Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Saturday, February 20, 2021

TTC Journey : Jom amalkan gaya hidup sihat!

February 20, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Seperti yang aku ada nyatakan dalam entri yang lepas-lepas, tahun ini memang aku lebih serius kepada usaha TTC. Salah satunya ialah untuk menjalani gaya hidup sihat. Dari dulu lagi memang doktor ada minta aku untuk kurangkan berat badan, sekurangnya 10% dari berat badan sekarang. Jadi, lets make it happen! InsyaAllah by pertengahan bulan ni nak proceed untuk IVF. Semoga dengan asbab penjagaan diri dan kesihatan ni dapat membantu kami menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ni.

So lepas gagal IUI tempoh hari, aku dan suami slow-slow berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Sekarang baru fasa permulaan, kadang-kadang ada tersasar juga tapi cepat-cpat la cover balik. Berat badan aku pun ade pengurangan sekarang ni, Alhamdulillah. Bila dah berkurang berat ni, nak exercise macam jogging dan skipping tu dah mudah rasanya, sebab dah tak sakit kaki. Dulu kalau setiap kali jogging atau join event run, balik tu mesti kaki akan terjengket-jengket sakit giler! tapi now okay dah. tak sakit pun. sukanya happy gila aku!

Haritu slow jog dengan husband. hehe ni pace aku memang slow gini, kalau hubby dah berdesup dah ke depan. Sayang bini kan, so bila jog dgn bini kena lah layan pace bini. haha

Aku cuba istiqamah dan jadikan exercise rutin harian aku. Sekurangnya 30 minit sehari. InsyaAllah.. semoga tak tersasar lagi :p  Hasil pembacaan aku daripada pengalaman sahabat-sahabat yang berjaya dalam proses IUI dan IVF, ade beberapa jenis supplement yang baik dan bagus untuk kualiti sperm dan telur wanita. Contohnya di bawah :

Isteri : COQ10, Vitamin D, Fish Oil Omega 3, Acid Folic 
Suami : Surbex Zink/ Surbex Protect / Profortil 


Aku start amaklan supplemet tu, dan suami amalkan Surbex Zink tu. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik je. Nanti aku sharekan di lain entri secara details lagi tentang supplement ni. InsyaAllah.


So jumpa lagi, bye!



Monday, February 15, 2021

TTC Journey : Cycle selepas IUI

February 15, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Kalau yang baca blog ni akan sedia maklum yang aku telah menjalankan prosuder IUI pada Cycle Disember 2020 yang lalu. Cyce tersebut tak berjaya dan period datang pada DPIUI18, iaitu 18 hari selepas IUI. Aku okey je, sedih tetap ada cuma aku anggap masih belum masanya. Mungkin Allah swt mahu kami terus berusaha lagi. We can do this!

Entri kali ini aku nak ceritakan cycle selepas IUI. Untuk makluman, setiap bulan aku akan cek waktu subur menggunakan OPK (Ovulation Prediction Kit). Boleh dibeli di mana-mana farmasi, Instagram atau online shoppling platform seperti shopee, lazada dan lain-lain. Of course lah lagi murah kalau beli online di mana korang boleh dapatkan serendah 30 sen tau (dasyat sekarang ni seller main harga :p) Btw, Dulu aku penjual OPK dan UPT tau, tapi sekarang stop dulu penjualan tu. InsyaAllah nanti aku akan open balik cuma tak tahu lagi bila.


Cycle After IUI

Disember 2020 - IUI
Period on DPIUI18 - Januari 2021
Period on DPO15 - Februari 2021

Period Pain (Senggugut) 

  • Januari : Masa DPIUI 18, terus keluar fresh blood dan senggugut. Tahap senggugut mild. 
  • Februari : DPO15, period keluar tapi brown spotting je. DPO17 baru keluar fresh blood. Senggugut on off seminggu dua sebelum period, tapi masih di tahap sederhana.

