Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan..

August 20, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semuanya.

Bagi yg muslim, bagaimana agaknya puasa anda hari ini.Bagi yg bukan beragama islam, semoga hari ini hari yg indah bagi kamu.

Sedar tak sedar, sudah sampai ke 10 mlm terakhir,malam lailatul qadar, malam yg dijanjikan syurga bagi mereka yg bertaqwa. Malam terbaik dr seribu bulan. Malam penuh keberkatan yg sentiasa dinantikan.Semoga malam-malam syurga ini dipenuhi dengan seribu kemanisan iman.

Indahnya bulan puasa.Walau letih tapi tak terasa.Walau dahaga tapi bersahaja. Marah juga cepat reda, ukhwah juga semakin mesra.. Keseronokan menanti berbuka setiap hari di rasa.Moreh yg enak dinanti selepas terawikh di surau. Kanak2 riuh rendah berlari dengan bunga api di tangan satu kemeriahan. Terimbau kembali zaman kanak2 yg tak mungkin berputar lagi.. akhirnya hnya mampu tersenyum sediri.

Semoga kita depertemukan lagi di ramadhan yg akan dtg..insyaallah..




Biarkan aku selalu berahsia..

August 20, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Bila sesuatu kelihatan sulit untuk diperkatakan,biarkan ia begitu saja. Bila sesuatu itu mungkin saja menyakitkan bila yg tidak mengerti sinis, biarkan ia begitu saja. Bila sesuatu itu lebih membuat jiwa tenang tanpa pengetahuan dunia, biarkan ia begitu saja. Biarkan sesuatu itu menjadi rahsia. Biarlah ia menjadi rahsia selagi ia harus begitu. noktah.

Tumblr_looz9aejzh1qiccwjo1_500_large

Mungkin  pahit, tapi  tak terluka. mungkin membiarkan saja itu kelihatan bodoh, tapi lebih baik dari pedih dan diperkatakan seluruh dunia. Biarkan saja ia rahsia.


Tuesday, August 16, 2011

Biarlah aku menjadi yg biasa itu..

August 16, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua.

Seringkali bila mengeluh tentang nasib diri ini, seringkali itu juga ada yang mengingatkan. Masih ada lagi yg sudi mendengar keluh-kesah dan cuba menggembirakan. Disaat diri ini berputus asa, masih ada yg memberi semangat. terima kasih. Lafaz itu saja mampu diungkapkan ketika ini. Tiada harta sebagai balasan. tiada apa pada diri ini. Hanya senyuman dan doa buat yg mengerti.Dan aku senang kerana aku cuma yg biasa itu..

Sememangnya aku beruntung  menjadi yg biasa.. Lebih beruntung kerana aku lebih sihat dari mereka..

Tumblr_lin2dsrp3x1qdpbiv_large
credit to weheartit

aku beruntung menjadi yg biasa..alhamdullilah, masih sempurna akal dan fizikal tidak seperti mereka..

credit to google

Walau tidak berharta,walau tidak ada nama dan walau aku cuma yg biasa..Aku tahu,aku sedar, yg biasa itu yg terbaik..dan biarlah aku menjadi yg biasa itu asalkan aku istimewa dihatinya.. ^_^

Monday, August 15, 2011

Lumrah manusia sukakan yg indah-indah.

August 15, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Bercakap tentang sesuatu yg indah itu sangat menggembirakan.Yg indah itu memang menenangkan jiwa, bisa membuat org gila lupa pada penyakitnya,boleh membuat org yg marah menjadi sejuk hatinya.Sering yg berlaku, indah rupa paras disenangi pasangannya, indah pemandangan alam menceriakan suasana walaupun sepi. indah ceritanya membuat org percaya dan indah tingkah lakunya membuat org jatuh hati.

paras indah. pemandangan menawan.
sekadar gmbar hiasan.credit to Dian Pelangi :)

Tapi bagaimana pula dengan yang hodoh parasnya, masihkah disenangi dan dikagumi? Ramai yg mementingkan hati kononnya, namun pastinya bukan untuk mereka.Lidah senang untuk berkata tapi maksud tersimpang dari suara. Hakikat alam, yg tidak indah itu hanya dikagumi atas kebijaksanaan, hanya disanjungi kerana kekuatan, bukan kerana ikhlasnya perbuatan.dan alam bila sudah tercemar warnanya, masihkah dikunjungi dan dipuja. masihkan bisa menjadi santapan mata dan masihkan tenang itu ada..




Friday, August 5, 2011

Monday, August 1, 2011

sahur yg pertama ^_^

August 01, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua

Update blog kejap lepas sahur nie. sementara nk tunggu masuk subuh kan :) .  Lauk sahur harini simple jek. Sambal ikan dgn air teh panas dgn air suam sekali ^_^. Itupun nasib baik lahh ibu kejutkan. kalau tidak terlepas sahur. Yelahh.. time sy bgun sahur tu tengok yg lain semua dah nak habis makan.Dalam hati pelik. Bile mase lah dorang ni bangun sahur. Nape aku yak sedar ekk? Padahal adik sy yg tido sebelah sy tu yg paling liat bangun. Dah tu bangun bukan nk kejut orang.Aishhh.. Hehe.

ok, da azan da. K, selamat berpuasa semua ^_^



Sunday, July 31, 2011

[salam ramadhan] Lafaz niat puasa,doa berbuka dan doa selepas berbuka.

July 31, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.


Telah diumumkan dlm tv td yg esok puase kan.. Jadi jngan lupe baca niat puase ye :)


Lafaz niat pusa sebulan:
niatsebulanpuasa Ramadhan | Cara Lafaz Niat Puasa serta Doa Berbuka Puasa dan Doa Selepas Berbuka
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Lafaz niat puasa harian: 

 niatharianpuasa Ramadhan | Cara Lafaz Niat Puasa serta Doa Berbuka Puasa dan Doa Selepas Berbuka
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa 

 doaberbuka Ramadhan | Cara Lafaz Niat Puasa serta Doa Berbuka Puasa dan Doa Selepas Berbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa selepas Berbuka 
doasesudahberbuka Ramadhan | Cara Lafaz Niat Puasa serta Doa Berbuka Puasa dan Doa Selepas Berbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Selamat berpuasa semua!! ^_^ 




Post Pilihan

randomposts

Followers