Monday, January 29, 2018

Demam teruk!

January 29, 2018


Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Sebenarnya aku ni jarang sangat nak demam, tapi minggu lepas, aku dan suami sama-sama demam teruk. Asalnya suami yang demam dulu, sakit-sakit badan dan demam panas. agak teruk jugak sampai tak boleh buat kerja apa pun. Dekat tempat kerja pun dia sampai tak larat nak buat kerja. So esoknya bila husband cuti, memang fully rest je lah kat rumah. 

Aku pulak start demam esoknya. kebetulan lah pulak pagii tu ade UKJK PTD dekat INFRA, pagi tulah start selsema dan demam panas. Lagi-lagi buat aktiviti tu dalam dewan beraicond yang sejuk gila, memang badan tak berapa nak in dengan ujian-ujian haritu. Tapi alhamdulillah, aku try jugak buat sehabis baik. Alang-alang dah datang tu, buat jelah sampai boleh kan?

Image result for demam


Demam aku ni pulak macam-macam tau. Mula-mula selsema,lepastu demam panas yang sampai tahap sakit kepala tu. Sakit kepala bukan sakit kepala biasa tapi sampai rasa nak marah je orang kat opis yang bising-bising tu. Eh aku ni dah tau demam pun nak dtg opis jugak kan. last2 melepek je kat workdesk sampai waktu balik. Esoknya ambil EL sebab memang dah tak larat sangat. Lepas 2 hari demam panas dan sakit kepala beransur pulih, tapiiiiii tiba-tiba gusi pulak membengkak dengan jayanya dan sakit sangat, nak makan pun susah rasanya. huhu..

Mula-mula aku ingat kot-kot dah ada isi ke ni. Sebab kot-kot la laki bini demam ni penanda pregnant ke ape kan... Tapi rupanya tak. AF muncul dengan jayanya lepas je elok demam panas tu. belum rezeki kami lagi untuk bulan pertama Januari ni.Tapi memang dasyat la demam kali ni, memang kalau boleh dah taknak dah hadap demam macam ni..Semoga selepas ni kesihatan kami suami isteri di dalam keadaan yang baik sentiasa. Aminn..

..dan aku doakan juga semoga pembaca semua diberi kesihatan yang sejahtera selalu. InsyaAllah..

Tuesday, January 16, 2018

MISI DIET 2018 : Nak dapatkan BMI Normal

January 16, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Lamanya tak update blog ni. Seminggu lebih dah rupanya. Bila dah masuk tahun baru ni, kerja dekat office pun makin banyak so kadang-kadang balik rumah pun dah penat sangat jadi ade sedikit kekangan masa untuk menaip. InsyaAllah, slow-slow aku akan bahagikan masa nanti.

MISI DIET 2018 

Tahun 2018 ni aku berazam nak dapatkan BMI Normal. Kalau nak kira yang paling cukup-cukup makan normalnya, dalam lebih kurang 10kg lebih kena kurangkan dari badan ni. Mesti boleh punya. Kena kawal pemakanan dengan exercise selalu. I can do it!

Sekarang pun tengah diet dan exercise sebab nak pergi UKJK PTD minggu depan. kena kurang sikit KG lagi. InsyaAllah semuanya akan baik-baik je nanti. Doakan aku ye (:

Selain tu, kurangkan berat badan ni juga sebagai salah satu usaha untuk pregnant. Semoga ade rezeki zuriat kami tahun ni. InsyaAllah.. Amin.. 


Image result for misi diet
pic from google

Sunday, January 7, 2018

Review Movie #1 : The Greatest Showman

January 07, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Hari selasa lepas husband belanja tengok wayang sebab dia dapat percuma tiket sempena birthday gift daripada TGV Movie Club. Yeay thank you (:

Lepas pertimbangkan genre dan waktu yang sesuai untuk menonton, jadi kami decide untuk tengok Movie The Greatest Showman jam 8.15 malam di TGV Dpulze Cyberjaya.Dah solat maghrib semua baru lah senang hati kan nak tengok wayang. Dpulze ni memang dah jadi port kami untuk tengok wayang sebab kat sini tak terlalu crowded dengan orang ramai. 


pic from google

Mengisahkan tentang Barnum (Hugh Jackman) anak kepada seorang tukang jahit yang sering dihina sejak kecil atas kemiskinan hidup. Dia kemudiannya berkahwin dengan anak orang kaya iaitu Charity (Michele Williams) tapi tanpa restu daripada ibu bapa Charity ni (sebab dorang dah lama suka sama suka sejak Barnum ni teman ayah dia sebagai tukang jahit keluarga Charity) .

