Thursday, April 19, 2018

Movie Review #3 : Rampage , Big meets Bigger. Best giler !

April 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Siapa dah tengok Rampage? Ala yg the Rock berlakon tuu..! Aku dan suami berpeluang untuk tengok movie ni pada hari jumaat yang lepas. Bagi aku cerita ni best gila! Nak tau kenapa? meh aku cerita sikit. 

image : google

Hubungan unik seorang Primatologist dan Gorilla Albino

Davis (The Rock) merupakan seorang Primatologist (yang mengkaji tentang haiwan),  manakala ada seekor gorilla Albino yang dinamakan George. Spesis Gorilla Albino ni mahal tau sebab jarang sangat-sangat dijumpai dalam dunia ni, sebab tu ia diburu.

Davis merupakan orang yang bertanggungjawab menyelamatkan George daripada pemburu haram di hutan. Masa tu George masih kecik lagi tapi dia ada satu kenangan pahit. Apa dia? Sedih tau sebab George tengok sendiri depan mata bagaimana ibu dia ditembak dan disembelih oleh pemburu haram bedebah tu!

Sebab tu lah,walaupun dah besar dan meningkat usia ni, George masih trauma dan akan mengganas bila tengok orang pegang senapang. Sedihnyaaa. 

Tapi apa pun, bonding antara Davis dengan George sangat kuat, hinggakan dorang boleh berkomunikasi guna bahasa isyarat, sebab Davis yang ajar George. Ala, bahasa isyarat macam orang yang cacat pendengaran guna tu. Comel betul tau! 


Eksperiment Gila 

Biasalah kan, dalam sejuta orang mesti ade seorang yang tak tenteram bila dunia ni aman damai. Ada sebuah company ni mencipta satu formula yang gila. Formula tu akan menjadikan haiwan-haiwan dalam dunia ni besar dan mengganas. George pun turut terkena tempias dari formula tu. Kesian George!

Selain George, ada 2 ekor haiwan yang turut menjadi mangsa eksperiment gila ni. So, Davis dengan dibantu oleh seorang doktor wanita menjalankan misi untuk menyelamatkan George dan menghentikan huru-hara yang terjadi akibat dari eksperiment gila tersebut.

Official Trailer : Rampage


Spoiler

Nak kena bagi spoiler ke? haha buat masa ni, tu je yang aku boleh cerita. Nak cerita banyak lagi tak boleh la sebab movie ni masih lagi ditayangkan di pagawam seluruh Malaysia. Kalau nak tau apa yang terjadi pada George dan Davis, boleh pergi beli tiket cepat-cepat tau!

5 Bintang! 

Aku bagi 5 bintang! sebabnya movie ni bermain dengan emosi tau. Kejap sedih, kejap happy, kejap rasa nak marah pulak. Tapi sebab utama aku bagi 5 bintang ialah sebab cerita ni berkisarkan hubungan dan layanan baik manusia terhadap haiwan. Walaupun haiwan tak berakal, tapi mereka ada perasaan. Sama la macam cerita ni. So apa lagi, yan tak tengok tu mesti kena tengok. Confirm tak menyesal! 

Wednesday, April 18, 2018

Cara semakan nama daftar Pemilih bagi Pilihan Raya ke 14 ( 9 Mei 2018)

April 18, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Umum dah maklum yang kita bakal mengundi pada 9 Mei 2018 (Rabu). (Baca:Pengumuman Tarikh Pilihan Raya Umum ke 14)

Undi tu adalah rahsia, dan merupakan satu kewajipan serta tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih calon yang berwibawa sebagai pemimpin negara. Untuk yang bakal mengundi nanti, perkara paling wajib korang lakukan ialah dengan menyemak nama korang dan tempat korang mengundi nanti. Mana lah tau korang pernah buat urusan untuk tukar pusat mengundi kan, so better cek awal-awal supaya tak berlaku kesilapan semasa hari mengundi nanti.

Cara semakan nama daftar Pemilih bagi Pilihan Raya ke 14 

Untuk menyemak, korang boleh klik pada pautan di bawah ni : 


Bila dah klik, just masukkan no kad pengenalan dan akan keluar status macam di bawah :
Selamat mengundi semua !

Tuesday, April 17, 2018

Pengalaman pertama kali memandu di Kuala Lumpur

April 17, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ahad yang lepas, aku join Bengkel Videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC. Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ni merupakan aktiviti aku yang pertama dengan KBBA9 selepas menjoinkan diri dalam KBBA9 pada Mac yang lepas. Seronok, tapi yang ni aku akan cerita di entri lain. Sabar tau! hehe



image: google


Wishlist 2018

Korang tahu tak? sebenarnya salah satu wish list aku pada tahun 2018 ni ialah untuk drive masuk KL! haha. Nampak senang je kan? tapi entah kenapalah aku agak risau kalau tengok org drive masuk KL. Mungkin sebab sikap pemandu disana yang bagi aku macam over kot. Sampailah kalau takde yang hantar, aku sanggup naik erl/ktm sekiranya nak pergi KL. Padahal dulu sewaktu bertugas di KL, aku selamba je merempit dari Batu ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail. Ada beza ke motor dengan kereta Asyiqin? entahlah.  haha! 

Kenapa naik kereta? 

Memang mula-mula aku nak naik pengangkutan awam je ke sana. Tapi suami lah yang bising suruh je bawak kereta. Katanya aku dah pernah drive sendiri jauh-jauh ke PD, ke Melaka, takkan lah KL  yang dekat sekangkang kera je dari rumah tu tak nak drive kan? Haha. Maka bermula lah dialog ini : 

Aku     : "Awak percaya ke saya boleh drive masuk KL? hihi.."
Suami : "Mesti boleh punya" 

Dari situlah semangat tu makin meluap-meluap tingginya.  Haha!


Guna Google Maps 

Aku ni tak tahu sangat selok-belok KL. Bukan KL je, nak balik rumah kalau ikut jalan lain pun aku kena buka Google Maps dulu, baru rasa diri berada di jalan yang betul. haha! Kebetulan, aku ada ajak officemate jugak untuk turut serta dalam bengkel tu, tapi rupanya dia pun tak reti jugak jalan nak ke MaTiC tu. So bergoogle maps lah kita ye. Google Maps ni memang banyak memudahkan aku untuk ke mana-mana. Jarang sangat destinasi atau jalan yang ditunjukkan tu salah. 

Jalan tutup pulak! 

Ahad haritu jalan yang nak ke MaTiC tutup sebab ada fun run. Jawabnya sebab kitorang ni tak tahu jalan, maka 3 kali lah kami berpusing pusing di tempat yang sama. Nasib baik kali ke 4 akhirnya polis buka jalan tu. kalau tidak agaknya berapa kali pusingan lah kami lalui haritu ea? haha! 

Selamat sampai dan Selamat Pulang 

Alhamdulillah, akhirnya berbekal kan confident level dan keberanian yang tinggi, akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Masa nak balik rumah pun smooth je walaupun tersasar masuk lorong smart pulak. Argh! masuk terowong ni memang aku tak suka. dah la panjang nau! Terbayang cerita zombi di fikiran masa lalu kat sini. haha! 

Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian pemanduan aku setakat ini. Lepas ni dah berani dah nak drive ke mana-mana pun. InsyaAllah, amin..

Monday, April 16, 2018

Saturday, April 14, 2018


Post Pilihan

randomposts

Followers