OPK Positif Awal

  • OPK Positif biasanya aku jumpa pada CD16-18. Tapi cycle kali ini CD12 dah positif. Teruja tau sebab tak pernah begini sepanjang aku menggunakan OPK. 
  • So disebabkan itu, cycle aku pun jadi pendek untuk Januari. 27 hari je! DPO15 aku dah period balik

Badan Panas

  • Lepas fail IUI tempoh hari, aku perhatikan badan aku sentiasa panas. husband pun ingat aku demam. tapi bila cek suhu memang suhu normal je. cuma rasa dalam badan sangat panas sampai hidung pun berdarah kadang-kadang. 
  • Sampai lah bila period semula (Cyce Februari), baru kepanasan tu hilang sikit demi sikit. 

Breast Pain/Swollen

  • Januari : Seminngu sebelum period dah rasa.
  • Februari : Biasanya seminggu sebelum period, akan ada simptom ni. Tapi untuk cycle ni, aku cuma rasa 2 hari je. sebelum period. pelik sangat. hahaha
Ada jugak aku tanya dekat group, kenapa rasa lepas iui ni agak pelik sikit flow cycle aku. Tapi rupanya ramai yang mengalami sama macam aku. Katanya sebab kesan ubat yang di ambil masa IUI tu masih ada dalam badan. Wallahualam. But still happy sebab period datang mengikut waktu yang sepatutnya. Alhamdulillah..

Next Step

Self Insemination sudah, IUI sudah, nest step nak try IVF pulak. Ada juga survey-survey hospital untuk IVF, dan paln nak buat pertengahan tahun ni. Sekarang kami jaga pemakanan dan exercise je untuk kurang berat badan sikit, then lepastu baru aku akan contact hospital untuk step seterusnya. Doakan yang terbaik buat kami. InsyaAllah...

Wednesday, January 13, 2021

TTC Journey : Pengalaman IUI Pertama

January 13, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?
Berjumpa lagi dalam segmen TTC Journey Asyiqin yang terbaru. Chewah..hehe

Kalau korang nak baca Journey IVF aku yang lepas-lepas, boleh klik link ni : ASYIQIN TTC JOURNEY 

Pemanian Beradas (IUI)




Alhamdulillah, bulan lepas aku selamat menjalankan prosedur IUI. IUI ni dipendekkan dari nama panjangnya Intrauterine insemination (IUI). Nama dalam bahasa melayunya pula ialah pemanian beradas.

IUI merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan mengunakan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang kurang aktif.Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan ‘catheter’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku- http://www.myhealth.gov.my/


Sebelum buat iui ni, aku banyakkan dulu pembacaan dari internet dan youtube berkenaan prosedur iui ni, jadi bila doktor explain apa-apa, aku dah boleh faham serba sikit. Ok meh aku cerita.

Cantik kan bilik ni? Hihi kat sinilah tempat prosedur IUI dijalankan :p

CD2-CD6

Doktor bekalkan aku dengan clomid 100mg. Clomid ni bertujuan untuk meransang ovari untuk menghasilkan telur. Ubat ni perlu dimakan 5 hari berturut-turut dari hari kedua hingga hari keenam period. Aku makan pada jam 9 malam setiap hari. Oh ya, selain clomid, Dr prescribe juga Metformin untuk dimakan selama 2 bulan. Metformin  ni bertujuan untuk mengurangkan selera makan dan membantu menurunkan berat badan kita. Untuk makluman, BMI aku sekarang ni lebih dari 30. Jadi BMI berlebihan ni sebenarnya tak berapa cantik untuk buat rawatan kesuburan, kebanyakan doktor akan advise untuk cuba dapatkan BMI normal.


CD5

Harini ialah hari ke 5 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut. 


CD9

Harini ialah hari ke 9 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut.


CD12

Harini ialah hari ke 12 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor minta datang semula pada CD ke 15 untuk injection Hucog (Pecahkan telur)


CD15

Harini ialah hari ke 15 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor beri injection HUCOG 10000iu yang bertujuan untuk memecahkan telur keluar dari ovari untuk proses ovulasi terjadi. Beberapa jam selepas injection, aku rasa sedikit pening lalat, mungkin side effect injection tu kot. Tapi masih terkawal.


