Monday, April 20, 2015

Dua Puluh April

April 20, 2015
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua yang membaca

Aku tau ramai je yg stalked. heh !

Rindu...

Rindu sebenarnya nak menaip 
Rindu nak update entry baru dalam blog. 
Rindu nak bercerita tentang life aku sekarang,
Rasa boleh hilang stress bila bercerita dalam blog. Rasa Lega. sangat sangat..

Married live
Hampir 3 bulan dah bertukar status. Banyak Perbezaan dengan dari hidup bujang dulu. Hidup sekarang dah tak sama macam dulu. Kadang aku rindu hidup masa zaman bujang, sebab aku berdikari. Sebab bila dah kawen ni aku rasa terlalu mengada bila terlalu dimanjakan oleh si suami. Hahaha. Sekarang ni dah jarang sangat keluar berjalan menapak sorang. Kemana-mana mesti nak ade dengan suami. Sebab kekadang bila suami kerja dan aku cuti, bila rasa boring duduk rumah aku sanggup tahan tunggu suami balik kerja ajak dia pergi lepak. Suami yang baik tidak pernah menolak. hiks.. Cuma nanti Raya first kena raya kat kampung aku lah. Harap yang ni suami tak menolak jugak. Dulu sebelum kahwin dah janji kan. takmo buat-buat lupa okeh. hee

Career Life
Sekarang ni kerja aku jadi bertambah senang sikit sebab dah kena jaga 1 zon je. dulu kena jaga 2 zon. So dari 6 Parlimen, aku just jaga 3 Parlimen je sekarang. So aku boleh fokus. Tadi pun baru buat meeting dengan semua penyelia. Mesyuarat untuk perjalanan program dan juga hal hal berkaitan unit supaya berjalan lancar sepanjang 2015. Jadi pengerusi mesyuarat uolss. Haha. best jugak kadang adang bila jadi boss di daerah ni. Cuma kena sabar banyak banyak kena maniskan muka hari hari. Sepanjang kerja ni, pernah sekali je pun aku mengamuk sebab dorang datang lambat meeting. Tapi tadi pandai pulak dorang sharp waktu kat bilik meeting. Takut le tu kene marah lagi. hewhew.. Taklah. aku taknak marah pun sebenarnya. Haritu aku ngamuk sebab emosi tak stabil, sebab aku tengah demam dan tak larat nak buat meeting tapi sebab dah tak cukup masa, nak tak nak meeting kena berjalan jugak lah.


Nak drive kereta!
Aku dah ambil lesen kereta sekali dengan motor lepas habis SPM Haritu dah lulus dah. Masa bawak dengan JPJ okey je tapi lepastu tak bawak dah. Sebab ape? Sebab malas nak bawak kete orang. Taknak bawak kete ayah atau abg sebab aku taknak tanggung risiko kalau ape2 jadi kat kereta tu. So aku just ke mana-mana dengan motor je. Itupun bawak motor masa degree. Sebab susah nak tunggu bas lama-lama and tak nak beratur panjang tunggu bas, sebab kena bangun pagi-pagi sangat tunggu bas kalau kelas jam 8 pagi. So sekarang lebih selesa bawak motor je kemana-mana. Tapi sekarang nafsu nak bawak kereta tuh dah membuak buak dalam hati dan sanubari aku ni. Sebab aku kan boss. pastu kerja banyak nak merasmikan majlis, nak kena bagi ucapan. dah tu tak kan nak duk menumpang je dengan staff. Takkan nak bawak motor, kalau hujan camne. So aku dah bangkitkan perkara ni pada suami dan dia bagi izin belajar guna kereta dia sebab suami pergi kerja pun naik motor je, malas nak hadap jem katanya. So sekarang ni aku belajar slow slow, bawak kereta area dalam dakawasan opis je lah sebab kawasan ni luas. Bila dah okey pegang stereng ni aku nak mintak suami tolong teman aku bawak kat jalan raya yang ade ketera di kiri kanan. hahaha. 

