Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, May 14, 2018

Penjawat Awam tidak Perlu bimbang akan desas desus hilang jawatan

May 14, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Bahang kehangatan PRU-14 masih terasa pada semua orang, begitu juga dengan penjawat awam seperti aku. Bila banyak desas desus yang mengatakan akan ada penjawat awam seperti kami ini dilucutkan jawatan, memang amat membimbangkan. Tapi Alhamdulillah, bila PM umumkan yang saiz penjawat awam tidak akan mengecil, memang sangat-sangat lega rasanya. Yelah, apa lah nasib kami kan kalau diberhentikan?

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto Bernama

Memetik laporan daripada Astro Awani :

PUTRAJAYA: Penjawat awam dalam negara boleh menarik nafas lega tentang kedudukan mereka apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa pekerja-pekerja kerajaan tidak akan digugurkan walaupun beberapa perubahan dalam agensi kerajaan akan dilakukan.

“Kita tidak akan gugurkan penjawat awam setelah mereka bekerja.

“Kita akan cari satu cara lain untuk mereka terus bekerja, contohnya dipindahkan ke agensi-agensi yang berlainan,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu negara.



Beliau menambah, sewaktu kerajaan mengecilkan saiz penjawat awam dahulu, jabatan-jabatan kerajaan dipindahkan ke syarikat swasa dan diambil pekerja sebagai pegawai tertentu.

Tun Dr Mahathir turut memberi contoh, sewaktu penswastaan Telekom, kakitangan Telekom dipindahkan ke syarikat swasta dan hal itu mengurangkan pekerja dalam kerajaan. 

Isu tersebut timbul apabila terdapat kebimbangan oleh penjawat awam susulan pengumuman oleh beliau untuk mengecilkan saiz kabinet.

Dalam sidang media itu juga, Tun M akan melalui proses perundangan melalui Lembaga Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Saturday, May 12, 2018

Sejarah tercipta dan janji 100 hari pentadbiran kerajaan baru

May 12, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

9 Mei sejarah tercipta

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.


Sejarah tercipta pada Pilihanraya ke-14 pada 9 Mei yang lepas. Aku dan ramai lagi netizen tak jangka sehebat ini kemenangan Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional (BN). Alhamdulillah, dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan di Malaysia ni, akhirnya suara dan pilihan rakyat mampu mengubah segala-galanya, dan Pelantikan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dah pun diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agung (YDPA). Rata-rata yang aku jumpa kebanyakannya gembira dan berharap akan ada perubahan yang terbaik untuk masa depan generasi yang akan datang.


Peralihan kuasa yang aman damai

Alhamdulillah, majlis angkat sumpah Tun M sebagai Perdana Menteri yang ketujuh sempurna dilaksanakan pada 10 Mei 2018 dalam lebih kurang jam 9.40 malam. Ada sumber yang menakutkan dan memomokkan rakyat kononnya bakal ada rusuhan dan kekecohan, tapi tidak. Aman damai tenteram je Malaysia aku tengok. Semua orang melakukan rutin harian seperti biasa, seolah-olah takde apa yang berlaku pun. 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 10 Mei 2018 - sumber gambar : bharian.



Janji Kerajaan PH - 100 hari pertama pentadbiran 

Aku perhatikan di laman sosial khususnya Facebook, ada yang dah mula menuntut janji 100 hari daripada kerajaan baru. Ade yang bising-bising kenapa masih ada gst, kenapa minyak harga tak turun macam yang dijanjijkan dan macam-macam lagi. 

Well, aku rasa nak je ketuk kepala diorang tu. Haha! Tun M baru je angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, kabinet belum sepenuhnya dibentuk lagi, netizen dah mula dah nak demand macam-macam! Sabarlah sikit wahai netizen.. semua ni perlukan masa dan planning yang teratur dan strategik. Sejak 5 tahun lepas dah sabar kan, takkan la 100 hari yang singkat ni tak boleh nak sabar? 

Janji kerajaan untuk 100 hari pertama pentadbiran


Harapan aku sebagai rakyat Malaysia

Harapan aku lebih kurang sama macam harapan yang lain nya, semoga dengan pemerintahan Tun kali kedua ini membawa 1001 sinar kepada semua rakyat Malaysia dan membawa perubahan yang terbaik untuk generasi akan datang. Aku doakan semoga Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya mampu menjadi role model kepada semua.

Amin.. InsyaAllah.. 

Wednesday, April 18, 2018

Cara semakan nama daftar Pemilih bagi Pilihan Raya ke 14 ( 9 Mei 2018)

April 18, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Umum dah maklum yang kita bakal mengundi pada 9 Mei 2018 (Rabu). (Baca:Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum ke 14)

Undi tu adalah rahsia, dan merupakan satu kewajipan serta tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih calon yang berwibawa sebagai pemimpin negara. Untuk yang bakal mengundi nanti, perkara paling wajib korang lakukan ialah dengan menyemak nama korang dan tempat korang mengundi nanti. Mana lah tau korang pernah buat urusan untuk tukar pusat mengundi kan, so better cek awal-awal supaya tak berlaku kesilapan semasa hari mengundi nanti.

Cara semakan nama daftar Pemilih bagi Pilihan Raya ke 14 

Untuk menyemak, korang boleh klik pada pautan di bawah ni : 


Bila dah klik, just masukkan no kad pengenalan dan akan keluar status macam di bawah :
Selamat mengundi semua !

Tuesday, April 10, 2018

Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum ke 14

April 10, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum ke 14 


TARIKH PRU14 (2018)

Bubar Parlimen : 7 April 2018 (Sabtu)
Penaman Calon : 28 April 2018 (Sabtu)
Pengundian Awal : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Pembuangan Undi : 09 Mei 2018 (Rabu)

Info Rasmi Dari Suruhanjaya Pilihanraya. 
selamat mengundi!