Monday, January 23, 2012

Sekali lagi kau lukakan aku.

January 23, 2012
Assalamualaikum.


Dulu kau cakap, kita bersama harungi segalanya.Bila kau ada dia, kau lupa semuanya. Kau lupa aku, kau lupa kata-kata kau dulu. Kau hancurkan lagi hati ini. Aku selalu mengalah. Aku selalu menangkan kau walaupun kau yg salah. Aku tahu aku silap di situ. Terlalu banyak kesempatan yg kau ambil atas kelemahan aku. 


Wednesday, January 18, 2012

Semester 4 dan kenangan.. part 1 :))

January 18, 2012
Assalamualaikum wbt..

Semester 4 dan antara memori yang tercipta.Ada pahit ada manis.  


Sem ni duduk rumah sewa, actually dapat rayuan kolej, tapi dah janji dgn kawan nak duk luar bersama. Tapi ya Allah, mcm2 dugaan yg datang dalam rumah ni.


Banyak duet habis sbb duduk kat luar. Yg ni memang tak dinafikan. Sebab share satu rumah beli washing machine ngan peti ais ngn dapur dgn ampaian dan lain2 lagi  =.='


Awal sem pergi kelas tumpang Eja sbb die bawak motor. So, tak boleh lambat sbb kena ikut Eja punye timing.


Ayah mendengar rintihan anaknya, tak mahu susahkan org dan mengharap orang lagi. Jadi ayah belikan motor ex5 merah buat anaknya ini. Thanx ayah.. hehe ^_^

Walaupun dah ade lesen motor dan kereta sejak lepas spm, tapi jarang sgt bawak. so, bile dah dapat motor kena practise berhari2 sampai diri sendiri yakin. Terima kasih ibu dan ayah sebab memberi keyakinan 100% pada kakak, walaupun tau yg kakak ni kekok bawak motor kan. Terima kasih juga pada adik2 yg memberi sokongan moral. Tanpa kalian mesti kakak da give up. sbb diri sendiri tak pernah yakin nak bawak motor atas jalan raya yg sesak. now, dah biasa :))

Kena hempap dgn ex5 kesayangan lepas habis kelas csc. Ada seorang hero yg tolong, tapi tak ingat muka die walaupun rasenye dah lebih 4 kali ucap terima kasih. haha :p

Helmet baru yg bewarna merah hati berjaya dicuri oleh orang yg tak bertanggungjawab semasa sedang syok tgk ombak rindu dgn zira kat jusco bukit raja.


ade banyak lagi.. tapi.. to be updated.. :))

Tuesday, January 17, 2012

Blame yourself.

January 17, 2012
Don't blame people for disappointing you, but blame yourself for expecting too much from them.
Ok, salahkan diri sendiri sebab terlalu mengharap. Tapi tak salah rasenye mengharap bila da diberi harapan.
Terasa seperti tunggul.
sememangnye kau tunggul syu. kau tunggul ok. bukan manusia!
kau kan xde perasaan macam tunggul kayu tu.

arghh.. nape la post benda cmniii kat blog!

Monday, January 16, 2012

Aku dan novel

January 16, 2012
Assalamualaikum.

Ada yg suka. Ada yg tak suka. Novel itu seronok kalau baca sambil menghayati. Lagi-Lagi karya Ramli Awang Murshid tak (RAM) ^_^


Sedar tak sedar la kan, semua novel RAM dah berjaya baca da. ^_^. Dan setengah novel ni ade kat rumah. First novel RAM yg aku baca dan duk hadap je sehari suntuk ialah mandatori. Buku ni jumpa kat belakang kelas masa form 5 dulu. Bawak balik n baca sampai habis. Haha. sangat best dan sangat misteri!! Lagi-lagi trilogi bagaikan puteri tu. sangat best! sekarang ni nak habiskan baca Rayyan Fantasi dgn Fiksyen 302 pulak . Dengar cerita tahun depan sunan musafir nak keluar, pelengkap trilogi bagaikan puteri :))

p/s: sangat tak sabar nak tahu ending laksamana sunan. hehe :p

Thursday, January 12, 2012

Kalau sayang, lepaskan ia pergi :)

January 12, 2012
Assalamualaikum.


bertawakal itu yg terbaik. semuanya sudah tertulis.
pic: google

Ramai orang selalu cakap jika kita sygkan sesuatu, biarkan ia pergi. lepaskan ia, hati pun senang, tenang dan tak gelisah. Betul kan? Ye, ungkapan itu ada benarnya.

Tapi bagi aku, selagi 'sesuatu' itu masih ada pada kita, masih berada di samping kita, masih dalam simpanan kita,  we have to appreciate it. Jaga betul betul. Sebab bila dah kehilanganya, menyesal pun tak guna. Yang lama tak kan sama dengan yang baru. Tapi slalunya yg baru lebih baik dari yang lama.Cuma kenangan itu yg berbeza. We learn from the past. we should got much better. 

Lepaskan ia pergi bila kita sudah kehilangan 'sesuatu' yg kita pernah sayang. Lepaskan dgn ikhlas, bukan sebab terpaksa. Bila terpaksa, hati yg merana. Bila merana hidup kucar kacir, tak tenang dan gelisah. Boleh jadi gila!

ok, macam ni ye.

Bila kau dapat helmet baru yg sangat cantik. warna merah lagi. tapi tak sampai seminggu, helmet tu dah kena   curi sebab kau x simpan elok2, yela ade box tak mau guna kan.. biarkan je la helmet tu pergi. jangan dok kenang-kenang lagi. Bila dikenang, hati pun sakit. hidup pun tak tenang. so, just let it go. okey?

Bila ayah balik dari sabah, belikan kau gelang mutiara hitam putih yg sangat cantik, tapi beberapa bulan kemudia ia hilang sebab kau terlupa letak kat mana, then cari satu rumah tak jumpa, kol ibu kol adik tanya tapi mereka pun tak jumpa. Duk menangis sorang sorang dalam bilik sebab kau sayang sangat gelang tu, sebab gelang tu la yg selalu temankan kau saat susah dan senang, sebab gelang tu pemberian orang yg sangat kau hormat dan sayang, tak lena tidur tak kenyang makan sebab terkenang si mutiara dan kenangan bersamanya. Hidup pun tak menentu.Tapi dah terbukti yg sememangnya rezeki kau bersama gelang tu sampai situ sahaja. jadi kau harus tabah dan ikhlas lepaskan ia pergi. baru hati boleh tenang dan gembira.


Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi.Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik.


Post Pilihan

randomposts

Followers