CD16

Jam 1.30 petang aku dan husband ke klinik untuk mengeluarkan sperm dan melakukan prosuder IUI. Selepas solat zohor, sperm dikeluarkan dan kami dipinta untuk datang semula pada jam 3.30 petang untuk proceed IUI. Fuh berdebar tau. ingatkan sakit rupanya takde rasa apa-apa pun. Proses IUI ni pun sekejap sangat dalam lebih kurang 5 minit. Lepas prosedur selesai, doktor suruh baring dulu dalam sejam baru bangun dan balik rumah. Doktor bekalkan aku dengan ubat Utrogestan iaitu ubat kuatkan rahim dan perlu dimakan 2 biji setiap hari selama 2 minggu. Otw balik rumah husband bawa kereta slow-slow je, sebab start harini sampai dapat result nanti kena jaga diri dan tak boleh nak lasak-lasak sangat. Doktor bagi MC 4 Hari dan aku sambung ambil cuti rehat selama 4 hari lagi.

Lepas selesai prosedur IUI, 
suami boleh datang teman sebab kita kena baring selama lebih kurang sejam dekat atas katil.

Dia pun ade tempat rehat tau. hehe

Buatkan milo panas untuk isteri. Thanks husband!


DPIUI 1-DPIUI 9

DPIUI tu ialah Day past IUI, iaitu hari selepas IUI dijalankan, kebiasannya Doktor minta kita cek UPT pada DPIUI ke 14. Dilarang cek terlalu awal sebab takut dapat false positif sebab kesan Injection masih ada lagi dalam badan. Injection pecah telur tu mengandungi hormon orang mengadung tau sebab nak bagi false alarm kat badan untuk berhenti pengeluaran telur. Tapi aku cek UPT dari hari pertama lagi dan setiap hari sebab aku nak tengok bila kesan ubat tu akan habis. Syok bila dapat UPT positif walaupun tak mengandung. hehe. UPT terang makin lama makin kabur sehingga tak dapat kesan langsung pada DPIUI 9.  Jadi kesan Injection HUCOG 10k pada badan aku bertahan selama 10 hari (Sejak hari pertama injection iaitu CD15)


Dalam tempoh masa ni, simptom-simptom yang aku alami (mungkin kesan ubat kot) ialah sakit belakang, krem macam senggugut berulang-ulang kali dan pening-pening. Tapi rasa dia just mild je, tak terlalu ekstrim.


DPIUI 14

Cek UPT dan Negatif. Hurm mungkin takde rezeki, aku redha.


DPIUI 18

Akhirnya period pun datang dengan jayanya... Mungkin belum rezeki kan, InsyaAllah Allah lebih tahu yang terbaik. Period kalini agak sakit jugak senggugut dia, dan badan panas. sekali lagi mungkin effect ubat. Takpe, belum rezeki lagi. Aku tahu aku dah buat yang terbaik jadi aku takde perasaan ralat tu. InsyaAllah usaha kami suami isteri tak akan pernah putus untuk mendapatkan zuriat sendiri. Mohon doa kepada rakan-rakan sahabat sekalian juga ya.







 

Tuesday, July 14, 2020

TTC Journey : Aku ada Cyst?

July 14, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ini entri susulan dari post  sebelum ini. 

Memandangkan period aku sangat-sangat lewat bulan ni, so aku decide untuk pergi check up di klinik, sebab aku takut ada something wrong dengan cycle period aku kali ni. So aku gagahkan diri pergi klinik pada hari ke 17 period lewat.

Aku pergi dua klinik tau. Dua-dua dalam putrajaya. Kenapa aku bazirkan duit pergi dua klinik? Meh aku cerita.

Klinik A
Klinik ni klinik baru lagi kot, tapi iklan dia bukan main lagi di media cetak dan elektronik. Doktor perempuan, semua staff perempuan. Aku pergi sana cerita pasal period first time lewat. Tapi doktor tu buat endah tak endah je. Dia kata biasanya kalau period baru lewat 2 minggu, kita tak buat apa-apa. kalau tak datang 3 bulan baru kita cek. Pergh, then buat apa aku buang masa kan? so aku cakap dengan doktor yang aku nak scan jugak, aku nak tengok keadaan rahim, sebab aku takut ada yang mengganggu. 