Barnum sering bertukar-tukar kerja untuk menyara kehidupan bersama isteri dan dua anak perempuannya. Sehinggalah satu hari Barnum berjaya membuat pinjaman dan membeli sebuah muzium lama. Mulanya semua tak berjalan lancar sebab orang tak nak pergi pun Muzium ni sebab semua yang ada dalam muzium tu membosankan dan takde benda yang menarik untuk org tengok.

Satu malam tu anak Barnum beri cadangan padanya supaya buat sesuatu yang hidup 'alive' dekat muzium tu. Dekat sinilah dia dapat idea untuk mencari dan mengumpulkan manusia-manusia yang unik dan pelik, antaranya Perempuan suara merdu tapi berbulu, orang kerdil, orang tinggi, orang bertatu dan banyak lagi. Dan dari saat ni lah muzium tu bertukar menjadi sarkas. Bisnes sarkas Barnum makin hari makin maju sampai dia boleh beli rumah yang dia dan isteri idamkan sejak kecil dan dapat hantar anak perempuan dia pergi kelas ballet. Tapi sarkas dia hanya popular dekat orang-orang biasa je. Orang-orang kaya dan yang bersatutus tinggi di kawasan tu menganggap sarkas Barnum sebagai sampah dan tak setaraf dengan mereka.

Barnum berusaha untuk mengambil hati golongan atasan dan hasil kerjasama dengan partner dia (Zac Efron) dia berkenalan dengan Jenny Lind (Penyanyi opera) dan berjaya mengambil hati golongan atasan.. tapi di sini lah bermula segala konflik.. Skandal Barnum dan Jenny Lind, Rumahtangga Barnum bermasalah, Keangkuhan Barnum, Keruntuhan bisnes sarkas Barnum..

Nak tau cara Barnum atasi masalah-masalah tersebut? kena lah tengok sendiri. Tak suprise kot nak cerita sampai habis. hahaha.

Tapi serius best cerita ni. Cerita muzikal dan lagu-lagu dia semua takde yang tak best. Semua best! dan paling aku suka lagu yang dekat bawah ni. Sunguh memberi inspirasi.

Jom dengar :



A Million Dreams

I close my eyes and I can see
The world that's waiting up for me
That I call my own
Through the dark, through the door
Through where no one's been before
But it feels like home

They can say, they can say it all sounds crazy
They can say, they can say I've lost my mind
I don't care, I don't care, so call me crazy
We can live in a world that we design

'Cause every night I lie in bed
The brightest colors fill my head
A million dreams are keeping me awake
I think of what the world could be
A vision of the one I see
A million dreams is all it's gonna take
A million dreams for the world we're gonna make

There's a house we can build
Every room inside is filled
With things from far away
The special things I compile
Each one there to make you smile
On a rainy day

However big, however small
Let me be part of it all
Share your dreams with me
You may be right, you may be wrong
But say that you'll bring me along
To the world you see
To the world I close my eyes to see
I close my eyes to see


Every night I lie in bed
The brightest colors fill my head
A million dreams are keeping me awake
A million dreams, a million dreams
I think of what the world could be
A vision of the one I s
ee
A million dreams is all it's gonna take
A million dreams for the world we're gonna make


Rumusan keseluruhan : 
Star : 5/5 (:

Wednesday, January 3, 2018

Hadiah Planner Sioca 2018 GIVEAWAY dah sampai !

January 03, 2018
Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Baru je lepas hantar adik bongsu mendaftar di UiTM Jengka pagi tadi. Dia baru nak mulakan hidup sebagai seorang mahasiswi, ikut jejak langkah kakak-kakak dia ni sebagai produk UiTM. Sekarang ni masih di Jengka lagi sebab esok kena outstation dekat sini jugak.  Menginap di sebuah hotel bajet di bandar pusat Jengka ni je. 

Okey, jom berbalik kepada tajuk entri diatas..

Hari selasa lepas masa tengah sibukkan diri buat kerja tiba-tiba abang yang hantar surat tu hantar satu bungkusan poslaju pada aku. Bila buka je bungkusan tu, happy sangat sebab yang ditunggu-tunggu dah tiba :


Bullet journel dari blog Susun Atur Sioca

Untuk pengetahuan semua, aku adalah salah seorang daripada pemenang Planner Sioca 2018 GIVEAWAY . Masa join GA ni, memang aku dah aim nak yang bullet journal ni sebab aku takde lagi planner mcm ni. Planner biasa macam fixed planner dah beli haritu. InsyaAllah hadiah ni akan digunakan dengan sebaiknya.

Terima kasih untuk tuan yang anjurkan GA ni, lain kali buat lagi ye (:

Jumpa lagi di entri seterusnya. 
Wassalam

Monday, January 1, 2018

Dua ribu lapan belas (2018)

January 01, 2018
Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca

Selamat tahun baru 2018

Semoga tahun baru ni memberi semangat baru buat semua untuk menempuhi dunia yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah (: 

Tahun baru bagi aku?

