Buffet Ramadhan dengan menu yang istimewa di Restoran Rallegra Taman Equestrian Putrajaya
Asyiqin
May 05, 2018
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Minggu lepas aku berkesempatan untuk memenuhi jemputan preview Ramadhan daripada Restoran Rallegra di Taman Equestrian di Presint 5 Putrajaya. Memang dekat betul dengan office aku di Presint 4 tu. So, lepas habis waktu kerja, aku terus ke sini dengan ditemani rakan sepejabat, Amy.
Lestari Sejuta Rasa Mengabdikan Kenikmatan Pelbagai Hidangan Terbaik dari Dapur Restoran Rallegra Putrajaya
Restoran Rallegra bukan sahaja mampu memuatkan lebih daripada 300 pelanggan dalam satu-satu masa, malah pada tahun ini, ia akan menyajikan lebih 150 jenis menu, 12 gerai makanan dan live cooking juga turut dipersembahkan ketika pelanggan menjamu selera juadah yang dihidangkan.
Anta menu istimewa yang diketengahkan pada tahun ini ialah Lidah Lembu Bakar, Ayam Shawarma, Kambing Panggang dan Daging Panggang kuah Asam, ikan keli berlada, Siput sedut Cili Api Batang Keladi, Ayam Daun Selasih, Kway Teow Goreng, Laksa Kedah, Murtabak, Keropok Lekor, Goreng Pisang, Ubi Keledek, Pengat Pisang, Tapai, Pulut Daun Getah, Lepat Pisang inti kelapa dan macam-macam lagi tau!
Udang Sambal Petai
Ikan keli sambal berlado
Ayam Masak Rose
Ayam Goreng Berempah
Puding sedap!
Puding roti best!
kuih muih..
kebab
Buah buahan
Goreng Pisang
Kambing Panggang
Antara tetamu dan media yang hadir
Rasai Sendiri Pengalaman menaiki kereta kuda selepas berbuka
Pada bulan Ramadhan tahun ini, Aktiviti menaiki kereta kuda juga turut disediakan tau! Dengan harga yang berpatutan, iaitu RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, pengunjung dapat merasai pengalaman menaiki kereta kuda di dalam kawasan Taman Equestrian Putrajaya. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.
EARLY BIRD PROMOTION!
1 April - 18 Mei 2018 : RM59 (Dewasa) / RM33 (Kanak-kanak)
HARGA BIASA
19 Mei - 13 Jun 2018 : RM78 (Dewasa) / RM39 (kanak-kanak)
Tempahan dan Pertanyaan Lanjut
Call : 03-80008914 / 8902
Website : www.tep.my
Mengenai Taman Equestrian Putrajaya
Taman Equestrian Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya di mana berinspirasikan konsep taman dalam bandar yang menampilkan keindahan alam semula jadi.
Ia dibuka pada tahun 2006, dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjung yang berminat untuk belajar menunggang kuda. Selain itu, ia turut menawarkan aktiviti stable Tour buat para pengunjung yang berminat untuk melawat kandang kuda.
Taman Equestrian ini juga pernah menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara antarabangsa mahupun sukan nasional seperti KL SEA Games 2017, Premier Cup Series Horse Show, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan Malaysia (SUKMA)
Taman Equestrian Putrajaya diuruskan oleh :
Putrajaya Leisures & Services Sdn Bhd (PULSE Group)
Instagram : Putrajaya Equestrian Park
Facebook : Taman Ekuestrian Putrajaya