Monday, December 6, 2010

Bukit Gambang waterpark

December 06, 2010
Salam,hye. hari jumaat smpai la ke ahad hari tu, sy n family pergi bukit Gambang Waterpark. ade family day la tempat ayah bekerja. yg menarik dan tertariknya, ini kali pertama semenjak sy hidup selama 21 tahun ni menjejakkan kaki ke waterpark. haha. syahdu kan. rasenye lau xde family day ni, xkn sampai lah diri ni nak main2 air kat waterpark cmni.. huhu..

Mcm2 dugaan datang nak sampai kat bukit gambang. Dah la dlm pejalanan kiri kanan hutan je.. bosan betol. xde pemandangan warna warni pun. hijau je semua..x membangun lg ke pahang nie..ish2. marah org pahang nanti. pastu terpaksa menahan diri nak buang air sbb petrol station yg kami pergi semua takde air tuk 2 hari. gila!! Dalam perjalanan, sempatlah singgah di rumah sepupu ibu di Felda Lepar 2 kat mane tah. dalam pahang laa..kat kuantan kot.x dapat la nak dipastikan. ^_^. sbbnye nk chek in kat resort ne tggu kul 3 ptg.

Ni sepupu sy, Aina. sgt bising mulut die mengalahkan mak nenek.
asik tnye bile nk sampai. nape x sampai2 lg.
asik tnye jam kul bape je. geram betol melayan minah ni. aii..


Ok, da pukul 3, so pas makan2 kat umah sepupu ibu, kami gerak la p bukit gambang resort. pe eh namenye..carribean resort lau x silap. masing2 muke tensen je. penat2. x sabar2 nk cari katil dan tido dgn lenanya. huhu ;p bile da sampai, solat asar berjemaah dan pastu mate mmng xle tahan da. lelap2 smpai la ke mgrib.. Ibu kejut sbb nk pi dinner, so pas solat mgrib kami pun bersiap2 la. Bengang jugak rasenye sbb pihak resort tak sediakan iron/ seterika. haha. demand kau syu. yela, sbb dulu semua hotel n resort yg pena kami pegi semuanya lengkap. yg ni aje cmni. tp xpe la, sbb resort ni kan baru lg.dimaafkan.So, dgn baju yg nerkedut seribu sy melangkah dgn yakinnye p mkn tnpe menoleh kiri dan kanan. haha

ni maso ngah bersiap tuk makan mlm. dari kiri me, my sis n Aina.



Sempat lg tgk persembahan akrobat n magic show dr Atlet china.


Sampailah saat yg dinanti2. masa bermain air di waterpark!! haha. leceh betul la. nk kena p tuka tiket laa.. ne topap bagai, nak g sewa pelampung n sewa loker. Semua ni sy yg ne buat sbb ayah xmo ikut main2 air. huii lama sgt. sbb ramai sgt org yg dtg. mcm2 org, india, cina melayu ada. lengkap wakil 1 malaysia. xdpt snap pic byk kat cni sbb i guna kamera x cnggih.. x kalis air.. huhu.

ni si Aina n my sis. bdak 2 org ni x mengenal lapar n penat. puas la ibu n sy ajak balik, tp xmo, so terpksa la tunggu dorg puas main air. huhu

2 pic ni ihsan dr cik google.

Keychain

Ni masa annual grand dinner. pada malam kedua harinye di waterpark ballroom. temanye hijau. kami tak tau pun ne kai hijau. ayah tak bagi tau pun. huhu..xde sorang pun dlm famili kami pkai hijau. ayah kai cream color, ibu dgn maroon nye, si Aina dgn jubah merah, my sis kai purple n me kai oren. haha. lansung x ikut tema ^_^. oh, no 56 tu no meja kami.

budak 2 org ni mmng suke begambo.

okeh, time untuk pulang. balik ke tempat asal. di sini bukan tempat kami..

Bye2..jumpe lagi..insyaallah ;p

Tuesday, November 23, 2010

gud luck 4 all spm cndidates :)

November 23, 2010

Salam,hye.selamat pagi. jap lg kul 10 nk g keje, sekarang bole la g jln2 dlm dunia maya nie.

Semalam first day keje part time.. mmng xde keje pun. hehe. duk je tgk customer lalu lalang. ade gak la yg beli kasut skola tu, tp x ramai. yela. bdk2 kan baru je cuti skola..Tp yg x bestnye tu, tempat kasut tu duk kat tgh2. Dikelilingi department2 len mcm pampers, brgn muslimin n textile. Dah la staff tak ramai pun. ataupun xde staff.bole la gitu.hee.. jadi sy dgn illa la jadi mangsa melayan karenah2 customer yg nk itu ini. hehe..bos, patutnye byr gaji kami lebih tau.. ini kan bukan keje kami sbnrnye. kami cume promoter (: tapi x kesahla, seronok gak keje cmni. walaupun agak letih.