Okey. dah la smapai sini je.
nanti ade masa update lagi.

-Syuhada

Tuesday, March 31, 2015

Entri Pukul 5

March 31, 2015
Assalamualaikum
Salam sejahtera

Yeay,  dah pukul 5 !

Dah boleh balik. Tapi hati ni rasa belum nak balik lagi. Sebab suami hensem saye takde kat rumah. Rindu pulak nak tunggu cinta hati ni balik kerja. Hihi...

Bahagia ?  Yes!
Alhamdulillah.. Syukur sebab dikurniakan suami yang baik.

Baby?
Belum ade rezeki lagi. Allah tahu bila aku sedia untuk menggalas tanggugjawab tu,, so just chill, usaha, doa, relax and wait for the good news..

Kerja?
Makin hari makin mencabar. Makin banyak kerja. Tapi makin relax. Aku dah tak setress dulu. Syukur

Harini entry pendek je, Lain masa kita taip panjang panjang ye. Nak balik rumah tengok Chappie and the sister duluu.. tata

Thursday, March 12, 2015

Wednesday, March 4, 2015

Rindu

March 04, 2015
Assalamualaikum wbt..
Selamat petang, salam sejahtera.

Assalamualaikum.
empat belas minit lagi nak pukul 5.
Tak sabar nak balik, Nak tatap kesayangan yg dah balik rumah.

Kesian suami saye tiga hari duduk wad sebab denggi.
Bila dia confirmkn yang doktor dah bagi balik rumah tadi, rasa happy sangat hati ni.

Tak boleh la nak tengok dia duduk atas katil wad tu. Jadi sebak.
Tak boleh nak jauh jauh beremggang dengan suami

.............nanti rasa Rindu.










Throwback masa saat bergelar suami isteri.
Masih malu malu lagi masa ni. 
Nak jeling suami sebelah pun taknak sebab malu orang tengok. haha




Tuesday, February 17, 2015

Cerita Cinta H&S

February 17, 2015
Assalamualaikum..
Salam sejahtera Selamat petang.

Dah tiga minggu jadi isteri orang...

Perasaan? meh nak cerita..

Alhamdulillah.. Jodoh ni Allah yang tentukan.. Dia anugerah terindah dalam hidup aku. Bahagia sangat tak terkata.. Orang  yang tak pernah aku sangka and tak pernah terfikir pun sebenarnya akan jadi yang halal buat aku. Aturan Allah tu indah kan?

Cinta sebelum nikah?
Entahlah. Kita tak pernah declare bercinta pun kan, awak? *blushing*..



1 Mei 2014
Tarikh di mana aku mengenali insan yg bernama Muhammad Nurhadi ni. 
Jasa seorang kawan. Cik Solehah yang bertanggungjawb atas semua kejadian ni. haha.  Almaklumlah masa tu single and baru sembuh dari patah hati la kononnye.. sesaje mesej Cik Solehah minta carikan bakal suami. Niat masa tu hundred percent nak bergurau sebenarnya.. Tapi dah tertulis kan, dengan cara ni lah sebenarnya aku dipertemukan dengan si dia.. ^^  **blushing lagi.. **

16 Ogos 2014
Majlis merisik dan bertunang.
Bila dah mula berkawan.. Masing masing mungkin dah serik untuk bercinta. No propose at all.. Perkara ni pun jadi secara mengejut.. Means, we not plan pun like nak bertunang seawal ni... Plan for bertunang tu start bila kami berbual tentang pertunangan..perkahwinan orang lain mungkin.. but then tiba2 masuk cerita pasal 'Kita' .. and mungkin masa tu masing masing dah ade perasaan sesama sendiri kan..tapi sorok and ego taknak gtau.. so plan bertunang just follow the flow... susahnye lahai nak explain.. tapi hati masa tu memang dah berbunga bunga. Alhamdulillah kedua family pun dah setuju..