Then memang betul. Doktor scan dan nampak cyst! Tak pernah-pernah aku ada cyst tau. Last scan tahun lepas masa buat treatement kat PBBR, okay je, xde cyst pun. Macam mana cyst ni boleh muncul? sedih! tapi doktor cakap tak perlu risau sebab cyst tu kecik je dalam 2cm macamtu. tapi doktor tu nampak macam tak confident je. Tanya2 pun dia just cakap cmni "Saya rasa tak bahaya.. saya rasa takde apa-apa lah ni.. so bila doktor cakap pun teragak-agak, aku rasa macam tak confident dan nak dapatkan second opinion. Doktor pun cakap dinding rahim dah tebal, so tak lama dah akan period. Dia just bagi ubat turun period je. 



Klinik B
Yang ni klinik Pakar wanita dan Kanak-Kanak, dan aku suka sangat dengan layanan dekat sini, samada dari staff sampailah ke doktor. Lembut dan sangat meyakinkan! Dia cek balik cyst tu, doktor scan dari atas dan bawah. siap printkan gambar bagi aku. Dia kata jangan risau sebab size cyst tu kecik je, dan dia ambil darah nak cek samada cyst tu bukanlah cancer. Masa dia scan tu juga dia ada tanya yang aku selalu rasa nak terkencing ke? Sebab dia boleh agak daripada apa yang dia nampak kat mesin scan tu. Dan memang betul pun. Dia kata ada jangkitan kuman kat situ, So dia bagi ubat dan antibiotik. Dan untuk ujian darah tu dia suruh datang seminggu lagi untuk tahu keputusan.

After seminggu, aku pun datang. Alhamdulillah, cyst tu bukan cancer. So lega lah sikit hati ni, period pun dah datang. Hari ke 21 baru dia datang. Behave tau, lepasni jangan datang lewat-lewat sangat! aku risau. Kalau tak datang sebab pregnant takpelah. hehe..

Eh lupa nak bagitahu, doktor ada tawarkan aku pakej iui dekat sini. So aku ingat nak cuba. Tapi disebabkan aku baru dapat surat bertukar jabatan dalam masa terdekat ni, aku hold dulu iui ni. Doktor cakap nanti kalau dah ready nak buat iui, hari pertama period terus call klinik.

Itu sahaja update tentang TTC journey aku kali ni. Nanti ada masa aku cerita lagi okay. Jumpa lagi, bye!





Wednesday, July 1, 2020

TTC Journey : Period Lewat 16 Hari

July 01, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Period Lewat 16 Hari tapi UPT Negatif


Photo by RODNAE Productions from Pexels


Nak pengsan rasa sejuk betul aircond dekat office ni. Aku nak taip entri pun terketar2. mujur ada blazer, boleh cover sikit sejuk ni.

Today 1 Julai 2020, period aku dah lewat 16 hari, Gosh! ni yang paling lama dalam sejarah hidup aku. Selalu teratur je dalam 28-30 days cycle. Pernah sekali lewat juga, tapi cuma 11 hari. Mungkin ovulate lambat kot bulan ni. Rasa menyesal jugak sebab cycle ni tak Cek OPK. Takdelah aku tertunggu-tunggu period datang kan?

Dah cek upt banyak kali tapi result negatif. Malas aku nak cek lagi. Habiskan stock UPT kat rumah tu jer. haha. Aku pun tak mengharap sangat pregnant, sebab kalau pregnant, by this time mesti UPT akan positif. Cuma aku takut if ada apa-apa masalah. Melalui bacaan di internet, katanya period boleh lambat sebab stress, kenaikan berat badan, penurunan berat badan dan macam-macam lagi. Tapi bila fikir balik, cycle ni aku langsung tak rasa stress, berat badan pun takdelah turun atau naik mendadak sangat. 

Buat masa ni aku nak tunggu seminggu lagi. Kalau masih negatif by that time, baru aku akan jumpa doktor untuk minta ubat turunkan period. InsyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya untuk aku. Sekarang pun aku tengah dalam proses menurunkan berat badan, semoga dapat kurus balik macam dulu dan sihat. Bila badan dah sihat dan cergas, InsyaAllah nak sambung balik treatment TTC aku nanti.