Aku juga seperti orang lain, megharapkan semuanya lebih baik dan lebih berganda indahnya dari tahun - tahun sebelumnya. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang tersangat sempurna buat suami, seoarang anak yang taat dan patuh pada ibu bapa, seorang adik dan kakak yang sentiasa ada untuk adik beradik ketika memerlukan, seorang menantu yang baik, seorang pekerja yang cekap dan segalanya yang baik-baik sahaja.

dan yang paling utama...

........semoga di tahun baru ini aku dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai  amanah teristimewa dan juga sebagai tempat kami bermanja dan bergurau senda.. Takkan ade harapan paling indah buat kami selain ini. Semoga ada sinar dan harapan untuk kami pada tahun baru ini. 

Doakan kami selalu ye.

Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya,
Sekian

Sunday, December 31, 2017

Selamat tinggal 2017.

December 31, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Apa khabar hati di penghujung tahun 2017 ni?
Semoga semuanya baik-baik sahaja

Macam tak percaya kan harini penghujung bagi tahun 2017? Terasa terlalu cepat masa berlalu. Usia pun terus meningkat. Semoga masa-masa yang berlalu menjadi tauladan dan pengajaran buat kita semua.



APA ISTIMEWANYA 2017 BAGI AKU?

Hmm. takde sangat kot. 2017 kurang memberi impak dalam hidup aku. Masih juga sama seperti tahun-tahun yang lepas. Banyak perkara yang masih perlu diselesaikan. Tapi insyaAllah semuanya akan baik-baik je. Amin..

Tahun ni aku sibuk dengan kerja. kerja dan kerja sampai nak update blog pun terkejar-kejar. Tapi sebenarnya aku je yang tak pandai bahagikan masa. Tapi InsyaAllah tahun depan semuanya akan berubah. aku akan plan semua masa aku. ha.. harapnya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam ye Asyiqin!

USAHA TTC 

Kalau sesiapa yang ade baca dekat tab page TTC journey kat atas tu tahu yang aku stop dulu segala treatment sejak bulan Mac 2017. Bukan aku giveup untuk teruskan treatment untuk hamil, tapi aku penat sikit dengan kerja yang sangat busy dan jadual yang tak menentu. Jadi aku dan husband decide untuk stop dulu dan just enjoy dulu untuk tahun ni. Tahun depan kami akan sambung treatment semula.Tentang treatment TTC pun aku tak pernah lagi share di blog. InsyaAllah tahun depan aku akan share ye? 

Bulan 1 tahun depan genaplah usia perkahwinan kami yang ke 3 tahun... dan masih belum dikurniakan zuriat lagi. InsyaAllah tahun ni mungkin rezeki aku. Aminnn.. Usia pun dah nak masuk 29 dah pada tahun depan. dah tua kan? Nanti anak baru nak masuk Universiti aku dah tua kerepot. hihihi.

Tahun ni aku banyak dapat anak buah tau. Alhamdulillah, rezeki mereka sangat-sangat murah, ade yang sebulan dua terus lekat, ada yang bunting pelamin. Aku? dengar sambil senyum je. Tapi hati aku tercuit jugak. jeles, sedih, kecewa semua bergabung menjadi satu. Tapi perasaan ni aku dah boleh abaikan sikit, tak seteruk tahun pertama perkahwinan dulu. Memang berendam air mata bila orang terdekat mengandung. Sekarang aku dah boleh kawal perasaan ni, Alhamdulillah.

Doakan rezeki aku ya kawan-kawan..

BLOGGING

Aku sebenarnya suka menulis. sebab tu lah wujudnya blog ni, cuma sejak kahwin, makin dah tak aktif berblogging sebab sibuk uruskan rumahtangga kot. chewahh! Takdelah, sebenarnya sebab sedikit busy dengan kerja. Tu je sebabnya.

Tapi sejak September 2017, aku dah kembali aktif menulis di sini. Sayang kan blog yang dah dibuat sejak 2010 ni terkubur macam tu je? Lagipun berblogging ni boleh hilang stress jugak kan?

Untuk aktifkan blog ni, aku rajin join GA dan Contest dan aku pun ade anjurkan GA jugak. Follower kat blog yang makin bertambah pun buatkan aku terus bersemangat nak share everthing dekat sini.  Selain tu aku try apply Google Adsense dan alhamdulillah berjaya dengan sekali apply je (:

Dalam tahun 2017 ni juga aku ditawarkan berkolobarasi dengan Traveloka, di mana aku kena tulis satu entri yang berkaitan dan dapat cash!