But before that sebenarnya ade satu perkara nak share.. mungkin berkat doa ayah dan ibu..
Sebenarnya tahun lepas memang dah plan nak buat kenduri kesyukuran dan cukur jambul Afifah Hanani, anak buah aku dan merangkap cucu kedua ibu dan ayah. Masa tu aku memang single availble lagi..Ayah ade cakap dekat ibu something.. cmni la lebih kurang 

Ayah  : "kalau masa kenduri cukur jambul Afifah Hanani nanti, kakak bertunang pun elok kan.. " 
Ibu     :  "Ish awak ni.Kakak  tu boyfriend pun takde nak tunang dengan sape pulak"
Ayah  :  " Mane lah tau..."

dan..tadaaa Alhamdulillah, doa ayah and ibu dimakbulkan, Majlis pertunangan dibuat sekali dengan majlis cukur jambul.. ^^

24 Januari 2015
9.35pm...sah menjadi isteri..

Semuanya macam mimpi kan awk..
3 bulan berkawan
5 bulan bertunang
3 weeks until jannah together. Insha Allah .


Doakan aku menjadi isteri yang solehah..
Doakan rumahtangga kami diberkati Allah..

till next entry..



Monday, February 9, 2015

Tuesday, January 20, 2015

4 hari lagi

January 20, 2015
Assalamualaikum
Salam Sejahtera ^^

Tinggal 4 hari lagi, dan aku masih bekerja. Esok pun masih perlu bekerja. Hati dah melayang duk fikir pasal majlis je nih. aduhai..pening kepala nak kahwin ni kan? Hadi lagi lah..esok nak nikah..malam sebelum tu still bekerja. Orang dah suruh tukar jadual tapi katenye tak dapat kelulusan. Takpelah awak..just take care.Orang darah manis kan..

Persiapan majlis rasenya dah 70% kot siap.. Katering, pelamin tinggal nak membayar je. Baju nikah and sanding semua dah setel. Oh ye..tudung nikah je nak kena alter sikit. pergi jahit tapi tapi makcik tu buat cincai2. Last2 mengelembung sana sini. Nasib baik semalam pergi jakel beli kain chiffon kaler off white pastu g jahit kat kedai india kat masjid jamek tu. Tinggal nak jahit manik sikit biar berseri. Semalam pun dah beli kasut and beli ape yg patut. Alhamdulillah semua yg nak dicari jumpa.

Nak memudahkan persiapan, nasib baik staff dekat sini pandai gubah hantaran, siap bagi diskaun price lagi. Thanks.. Siap dorang buatkan bakul kraf lagi untuk letak buah, Cantik ! 

Sekarang ni kononnya bekerja dalam keterpaksaan.Demam ni. selsema batuk sakit tekak. Semoga masa nikah nanti kami berdua sihat sepenuhnya, InsyaAllah




Saturday, January 10, 2015

Selamat Ulang Tahun sayang

January 10, 2015
Assalamualaikum..

entri khas untuk besday boy kesayangan sy ^^

Sedar tak sedar dah 10 Januari,,
hari yang indah untuk seseorang yang selalu buat aku rasa sempurna

Muhammad Nurhadi bin Mohd Hazlan..
Selamat hari ulang tahun yang ke 27 awak..
Semoga apa yang awak impikan akan tercapai
InsyaAllah..

Terima kasih sebab selalau ade untuk saya.
Selalu beri saya semangat..
selalu beri saya rasa istimewa..
selalu buat saya rase sempurna bila saya ade dengan awak..
thnks love

Maaf sebab takde suprise..takde hadiah..
tak prepare apa apa langsung untuk sambut birthday awak.
Maaf sebab hampir terlupa dek kepenatan pulang dr kelantan semalam..
Maafkan saya..

dan..
Terima kasih tuhan sebab pertemukan kami berdua..
Sekarang dia sebagai tunang saya..
InsyaAllah dua minggu lagi sebagai suami saya yg sah..

Saya sayangkan awak sepenuh hati..
InsyaAllah buat selamanya tetap di hati..





Post Pilihan

randomposts

Followers