Doakan ya (: 






Sunday, September 29, 2019

TTC JOURNEY I PART 7 : CLOMID 150MG , INJECTION PREGNYL DAN RESULT

September 29, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Dah lama kan tak update tentang TTC Journey ? Ramai yang mesej  personal dekat Instagram dan komen dekat Blog tanya kenapa tak update2 lagi? Aku minta maaf tau.. bukan taknak update tapi adalah sebab tertentu yang buatkan aku rasa terbantut nak update tentang perjalanan TTC. But lepasni InsyaAllah aku akan selalu update. Untuk korang yang baru baca entri ni, boleh baca entri lepas-lepas dulu. Klik je dekat bawah ni okey (:



Dalam entri yang lepas aku ade ceritakan yang aku makan Clomid 100mg, jumpa telur yang matang tapi tak berjaya conceive, So next appointment ni Dr bagi aku Clomid 150mg, banyak sikit dos nya daripada cycle yang lepas. Jom ikut Kronologi di bawah : 

29 Januari 2019
PBBR Presint 8
FT D10 / CD10

Result untuk CD10
Saiz ET (Dinding Rahim) : 5mm
Ada 4 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 13.5mm dan 9mm kiri : 12.5mm dan 12.5mm
Memandangkan telur belum cukup matang, so kena datang lagi untuk buat TVS pada pada CD ke 12.


31 Januari 2019
PBBR Presint 8
FT D12 / CD12

Result untuk CD12
Saiz ET (Dinding Rahim) : 10mm
Ada 3 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 18.5mm  kiri : 14.5mm dan 15.5mm
Memandangkan ade telur yang dah matang di sebelah kanan, jadi doktor inform akan buat injection pada hari ni juga. So kena pergi ambil ubat untuk injection tu di Farmasi di Aras 3 dan serahkan pada nurse.

Prosedur sama macam entri-entri yang lepas, nurse akan cucuk ubat di perut dan inform kita untuk bersama suami dalam masa 36 jam . If inject jam 10 pagi, Jam 10 malam esok perlu bersama suami, Kemudian setiap selang 2hari selepas itu perlu bersama (:

RESULT
Akhirnya..period turun dengan jayanya 
Gagal misi kali ini
teruskan makan clomid 150mg lagi untuk next cycle 





1 April  2019
PBBR Presint 8
FT D11 / CD11

Result untuk CD11
Saiz ET (Dinding Rahim) : 6.9mm
Ada 5 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 10mm dan 8.5mm kiri : 15mm,14.5 dan 8.6mm
Memandangkan telur belum cukup matang, so kena datang lagi untuk buat TVS pada pada CD ke 13.


3 April 2019
PBBR Presint 8
FT D13 / CD13

Result untuk CD13
Saiz ET (Dinding Rahim) : 9.2mm
Ada 5 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 13.3mm dan 11.4mm  kiri : 20mm,18mm dan 8,6 mm.
Memandangkan ade 2 telur yang dah matang di sebelah kiri, jadi doktor inform akan buat injection pada hari ni juga. So kena pergi ambil ubat untuk injection tu di Farmasi di Aras 3 dan serahkan pada nurse.

Prosedur sama macam entri-entri yang lepas, nurse akan cucuk ubat di perut dan inform kita untuk bersama suami dalam masa 36 jam . If inject jam 10 pagi, Jam 10 malam esok perlu bersama suami, Kemudian setiap selang 2hari selepas itu perlu bersama (:

RESULT
Gagal lagi misi kali ini

Untuk next cycle, Doktor tak nak bagi clomid lagi dah. Doktor advise untuk turunkan berat badan sehingga BMI bawah 30 baru datang untuk next session. Mungkin IUI kot? sebab dulu doktor cakap try 3 kali clomid, then akan proceed dengan iui.

Sekarang BMI aku 32.1, perlu kurangkan lebih kurang 7kg untuk set next appointment. Masa aku taip entri ni baru berjaya kurangkan 2kg. Doakan aku berjaya untuk kurangkan berat badan ye kawan-kawan. 

Jumpa lagi next Journey seterusnya (: 






Saturday, September 14, 2019

Himalaya Welness Supplement untuk TTCians : Shatavari dan Goshkura

September 14, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua 

Selain menjaga pemakanan dan juga senaman secara berkala, kita juga disarankan untuk mengamalkan pengambilan supplement tambahan sebagai pelengkap diet harian. Lagi-lagi dengan cuaca sekarang yang tak menentu, apatah lagi tengah musim jerebu kan sekarang ni. memang kesihatan diri terutama kesihatan dalaman perlu dititik beratkan.