Harapnya di tahun 2018 nanti akan lebih banyak peluang untuk berkoloborasi dengan mana-mana pihak. Doakan ye (:

KERJA? MAKAN ANGIN? TRAVEL?

Tapi dalam sedar tak sedar tu, banyak juga tempat-tempat atau hotel yang aku pergi atas urusan kerja dan juga bersiar-siar sepanjang tahun ni. Cuma memang tak sempat buat review je. kalau  tak mesti banyak entri aku kan? hehe. Antara tempat yang aku pergi ialah :

1) Palm Hotel, Seremban
2) Extreme Park Hotel, Kluang
3) Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi
4) Homestay di Machang Kelantan
5) Kalumpang Resort dan Training Centre, Hulu Selangor
6) Glory Beach Resort, Port Dickson
7) The Lexis Hotel, Port Dickson
8) Yomi Hotel, Kota Kinabalu
9) Ayana Holiday Resort, Kundasang
10) Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
11) Prescott Hotel, Kuala Lumpur
12) Gold Coast Hotel, Morib

banyak jugak kan? tapi satu entri pun takde berkenaan hotel dan penginapan yang aku duduk ni.  Rasa rugi pulak tak dapat share dalam blog ni. Tahun depan 2018 , InsyaAllah aku akan rajin tulis entri atau review tentang kemana saja aku pergi (:

Tak banyak nak yang dicoretkan untuk rumuskan tahun 2017 ni. Tapi aku bersyukur, segala kesulitan dan kesusahan yang datang, aku ada insan-insan positif yang sentiasa support dari belakang. Terima kasih suami, ibu, ayah, adik beradik, family mertua dan rakan-rakan. Tanpa sokongan dari kalian aku mungkin boleh jadi manusia tanpa akal. 

Esok kalau ada masa aku akan coretkan azam untuk tahun 2018 pulak.

so jumpa lagi next entri, 
Wassalam.

Saturday, December 30, 2017

Jalan-jalan ke Farm In The City bersama keluarga tercinta (:

December 30, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, penghujung cuti sekolah tahun ni dapat juga bawa family tersayang berjalan-jalan di Farm In The City, Sebenarnya memang plan lama dah nak bawa jalan ke sini memandangkan rumah sewa yang aku tinggal sekarang sangat dekat, dalam 5 minit je boleh sampai kat sini. Kalau siapa nak dtg sini, landmark dia betul-betul belakang Giant Seri Kembangan dan bersebelahan dengan Downtown Seri Kembangan. senang je cari tempat ni. Cumanya tempat parking agak terhad, tapi parking dekat luar pun boleh, banyak je parking kosong dekat bangunan sebelah, The Atmosphere tu (:

So nak dijadikan cerita, pagi rabu haritu bertolak dari rumah family di Nilai. Perjalanan untuk sampai ke FITC ni dari Nilai cuma mengambil masa 40 minit je sebab dekat sangat. plus, jalan pun tak jem masa ni, sebab waktu orang bekerja. Budak-budak pun dah bangun awal sebab tak sabar nak pergi berjalan. hehe.. Sampai-sampai je cari parking di dalam tapi dah penuh, so kita parking jelah kat luar tu.dekat je pun.

Kat bawah ni gambar pintu gerbang nak ke kaunter pembayaran tiket dan harga tiket untuk masuk. Pic ambil dari google je, so tak letak watermark.


Related image
Kanak-kanak bawah 90 cm free je masuk (: 

Aku pergi kat sini bersama-sama suami, ibu, adik bongsu, Afifah dan Alif (Anak buah) , Kak Nik dan Ikah (Anak angkat ibu). Cumanya dalam ni gambar aku seorang je takde sebab takde yang melepasi piawai. hihi. 

Banyak betul haiwan dalam ni tau. budak-budak pun seronok sangat dan teruja. Boleh  pegang, boleh bagi makan, minta je makanan dekat petugas. Kalau makanan dekat petugas dah habis, korang boleh beli makanan dekat mesin token. Untuk hygiene jangan risau, sebab tempat cuci tangan dan sabun ade disediakan. 

So jom kita layan gambar-gambar sepanjang berada dalam ni:




Part paling lama singgah ialah dekat kawasan arnab dengan longkang ikan, sebab budak-budak sibuk nak tangkap ikan. Selagi tak dapat selagi tu tak puas hati dan taknak berganjak pergi mana-mana pun. hahaha. biasalah budak-budak kan, bila dah dapat tangkap, senyum sampai ke telinga!




So far, kalau diberi peluang untuk pergi, memang akan repeat lagi sebab memang sangat puas hati. Budak-budak ni pun asik duk bercerita je walaupun dah balik dan dah sampai rumah. 

Jadi, kalau nak bawa anak-anak berjalan, boleh lah datang ke sini. Sangat best! (:

Post Pilihan

randomposts

Followers