Saturday, September 2, 2017

Salam Aidiladha 2017

September 02, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, semalam kita dah menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga pengorbanan yang kita lakukan pada tahun ini diberkati NYA.

Raya kali ni aku raya di kampung tercinta, Nilai Negeri Sembilan. Home sweet home kata orang. Suami pun sama, tapi dia lepas solat sunat Aidiladha dah kena pergi kerja sebab tak dapat cuti. Kesiannya tak dapat cuti... hahaha (gelak jahat sikit sebab mesti dia baca entri ni jap jap lagi :p )

Sehari sebelum raya ibu ada masak nasi impit dengan rendang, pagi raya pulak ibu siapkan kuah kacang lepas pergi solat raya. Kewajipan kami sekeluarga untuk ke surau pada pagi raya, baik solat Aidilfitri mahupun Aidiladha (:

Tahun ni keluarga besar kami korbankan seekor lembu. Tadi dah siap sembelih, lapah-lapah dan bahagi-bahagikan dekat jiran-jiran. Sambil-sambil tu gotong royong buat sup tulang. Alahai sedapnyaaaaa tau! Rasa nak tambah berkali-kali tapi bila mengenangkan berat yang semakin tambah, aku kena la lupakan hasrat nak makan banyak tu. Seksa tau nak kurus ni. Nafsu makan macam hape, tapi kau nak kurus sangat kan? bertabahlah syuhada!

ok, jom kita layan lagu ni. Best tau. dah la comel adik yang nyanyi ni. Main gitar lagi :p


bila kau berduka
dan engkau putus asa
ku fahami apa yang kau rasa

disini ada ku
bukankah aku temanmu?
yang kuingin hanyalah senyumanmu

biar kegelapan menghilang
dan cahaya terus menerangi

let me see your smile
let me see your laugh
let your worries go away
and never come again

i wanna smile with you
i wanna laugh with you
we never know all the good that as simple
smile can do
wohoho... ooh...

kau senyumlah..

jangan pernah mengalah
walau dalam susah
kau teruslah melangkah
dengan tabah

tak pernah kau sendiri
ada ku disini
kepada-Nya kau serah diri

Thursday, August 31, 2017

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

August 31, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:


Klik link di atas kalau korang taknak lepaskan Sale sempena Merdeka dari Lazada! 
Sale ni berlangsung dari 25-31 Ogos!
(Ada diskaun istimewa sampai 80%!).

Harini last day untuk join contest dari Lazada ni. Harap-harap sempat join, mana tau ade rezeki kali ni kan. So untuk join contest ni ade beberapa soalan yang kita perlu jawab:

a. What do you love about being Malaysian? 

Malaysia adalah negara yang aman damai. Mengikut Global Peace Index 2017, Malaysia menduduki tempat ke 29 dalam senarai peaceful country. Lagi pula, makanan dekat Malaysia sedap-sedap! Disamping kepelbagaian budaya dan agama. Malaysia masih mampu mengekalkan hubungan baik antara semuanya. Lagi pulak, dekat Malaysia lah iols jumpa sang cinta hati. awww.. haha. cia cia cia
     

b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/ 

SAFI


Semestinya Safi! 
Aku dah gunakan produk Safi dari sekolah Menengah lagi tau. Dari Safi tutup Hijau kepada tutup Gold sekarang. Safi is the best! Murah pun murah, elok pun elok. Memang takkan bertukar pada yang lain lah!


c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned. 


1) Safi Rania Gold Day Moisturiser Cream SPF25PA++ (40g)

 Moisturiser cream ni memang my all time favourite! Tak pernah jumpa lagi pelembab yang best sangat macam ni. Seriously tak tipu. Pelembab ni cepat meresap, tak berminyak dan muka akan jadi lembab macam baby! Tak caya cuba pegang pipi iols ni. haha!!

2 ) Safi Rania Gold Concentrated Serum Plus (20ml) 

Serum Safi Rania Gold memng terbaik. Bila pakai rasa muka lembut je dan glowing tau! Kat rumah dah nak habis ni, jap lagi nak kena beli. Alah beli online je sekarang dengan Lazada. Mudah!



 Merdeka! Merdeka! Sale
Klik link di atas kalau korang taknak lepaskan Sale sempena Merdeka dari Lazada! 
Sale ni berlangsung dari 25-31 Ogos!
(Ada diskaun istimewa sampai 80%!).


Wednesday, August 30, 2017

Sedih

August 30, 2017


Image result for kenapa tiba tiba rasa sedih


Kenapa ade rasa macam ni lagi?

....Rasa sedih tiba-tiba

dari pagi tadi. Masa mandi pun menangis.
Masa drive pun sama.

Rasa nak menangis je lagi ni.

Tak tahu kenapa? Allahu...


Monday, August 28, 2017

Giveaway Saya Nak Prime Buster Cream

August 28, 2017

klik banner untuk join (:

Prime Bust Cream (PBC) adalah cream semulajadi yang boleh membantu membesarkan, menganjalkan, serta mencantikkan bentuk payudara wanita.
b) Kesan boleh dirasa seawal 7-14 hari (denyutan lembut di sekitar payudara)
c) Cadangan pemakaian sebanyak 3 botol utk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal (sustain the effects)



Berkelahi dengan orang tak berambut

August 28, 2017
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Tadi masa drive nak ke tempat kerja, aku buka siran radio dari satu stesen ke stesen yang lain. Tetiba singgah dekat Kool FM, Si Haiza dengan AG tengah explain tentang satu peribahasa ni, yang cukup asing di pendengaran aku.

Berkelahi dengan orang tak berambut -Maksudnya bergaduh dengan orang yang kurang sempurna akalnya 

Bila fikir-fikir balik masa belajar dulu, mana ada peribahasa macam ni kan? Tapi bila search di internet baru sekejap tadi, rupanya tu peribahasa Indonesia. Ooooh patutla..

Alhamdulillah, dapat satu ilmu baru lagi hari ni. yeayyy!

Post Pilihan

randomposts

Followers