Untuk orang yang tengah berikhtiar untuk hamil (TTC) macam aku dan suami, kami memang mengamalkan pengambilan supplement yang berkaitan untuk dalaman masing-masing. Sejak awal kahwin memang dah amalkan produk dari Himalaya, sebabnya yakin sangat sebab supplement tu dari herba semulajadi, so selamat dan takde kesan sampingan yang buruk sepanjang kami amalkan. Untuk baca serita pasal TTC Journey aku, boleh klik SINI

Himalaya Women Wellness Shatavari


Actually, semasa mula berTTC seawal 3 bulan perkahwinan kami aku memang dah amalkan pengambilan Shatavari ni sebab Shatavari ni memang agak popular dikalangan TTCians, sebab antara khasiatnya mampu stabilkan hormon dalaman wanita, yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.Cuma dulu packaging dia lain sikit, sekarang dah upgrade jadi lagi cantik.

Apa yang aku perasan, sejak konsisten amalkan shatavari, sengugut yang teruk aku alami sejak zaman anak dara dulu beransur-ansur hilang dengan sendirinya, dan emosi aku pun senang nak handle. Takdelah rasa nak marah orang je selalu bila tengah PMS. Yelah, hormon tengah tak betul kan masa PMS tu, Selain tu, bila amalkan Shatavari ni, senang nak dapat Positive OPK (Ovuvalation Test) setiap bulan. OPK ni bantu kita detect masa ovulation. Alhamdulillah, memang senang sangat jumpa OPK Positif, tapi rezeki tu je yang belum ada lagi. Soon, InsyaAllah. Allah sebaik-baik perancang kan?

Shatavari ni bukan untuk TTCians je tau, yang bukan ttcians pun boleh amalkan. Antara kebaikan Supplement ni seperti di bawah:
  • Menormalkan rembesan hormon.
  • Membantu dalam penyusuan susu ibu.
  • Melegakan simptom menopause
  • Merawat gejala PMS, melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah
  • Meningkatkan kesuburan dimana ia menyuburkan organ pembiakan wanita dan mengawal ovulasi.


Himalaya Men Wellness (Goshkura)




Alhamdulillah, beruntung dapat seorang suami yang sangat supportive. Aku ajak pergi rawatan, ikut, Suggest makan supplement pun tak membantah. Suami pun dari dulu memang ada amalkan supllement, tapi bertukar-tukar brand. Katanya tak jumpa lagi Brand yang dekat dihati. Chewah!

So bila restock Shatavari haritu, mata terpandang supplemet Goshkura ni, memang khas untuk kesihatan dalaman lelaki, aku suggest husband untuk cuba. Memandangkan husband ni kerja shift tak menentu, kadang tu dari awal-awal pagi sampai lah ke tengah malam, so nampak muka yang keletihan bila balik dari kerja, emosi pun kadang-kadang tak stabil sampai aku pun naik risau. Kadang sampai demam-demam pun gagahkan diri pergi kerja. Orang workaholic kan, memang jauh berbeza dengan aku yang jenis santai je ni.

Sejak amalkan pengambilan Goskura ni, lebih kurang sebulan lebih dah pun, memang nampak sangat perubahan ketara tu. Bila balik rumah dah tak nampak penat, nampak happy je dapat jumpa isteri comel dia ni, haha! Sama macam aku, emosi dia pun dah boleh kawal. Emosi yang stabil dan badan yang bertenaga tu penting tau untuk conceive. Tu sebagai salah satu ikhtiar untuk TTCians juga. 

Cara Penggunaan


Ambil 1 biji selepas makan. Dimakan dua kali sehari 



Untuk maklumat lanjut korang boleh layari web Himalaya di bawah ataupun media sosial Himalaya.


Saturday, February 2, 2019

TTC JOURNEY I PART 6 : CLOMID 100mg , Injection Pregnyl DAN RESULT

February 02, 2019

TTC JOURNEY I PART 6 : CLOMID 100mg , Injection Pregnyl DAN RESULT


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Hai semua, semalam masa baca komen dekat blog ade seseorang minta sambungan TTC Part 6. Wahhh ade orang baca la blog kita. hihi teruja kejap tau.

Hai Syafiqah! 