Eh2, harini SPM kan. my adik ngn sepupu yg 3 org tu amek spm arini. paper BM katenye. Harap mereka dapat buat yg terbaik. n Selamat menempuh peperiksaan buat spm candidates kat luar sane. chaiyok2!! ^_^

Ehem. bile la agaknye result uitm nk kuar nie.. dup dap dup dap rase jntung nie. i nk grad dgn flying colours.. insyaallah. n yg x sabonye nak tau dapat degree kt mane nt.. huhu.. ^_^

Sunday, November 21, 2010

Blogger in da house : khas buat blogger baru

November 21, 2010


Salam, hye.hari ni nk join satu mende best. Satu segmen drp Encik Ben Ashaari untuk membantu blogger2 baru termasuk la sy ^_^ . terima kasih yaa En Ben :)

Kepada blogger2 lain, blog burok ni lebih kurang mcm blog org lain, kdg2 ade cerita tentang kehidupan seharian, n kdg2 ade info siket2 yg diselitkan. pendek kan cerita, blog nie biase2 je :)

Hope lepas ni dapat ramai kwn2 blogger ye.. Salam ukhwah drp saya.. =)

uniknye si juling ^_^

November 21, 2010


Korang mesti selalu jumpa orang2 di sekeliling yang bermata juling kan? Dorg ni biasanya mmg nampak x cantik dan nampak macam pelik je...( ade aku kesah?.. huhu ) Kalau kat sekolah ke dah mestilah budak2 yang juling ni kene ejek dengan budak2 lain. (tp i x penah kena lg la..) Tapi tau tak korang juling ni adalah bersebab, dan jika dikesan dari awal yakni pada zaman kanak2, juling ni dapat dirawat.. Kat sini disenaraikan Frequently Asked Question tentang juling ni....


Amende sebenarnya juling ni?

Juling (Squint) adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak selari. Maksudnya, satu mata macam memandang ke arah lain dan sebaliknya..Orang yang juling ni ada yang matanya kelihatan masuk ke arah dalam (ke arah hidung) dan ada yang ke arah luar (ke arah telinga). Ada jugak kategori juling mata ke arah atas dan ke arah bawah, tetapi kes seperti ni mmgrare....


Ape yang sebabkan juling nih?

Biasanya disebabkah oleh otot- otot mata yang tidak berkeseimbangan dan lemah. Juling konvergen menyebabkan mata terarah ke dalam, manakala juling divergen pulak terarah ke luar. Sebagai contoh, otot yang mengawal pergerakan mata kanan ke arah dalam telah lemah. Ini akan menyebabkan mata kanan akan lebih terdorong untuk bergerak ke arah luar (ke arah telinga) berbanding mata kiri yang mempunyai keseimbangan otot2 yg baik...


Mengapakah juling boleh menjadi masalah?

Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Disebabkan itu, otak kanak-kanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk mengelakkan kekeliruan. Inilah yang akan menyebabkan ambliopia atau mata malas. Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada usia yang awal kerana rawatan adalah lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda umurnya.

Apakah rawatan untuk mata juling?

Juling ni tak bolen hilang dengan sendiri. Rawatan segera diperlukan. Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan bergantung kepada jenis juling...

  • Cermin mata atau kanta sentuh biasanya diperskripsikan untuk membantu mata melihat dengan lebih baik.
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan ke dalam otot mata adakalanya diberikan.
  • Pembedahan kadang2 diperlukan untuk menyelarikan mata.
  • Latihan senaman mata dan terapi juga boleh dilakukan untuk jenis juling tertentu.

Friday, November 19, 2010

kalau jmpe binatang nie,cpt2 lari k :p

November 19, 2010



Salam,hye. Pernah tak nmpak lalat yg rupe die mcm nie? (geleng2..x penah lg nmpak)

Tapi kalau la terserempak, lari la cepat2, atau amik je pemukul lalat tu, pukul je sampai die koma. okeh??

Kejam ke? tak laa. bahaya tau lalat pasir nie.
Die la punce kpd penyakit Cutaneous Leishmaniasis (CL) (nk tau lebih2 p la cek kat pak google ye :p)


Ia adalah sejenis penyakit parasit yang disebarkan oleh lalat pasir betina atau phlebotomine. Serangga Sepanjang dua hingga tiga milimeter itu memerlukan darah manusia atau haiwan untuk membolehkannya membiak. (mcm vampire pulak..aish )
Penyakit nie boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan tidak membahayakan nyawa. Tapi tinggalkan kudis pd mangsa..eii.. :(
walaupun kononnye x merbahaya. tapi korang nk ke kulit korg yg lawa putih gebu cun melecun jd mcm nie? kompem xnk kan..jadi anti sosial pulak nnt..

Nak bg elok pun ampai ne cucuk2 oit. sakit tuu..

jadi mulai skrg, jagelah kebersihan persitaran anda.Awasilah lau ade lalat2 yg terbang2 tu ye..
sbb lalat nie suke tmpat2 yg TAK bersih aje.. ^_^

.sumber dari kosmo online.


Post Pilihan

randomposts

Followers