Thursday, March 13, 2014

Confirmation (:

March 13, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat tengahari, salam sejahtera.

Apa khabar hati?
InsyaaAllah masih sihat dan baik :)



Good news!

Alhamdulillah..Setelah 9 bulan bekerja as a contract staff dekat company tu, akhirnya tadi dah dapat offer untuk become permanent staff! Kalau diikutkan kontrak akan tamat bulan 7 tahun ni, tapi alhamdulillah dipermudahkan. Lepas ni perlu lebih berusaha tingkatkan prestasi kerja dan performance biar dapat bonus masyuk. hehe 

Selalu juge ingatkan diri, biar ikhlas buat kerja,jangan sakitkan hati customer, sebab kerja kau akan berinteraksi dengann customer setiap masa. Kerja kau bantu customer, tapi kadang kadang tersasar. kadang-kadang jadi marah dan meluat. Ini lah cabaran kerja kan. Setiap kerja ade cabaran dia. Kau boleh Syuhada, you are born to be strong! Kalau tak dah lama kau resign kan syu. Ikhlaskan hati Syuhada, sekarang mungkin kadang kadang tersasar, tapi lama2 kau akan biasa. Sabar kunci utama (: 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

Ikhlas

***
Sekarang musim jerebu, x boleh keluar rumah sgt. Sekarang aku cuti, balik Nilai. Nilai jerebu teruk. Keluar rumah pun dah nampak asab jerebu tu. bahaya la. Sila jaga kesihatan dan jaga diri ya (:



##Semoga selamat kembali MH370






Saturday, March 8, 2014

Ohsem

March 08, 2014
Assaamualaikum..

Harini dah lapan March dua ribu empat belas  :) 

Apa khabar hati harini?
'Sudah semakin baik...InsyaAllah.. '

bagus ......... (: 

Dan tak lupa juga untuk pembaca senyap, 
mulai sekarang kau akan tersenyum sebab aku akan menulis untuk setiap minggu.


Cepat sangat masa berlalu kan? Pejam celik je dah March. Dah dekat 9 bulan kerja kat tempat penuh memori ni. Nasib baik aku cukup kuat untuk menepis segala kenangan yg singgah. Dah lepas, sudahlah kan (:

Hari sabtu adelah hari cuti dan hari esok ialah hari ahad dan aku harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdidikasi untuk mengharumkan nama company. kononnya la sangat kan. Nak melayan karenah manusia pelbagai bukannya senang. Ada yang cerewet sampai boleh menimbulkan kemenyampahan dan ade juga yang baik sangat smpaikan tak sanggup nak menghampakan.

Bila duduk dan melepak dekat rumah, selain tinjau dan mengusha makanan kat dapur, haruslah kita layan Running man! and FYI, dah terlepas dari episod 175! sekarang RM dah episod 187! Episod yang terlepas harus diqada' okey. Ape yg best sangat tengok RM? tahla.. aku rasa cerita tu boleh buat aku senyum dan ketawa berdekah2 tanpa pedulikan orang lain di sekeliling, dan ..... aku happy :)

Tapi.... 


sehebat dan selawak manepun RM yang buat kau gembira dan ketawa, jangan lupa ubat hati hanya pada Allah swt, meminta hanya pada dia.. mahu happy dan bahagia? minta sungguh2 pada DIA. Insyaallah segalanya tiada yang mustahil bagi DIA. 


Nah, tengok kalau anda ohsem (:


Monday, March 3, 2014

DIA ada :)

March 03, 2014
Asslamualaikum..

Apa khabar duhai hati?

'sakit...'

kenapa?

'dia dah pergi jauh...'

Sabarlah.. doa pada DIA moga dikembalikan kekuatan. Malah lebih hebat lagi. Yang dah pergi, kalau ditakdirkan kembali, pasti kembali.. Jika bukan, pasti yang datang nanti sesuatu yang lebih baik dari yg pernah pergi.

'Tapi susah.....'

Ya..memamg susah.. tap bila bersangka baik dengan Allah..semuanya indah. InsyaAllah..

Bersabarlah.. Yakin pada Allah  


(:

pic: google




2014 in March!