Kebetulan minggu ni cuti lama sempena Cuti Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina, so jom la baca TTC journey Asyiqin episod ke 6. hehe. Untuk entri yang lepas, korang boleh klik link di bawah ni :



Kalau korang dah baca sampai Part 5, appointment terakhir adalah pada 25/10/2018. Doktor suggest untuk makan clomid untuk bantu besarkan saiz ovum. Untuk period bulan 11, aku belum makan lagi clomid sebab sibuk sangat dengan kerja hakiki bulan tu. Jadi aku start makan pada Cycle period bulan 12. 


18/12/2018
CD1
Period datang dengan jayanya. Hari ini aku kena start makan Pil Progynova yang berfungsi untuk tebalkan dinding rahim. Perlu makan dari Hari pertama hingga ke 14 period. 


19/12/2018
CD2
Period hari kedua. Perlu start makan clomid 100 mg (2 biji sekali makan, sebab satu biji tu 50mg ). Clomid perlu dimakan pada hari kedua hingga hari ke enem period. Walaupun period dah habis pada hari ke 3-4, still kena makan clomid sampai habis.


27/12/2018
PBBR Presint 8
FT D10 / CD10
Harini hari Ke 10 dari first period (CD10). Nurse minta datang pada hari ke 10 untuk cek saiz telur. Untuk cek saiz telur ni, doktor akan buat Transvaginal Scan (TVS) iaitu cek dari bawah, means dari faraj kita. Contoh macam gambar di bawah ni :

Doktor akan tengok ketebalan dinding rahim (ET) dan saiz telur dari skrin monitor tu. 
Ketebalan dinding rahim yang paling bagus ialah 8mm ke atas 
manakala Saiz telur yang diperlukan ialah 18mm ke atas. 


Result untuk CD10
Saiz ET (Dinding Rahim) : 7mm
Ada 3 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 8mm dan 7mm, kiri : 8mm
Memandangkan telur belum cukup matang, kena datang lagi untuk buat TVS pada pada CD ke 14.


31/12/2018
PBBR Presint 8
FT D14 / CD14

Result untuk CD14
Saiz ET (Dinding Rahim) : 8mm
Ada 2 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 12.5mm, kiri : 14.5mm
Memandangkan telur belum cukup matang, so kena datang lagi untuk buat TVS pada pada CD ke 16.


2/1/2019
PBBR Presint 8
FT D16 / CD16

Result untuk CD16
Saiz ET (Dinding Rahim) : 10mm
Ada 2 telur yang respon dengan clomid : Kanan : 15.5 mm, kiri : 19.5mm
Memandangkan ade telur yang dah matang di sebelah kiri, jadi doktor inform akan buat injection pada hari ni juga. So kena pergi ambil ubat untuk injection tu di Farmasi di Aras 3 dan serahkan pada nurse.

Ubat ni yang akan disuntik dalam badan nanti

Nurse akan suntik PREGNYL 5000IU ni dekat perut tau. Memandangkan untuk cycle ni telur sebelah kiri yang lebih besar, so nurse akan inject dekat perut sebelah kiri. Lepas inject ni, lepas 36 jam baru boleh bersama suami, dan selepas tu setiap selang 2 hari lagi kena bersama. 

Nurse pesan untuk cek upt sebulan selepas tarikh injection ni. kalau upt positif, kena call klinik, kalau upt negatif kena start makan clomid pada cycle seterusnya. Aku dah dibekalkan siap-siap dengan Pil Progynova dan Clomid 150mg (3 biji sekali makan) untuk dimakan sekiranya cycle ni tak berjaya.

Bila diberika suntikan Pregnyl, upt juga akan dapat false positif tau, sebab nurse cucuk hormon mengandung dalam badan kita. So kalau nak cek upt, boleh cek 2 minggu selepas suntikan ni untuk pastikan yang Hormon HCG dari suntikan betul-betul dah dikeluarkan dari badan.


RESULT 

Jeng jeng jeng,,,

resultnya adalah NEGATIF!. Tepat 33 hari period pun datang dengan jayanya. Cuma kali ni sengugut bukan main sakitnya.tapi sekejap je lah. effect ubat kot kan? 

So sekarang aku tengah teruskan dengan clomid 150mg, nanti aku akan cerita lagi di blog untuk Part 7 ye. stay tunned! 

Post Pilihan

randomposts

Followers