Tuesday, November 21, 2017

Tuesday, November 14, 2017

INSAN TERISTIMEWA

November 14, 2017
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua 

Tadi dengar lagu kat youtube, bila dengar lagu ni..rasa sayu je. Rindunya pada ayah dan ibu..



Ayah kau wira teragung
Inspirasi buatku
Menempuhi masa depan
Menjadi seorang insan yang berguna

Ibu kasih sayangmu terbukti
Mencorak akhlakku lebih tinggi
Sungguh ku ingin memelukmu
Tak ingin ku lepas buat selama-lamanya

Tuhan sayangi mereka 
Insan yang menemaniku seumur hidupku
Tanpa mereka ku takkan bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Kini ku telah menyedari
Kasihmu tidak bertepi
Kamu kekasih terindah
Cinta yang terdalam 
Jauh di lubuk hatiku

Tuhan sayangi mereka 
Insan yang menemaniku seumur hidupku
Tanpa mereka ku takkan bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Tuhan sayangi mereka 
Insan yang menemaniku seumur hidupku
Tanpa mereka ku takkan bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Tanpa mereka ku tak bisa 
Mengharungi onak yang berduri

Lagu & Lirik: Masriezan Masri

Keputusan Peperiksaan Online PTD M41 _ Nov 2017

November 14, 2017
Assalamaualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca.

Pada 3 November yang lepas, aku ada jawab online exam untuk jawatan PTD M41. Ini kali kedua aku jawab exam ni.

Soalan dia agak susah jugak sebenarnya , lagi-lagi yang part B tu, bahagian daya menyelesaikan masalah. Aku memang dah banyak lupa formula-formula matematik semua tu. So jawab mana yang boleh je haritu. Lepas jawab tu rasanya macam peluang untuk lulus sangat tipis. Tapi aku tawakkal je, yang dah lepas biarlah berlalu. So aku pun dah taknak ingat dah pasal exam ni.

Jadi, semalam keputusan dah pun diumumkan. Sebenarnya takut juga nak semak, tapi nak tak nak kena semak juga kan.. so tepat jam 5, aku pun buka link semakan tu.

so keputusannya ialah... jeng jeng jeng..



Alhamdulillah, 
LULUS!

Lepas ni ke next stage pula, Semoga mudah semuanya nanti..InsyaAllah. Sape yang sama-sama lulus tu, good luck diucapakan. Buat yang tak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi nanti tau!

Sunday, November 12, 2017

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

November 12, 2017




Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Read more: http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html#ixzz4yCxi2uRW

Friday, November 10, 2017

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

November 10, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:


3x Pemenang, Topup RM10 setiap sorang
2x Pemenang, Topup RM5 setiap sorang
2x Pemenang, sebuah buku terpilih setiap sorang
2x Pemenang, **Tunggu 2 tambahan lagi hadiah!

Jom join GA ni!
Klik je banner kat atas tau.

Good luck! 
:

Friday, November 3, 2017

Bercuti bersama MAS dengan Traveloka!

November 03, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua (:

Apa khabar semua? Dah lama pulak rasanya tak update blog ni kan. Sorry la, kesibukan kerja yang terlampau mengakibatkan blog sedikit terabai. Harap semua sihat belaka ye..

Harini aku nak cerita sikit tentang Malaysia Airlines.

Dekat Malaysia ni ada banyak airlines yang ada. Semuanya bermula dengan MAS, kemudian banyak airlines dekat Malaysia yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Semuanya hebat-hebat belaka. Tapi kali ni aku nak cerita sedikit yang paling tua sekali atau dikatakan otai atau pioneer dalam industri penerbangan Malaysia. Which is MAS, the greatest one (I think so ;).

MAS atau nama sebenarnya Malaysia Airlines, tapi rata-rata rakyat Malaysia lebih familiar dengan nama MAS di situ. Nama pun MAS mestilah dia pun berharga seperti emas. MAS sangat lah popular dikalangan masyarakat yang sentiasa terbang ke luar negara. Dan harga MAS sekarang sangatlah berpatutan untuk servis yang terbaik buatkan ramai jatuh cinta dengan MAS. Harganya berpatutan sangat, boleh buat orang pilih untuk terbang dari drive sendiri ke destinasi di dalam Malaysia.

Korang nak tahu tak, MAS juga sentiasa meraih anugerah terbaik di dunia! Wow! Terutamanya bagi kategori kabin krew. Baru tahu kan, kenapa orang sentiasa memilih MAS. Kabin krewnya yang sangat sopan, ramah dan senyuman yang menawan itulah yang menambat hati customer. Baju kabin krew juga sangat menarik, malah mencerminkan baju kebangsaan Malaysia. Memang selari dengan nama jenamanya MAS yang mewakili Malaysia di mata dunia.

Specialnya MAS ni, adalah kerana ia merupakan salah satu ahli One World di dunia ni. Dan bagi ahli-ahli One World yang sentiasa terbang ini akan lebih memilih untuk terbang dengan airlines One world juga dapatkan benefit yang sangat banyak! Salah satu benefitnya adalah penerbangan percuma dan dapat bersantai di lounge airport di seluruh dunia, ini termasuklah spa juga. Dan semuanya adalah tertakluk pada terma dan syarat.

Based on fakta yang diberi dekat korang tadi, rasa macam nak booking ticket Malaysia Airlines sekarang jugakan ? Before korang semua tengah excited buka kalender masing-masing and pilih tarikh minta cuti ni, haaa nak bagitahu korang.. nak tahu tak? Disebabkan demand untuk MAS yang tinggi ni lah, Traveloka menyediakan kemudahan untuk korang semua.. murah hati kan Traveloka ni.

Malaysia Airlines ni sangat lah penting kerana airlines ni lah yang akan mencerminkan negara kita juga, dan disebabkan itulah MAS sangat menitik beratkan servis mereka. Ini kerana dorang percaya yang, airlines ni merupakan pintu first impression tourist kepada Malaysia even sebelum tourist mendarat lagi di Malaysia. Airlines sudah pun mencerminkan keadaan sesebuah negara. Dan MAS ambil challenge ini untuk menjadi yang terbaik untuk mencerminkan negara Malaysia ke mata dunia.
MAS menawarkan the best way to fly dari mana ke mana dan seluruh Malaysia. Malaysia Airlines juga menawarkan penerbangan tanpa gangguan untuk penggunanya untuk pergi lebih dari 1000 destinasi dan 150 negara. Flight classes yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines ada 3 jenis which is Economy class, Business class dan First class.

Terlalu banyak servis dan tawaran yang menarik oleh MAS. Maka marilah kita pergi bercuti dan terbang bersama MAS! Melalui apa? Melalui Traveloka lah! Haaa jom. weeee. Di Traveloka setiap info berkaitan Malaysia Airlines yang korang semua nak tahu semuanya ada di Traveloka dalam satu page sahaja. Tak perlu nak klik link banyak banyak lagi. Dalam satu page tu semua ada berkaitan Malaysia Airlines. Bukan itu sahaja, nak booking terus pun boleh!

So macam mana nak booking ticket flight MAS ataupun Malaysia airlines ni? Mudah sahaja buka sahaja website Traveloka atau aplikasi Traveloka atau nak lebih mudah klik sahaja MAS ataupun Malaysia airlines .Once dah buka link, just masukkan departure city, destinasi, tarikh, round trip atau tidak dan akhir sekali berapa passenger. Maka tersenarailah semua harga. Pilih sahaja..

Image result for traveloka mas airline




Post Pilihan

randomposts

Followers