March 03, 2014
Asslamualaikum,,
Cepat sungguh masa berlalu.. Dah masuk bulan March !

Sejak jadi wanita bekerjaya ni dah jarang belek blog sendiri. InsyaAllah lepasni akan semakin rajin menulis semula mcm zaman belajar dulu :)

Macam2 kenangan 2013.. biarlah simpan di hati jadi kenangan saje. Biarlah yang rahsia tetap jadi rahsia bagi yang tahu.

Malas nak fikir dan malas nak sentuh soal tu, biarlah semua yg dah lepas pergi.. Allah jadikan sesuatu kejadian tu bersebab, kita ade akal ade hati pandai2 lah kawal..

Till next entry ^_^


Saturday, February 22, 2014

Strangers with memories

February 22, 2014
Assalamualaikum 
Salam sejahtera :) 

19.2.2014

Masih terngiang kata2 kau pagi2 buta tu.
.......dengan suara yg tak berapa nak keluar tu, kau buat satu pengakuan.

Well.. macam mimpi.

Menangis? Tak.. aku tak tau sebenarnya yg aku sangat kuat :)

Terkejut?
Yes. and sangat terkejut. Sebab ape? sebab tindakan kau drastik dan tiba2.

Kecewa?
Tipulah kalau aku cakap tak. Tapi slow2 rasa tu akan pergi. InsyaAllah

Benci?
Tidak sama sekali. Boleh ke benci seseorang yg pernah buat aku bahagia.

Memori?
Macam yg pernah kau cakap dulu, selagi kau x hilang ingatan, kau takkan lupa. Sama mcm aku. cuma situasi yg akan berbeza..



....dan aku ingat susah sangat nak lepas. Tapi xlah susah mana. Tanpa kau takde ape yg akan berubah. Aku tetap aku yg dulu. makin kuat makin tabah Dan haruslah makin berhati hati dgn semua perkara. You are now stranger with memories. -THE END-

Monday, February 3, 2014

Ujian

February 03, 2014
Assalamualaikum..

Saat ni aku rasa lemah. Aku rasa sakit. 
Diam..itu je yang  termampu..

Doa dan twakkal atas ape yg terjadi dalam hidup. mcm mimpi. Sakit yang entah bila akan sembuh. Bukan aku tak memahami.. bukan aku salahkan takdir dan bukan aku menidakkan perancangan yang tuhan aturkan..

Cuma ujian ini buat aku sedih. 
Tapi dlm sedih tu semakin hari aku semakin kuat.
Aku tau semua ni ada hikmah. Hikmah yg indah cuma aku belum nampak lagi.

Bersabar syuhada :')
Sebaik baik perancangan telah DIA aturkan..

Wednesday, December 11, 2013

Bahagia :)

December 11, 2013

Assalamualaikum..




Hanya engkau yg maha mengetahui...InsyaAllah, bahagia itu pasti akan datang dan kekal.

Saturday, August 17, 2013

August

August 17, 2013
Assalamualaikum.

Lama dah tak menaip.Sumpah  rindu nak belek blog sendiri! Harini sabtu, raya ke10 dah kita. Rasanya baru aku dapat berehat dengan aman damai dekat rumah memandangkan esok lusa pun cuti jugak. Perubahan jadual kerja yang tak menentu selalu buat aku rasa tak sedap badan dan mcm nak demam je selalu. Tapi ni lumrah. Baru nak mulakan hidup dan pgg duit sendiri. Kenalah sabar dan teruskan perjalanan.

Kerjaya. Aku rasa aku suka kerja aku sekarang.buat aku jatuh hati. Hari hari tak terlepas kena maki hamun dari customer yang tak sabar dan tak faham. tapi tu la cabarannye. Kalau tak tahan kena maki janganla berangan nak apply kan. Tapi bukan semua customer mcm tu. Lebih ramai lagi customer yang berbudi bahasa dan beradab serta menghormati orang lain. Bila handle customer mcm ni, rasa seronok dan dihargai. Boleh hilang segala lenguh letih dan stress dalam kepala. Yang paling best, balik kerja tak payah fikir apa nak buat untuk esok. 


till next entry

Post Pilihan

randomposts

Followers