Wednesday, December 11, 2013

Bahagia :)

December 11, 2013

Assalamualaikum..




Hanya engkau yg maha mengetahui...InsyaAllah, bahagia itu pasti akan datang dan kekal.

Saturday, August 17, 2013

August

August 17, 2013
Assalamualaikum.

Lama dah tak menaip.Sumpah  rindu nak belek blog sendiri! Harini sabtu, raya ke10 dah kita. Rasanya baru aku dapat berehat dengan aman damai dekat rumah memandangkan esok lusa pun cuti jugak. Perubahan jadual kerja yang tak menentu selalu buat aku rasa tak sedap badan dan mcm nak demam je selalu. Tapi ni lumrah. Baru nak mulakan hidup dan pgg duit sendiri. Kenalah sabar dan teruskan perjalanan.

Kerjaya. Aku rasa aku suka kerja aku sekarang.buat aku jatuh hati. Hari hari tak terlepas kena maki hamun dari customer yang tak sabar dan tak faham. tapi tu la cabarannye. Kalau tak tahan kena maki janganla berangan nak apply kan. Tapi bukan semua customer mcm tu. Lebih ramai lagi customer yang berbudi bahasa dan beradab serta menghormati orang lain. Bila handle customer mcm ni, rasa seronok dan dihargai. Boleh hilang segala lenguh letih dan stress dalam kepala. Yang paling best, balik kerja tak payah fikir apa nak buat untuk esok. 


till next entry

Monday, June 10, 2013

Manners

June 10, 2013
Assalamualaikum.


Terlalu ramai orang yang baik dalam dunia ni. Bersangka baik, berbudi bahasa dan bertolak ansur. Tak kira bangsa dan agama. Tak kira siapa pun. Observation sepanjang minggu ni, ini hasilnya.


Sorang budak india offer seat dalam tren pada aku walaupun dia nampak sangat letih dan tak bermaya.

Sorang pemuda cina offer seat die pada seorang mkcik melayu, walaupun die baru je duduk beberapa saat.

Seorang pemuda cina pimpin tangan sorang atuk melayu lintas jalan.

Seorang gadis india pimpin tangan pakcik melayu yang buta untuk turun tangga. 

Seorang pakcik melayu sanggup matikan talian telefon sbb nak tolong tarik moto aku yang tersangkut dengan motor lain.heheh :p

Seorang pakcik Cina yg hensem dan bersuit dengan ramahnye memberi pertolongan dan menunjuk arah jalan mase aku sesat tak jumpe arah nak pergi tempat kerja. heheh (:

Bangga jadi rakyat malaysia!





Saturday, May 25, 2013

Konvo

May 25, 2013
Assalamualaikum

Lama dah tak menaip. duduk rumah goyang kaki pun malas. Ade streamyx laju pun malas. Heh. semua malas, ape nak jadi.

Tarikh 12 May 2013. Hari ahad , sesi konvekesyen ke 78. Sidang 4.

Dengan ini, secara rasminya dah mengenggam segulung ijazah. Dulu masa sekolah rendah, cikgu bising suruh belajar rajin rajin sampai dapat segulung ijazah. Ni dah dapat dah, tapi xde feel sangat pun. Ehh..


Terima kasih atas sokongan. 




Friday, May 10, 2013

Welcome New Baby :)

May 10, 2013

Assalamualaikum, 
salam sejahtera semuaa

Aku dah ade compact kamera yang baru menggantikan Olympus Fe pink kat bawah ni.

Olympus Fe2040


Olympus ni beli lama dah, mase final year diploma dulu. Beli pun sebab nak simpan kenangan dengan kawan-kawan. Tapi sayang, indah khabar dari rupa, kamera ni tak sebagus seperti yang dicang-canangkan. gambar selalu blur dan gambar waktu malam tak cantik. Bukak aku tak reti guna, dah segala features dalam tu aku dah selongkar kot. Padan muka, sapa suruh tak study dulu sebelum beli. Harga kamera ni RM799.


Panasonic Lumix DMC-S2

Teman pengganti sekarang ialah Panasonic Lumix DMC-S2. Ni kamera murah je,Beli dekat dealer Panasonic kat Nilai ni RM399 dapat free camera case dan juge memory card. Tapi kalau beli online lagi murah, RM350 pun dah dapat dah camera ni. So belajar dari kesilapan, memang dah study dulu and memang dah aim kamera ni. Kalau beli kamera DSLR mahal, pastu tak reti den nak guna.Memang niat nak beli yang murah je, sebab kamera compact mcm ni bukan tahan lama sangat pun. Better beli yang murah tapi kualiti gambar tu cantik (:

Btw,Sebenarnye aku nak purple. Tapi akhirnye terpaksa rela beli yang pink. kenapa pink? sebab kat kedai tu ade stock pink je. Malas dah nak cari kat kedai lain. Pink pun boleh. Kedai kamera pun tak banyak sangat deh kat sini. So, welcome my baby Lumix. Sila siap sedi berikan khidmat yang terbaik untuk aku.


ok dah, bye!


Post Pilihan

randomposts

Followers