulan dari first injection. Semoga dengan pengambilan vaksin ni dapat mengurangkan kebarangkalian untuk kita dijangkiti dan menjangkiti wabak Covid-19 ni. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga dengan ikhtiar ini, kita semua terhindar dengan bahaya Covid-19. InsyaAllah..amin..

#kitajagakita






Thursday, May 13, 2021

Selamat Hari Raya 2021

May 13, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Salam Aidilfitri semua. Raya tahun ni masih dalam PKP kan.. jadi jaga diri dan keluarga ya. kita jaga diri sendiri dan family.. Semoga tahun depan kita bersama dapat menikmati semula kehidupan normal yang dah 2 tahun kita tak kecapi..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan Batin.

Photo by Ihsan Aditya from Pexels


salam sayang,
Asyiqin 

Monday, April 19, 2021

Duit boleh cari, Keluarga tiada ganti

April 19, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua 

Alhamdullilah dah masuk seminggu kita berpuasa. Kejap je rasanya dah seminggu kan? Alhamdulillah..semoga Ramadhan kali ni membawa kerberkatan kepada kita semua.


Actually aku dalam train ERL sebenarnya ni. Aku rasa aku hanya boleh menaip dan update blog dalam ERL je kot. Sebab kehidupan aku super duper sibuk sekarang ni. Sibuk dengan kerja hakiki yang kerja tak putus-putus. Tapi nak buat macam mana, dah adat bekerja so kita redah jelah. Mana yang mampu buat on time kita buat, mana yang dah melepasi due date dan tak siap2 lagi tu aku buat juga slow-slow. Kerja banyak, team aku 3 orang je. Mana sempat nk kejar semua ontime. Dengan kerja2 wahyu pun kadang lagi banyak. Haha!

Kerja penting. Keluarga sejuta kali lebih penting. Ingat tu. Kerja boleh dicari. Keluarga kalau hilang, tiada pengganti. Jangan dikejar sangat hati bos tu sedangkan keluarga sendiri makan hati. Jangan begitu. Asalkan kita buat kerja kita dengan betul, tu dah cukup dah. 

Aku orangnya family oriented tau. Aku bukan workaholic. Tahu tak apa cita-cita aku selepas habis degree? Nak cari kerja yang duduk di office dalam aircond, buat kerja berhempas pulas tapi still balik on time 8pagi - 5petang. Haha! Selain tu, aku ada satu impian, nak berhenti kerja dan buka kafe. Semoga tercapai satu hari nanti. Aminnnn

Okay lah. Train aku dah nak sampai ke destinasi. Nanti kalau ada masa, aku update blog lagi. Bye!


Wednesday, April 14, 2021

Burnout ?

April 14, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua Umat Islam. Selamat berpuasa kepada semua. Semoga bulan puasa kali ini lebih indah dan bermakna untuk kita semua, InsyaAllah.. Amin..

Tapi puasa hari pertama bagi aku sangat mencabar. Tak tahu kenapa semalam aku rasa kepala aku sakit sangat-sangat, Badan rasa lemah dan tak bermaya dan paling teruk, mudah terasa hati. Officemate buat bising depan cubicles aku pun aku dah menangis teresak-esak. Tak tahu kenapa aku nak terasa hati dengan semua perkara. Masa tulah aku rasa tak dihargai, aku rasa semua orang nak ambil kesempatan dekat aku, nak pijak kepala aku and semua yang negatif-negatif belaka. Sampaikan aku ambil half day semalam, balik rumah dan muhasabah diri sendiri. 

Harini aku mintak permission untuk Work from home. Kepala aku masih sakit sangat tapi tak terlalu teruk macam semalam. Yelah, malam tadi dah bermuhasabah diri dan tidur awal. Actually aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Mungkin kah burn out? atau stress? Sebab ni baru pertama kali aku rasa benda ni. Semoga tak berulang kembali.. Tak sanggup dah aku nak hadap situasi macam semalam. Mental aku diserang bertubi-tubi oleh perasaan Negatif dalam diri aku sendiri. Dasyat!

Semoga esok dan hari-hari seterusnya baik-baik saja untuk aku..amin...






Monday, March 15, 2021

Tarikh Gaji Penjawat Awam tahun 2021

March 15, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tarikh Gaji Penjawat Awam tahun 2021


Bagi semua yang bekerja, hari gaji adalah saat yang paling dinanti-nantikan pada setiap bulan. Dengan duit  itulah kita akan berbelanja barang keperluan, selesaikan hutang-hutang dan komitmen bulanan dan sebagainya. 

Bagi penjawat awam, kita boleh semak tarikh kemasukan gaji bulanan melalui Laman sesawang akauntan Negara. Untuk jadual gaji bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :

Di musim-musim perayaan, gaji akan masuk lebih awal. Jadi kena pandai urus pengurusan kewangan masing-masing ye. Kena beringat sebelum merana. gituuu.

ok bye..


Sunday, February 21, 2021


Post Pilihan

randomposts

Followers