Sunday, August 19, 2018

Move on and be strong!

August 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Lama dah rasanya tak menaip. Last post 12 Ogos 2018. Kononya haritu azam tahun baru hari-hari nak update blogpost,hmm..  tak tercapai lah nampaknya. Masih ade beberapa entri event dan review yang perlu update segera. InsyaAllah dalam minggu ini aku akan lunaskan semua hutang-hutang blogpost tu.

Sejak dua menjak ni emosi diri sendiri sangat tak menentu. Ada sahaja yang tak kena dengan diri aku ni. Ade je yang aku rasa tak betul dan memberontak dari dalam. Bila kau tengok muka aku macam biasa je tapi dalam hati ni dah berperang dengan bermacam perasaan, macam boleh kena sakit jiwa pulak. Sakit tau bila ade perasaan yang kita tak boleh luah dekat siapa-siapa, Yang kau hanya boleh mengadu pada tuhan, sebab end up kau taknak melukakan hati siapa-siapa pun. Sebab bila aku bertindak, boleh jadi di luar kawalan.

Aku pun tak faham, dulu boleh je handle bila rasa macam ni datang, boleh je usir anasir-anasir negatif yang menjelma macam sekarang ni. Tapi sekarang, seolah-olah aku membiarkan diri diselebungi dengan awan hitam ni. Aku diam dan tak buat apa. Nak menangis, tak boleh. Nak ketawa, tak mampu. Hmm. Mungkin sebab dah jauh dari Tuhan.. Ibadat pun tak menetu, sebab tu hati jadi tak tenteram kan? Ya Allah.. maafkanlah hambamu ini.

Tapi kan, lumrah lah bila ada rasa macam ni kan.. siapa je yang tak pernah ade kecelaruan hati dan fikiran macam aku rasa sekarang kan? Cuma yang membezakan kita situasi dan cara nak hadap tu je.

So, untuk yang senasib dengan aku sekarang ni, jom kita lawan rasa ni dan bangkit. Move on dengan segala masalah-masalah yang mendatang. Face it, jangan menyorok. Nak tak nak memang kita kena hadap sampai selesai.

 Jom jadi kuat sama-sama :D


Sunday, August 12, 2018

Kekasih - Devotees

August 12, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Harini nak share sebuah lagu dengan liriknya. Lagu Kekasih daripada kumpulan Nasyid Dehearty ni dah lama kan, tapi aku suka sangat lagu ni. Lagi-lagi bila yang ade orang yang buat lagu ni dengan background klip video sedutan dari filem UP. 

Dalam filem tu, mereka bahagia sampai kehujung nyawa walaupun tak dikurniakan zuriat. Tapi kesedihan dan kesayuan tu tetap ade walaupun nampak macam gembira kan. Bak kata netizen, zuriat tu lah pelengkap rumahtangga.. Tapi aku pun sendiri takut, macam mana kalau nasib aku pun jadi sama macam klip video ni kan.. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. 

Semua yang baik datang dariNYA.. Semoga aku juga berpeluang menjadi seorang ummi nanti.





Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu


Sunday, August 5, 2018

Segmen Bloglist 2018 A Secret Journey

August 05, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA

Terima kasih tuan tanah anjurkan segmen ni. Bila kena bercerita tentang diri sendiri ni rasanya kekok pulak. But to be honest lah kan.. aku seorang yang tak banyak cakap, dan sebenarnya tak berapa suka banyak bercakap. Aku more to observing dan memerhati. Aku hanya akan banyak cakap dengan sesetengah orang je. So. kalau ade yang perasan aku banyak cakap dengan korang, means i am super selesa dengan orang tersebut. haha, tapi aku tak sombong tau. dan aku jugak selalu mulakan perbualan dengan yang baru kenal. Cuma nak bercakap huha huha tu takdelah kot.

Berkenaan dunia blogging pulak, aku dalam dunia ni cuma part time je. ada masa aku nak menaip, aku akan menaip. Ada masa aku tak menaip tapi aku jadi silent reader dekat blog orang. Dannnn. apa yang aku tulis kebanyakan berkisarkan tentang diri aku sendiri je. Sebab bila aku dah takde nanti, blog ni lah yang akan jadi kenangan dan tatapan kalau ade orang rindukan aku nanti kan :D

ok dah membebel. jom korang join segmen ni. klik je banner di atas tau! 

Tuesday, July 31, 2018

McDonald’s Malaysia luaskan rangkaian McDelivery selaras dengan potensi pertumbuhan dalam khidmat penghantaran

July 31, 2018

McDonald’s Malaysia luaskan rangkaian McDelivery selaras dengan potensi pertumbuhan dalam khidmat penghantaran

Capaian dan liputan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun dan 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025



PETALING JAYA, 30 Julai 2018 – Memesan sajian McDonald’s dalam keselesaan anda sendiri dipermudah dengan langkah McDonald’s Malaysia meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s, tambahan titik penghantaran di seluruh negara, dan kerjasama dengan foodpanda dalam satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan  makanan McDonald’s , manisan  atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod  pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.
“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke  kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati  kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata, “Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan  memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan  penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.  


Mengenai McDonald’s

McDonald’s ialah peruncit perkhidmatan makanan global yang terkemuka di dunia dengan kira-kira 36,000 cawangan restoran di serata dunia, yang berkhidmat kepada lebih daripada 70 juta pelanggan di lebih daripada 100 negara. Setelah bertapak kukuh selama 35 tahun di Malaysia, McDonald’s berkhidmat kepada 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 267 restoran di seluruh negara. McDonald’s disokong tenaga kerja lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di rangkaian restorannya di seluruh negara, yang menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Mengenai foodpanda Malaysia
Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di  11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my

Monday, July 30, 2018

DEKAT MANA NAK BELI HADIAH YANG BEST UNTUK YANG TERSAYANG?

July 30, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



MENCARI HADIAH ISTIMEWA UNTUK SUAMI TERCINTA

Sebenarnya aku tengah cari something yang ade sentimental value yang aku boleh beri untuk someone yang sangat special dalam hidup aku. Ye, tak lain dan tak bukan untuk suamiku tercintaaaa! Haha..!  Walaupun sebenanrnya hari jadi dia dan tarikh Anniversary kami lambat lagi, tapi tak salah rasanya kan bagi hadiah  sebagai tanda menghargai masa susah dan senang bersama kan ? :D

So, untuk merealisasikan hasrat hati aku, puas jugak lah aku godek-godek encik google tadi, tengok dan sempat baca beberapa tips dari para bloggers dan… tiba-tiba aku tertarik pada satu website ni. :



Kenapa ye aku tertarik? Ada apa-apa yang best ke? Jawapanyaaaaa ialah..

..SEBAB KITA BOLEH REKA SENDIRI HADIAH TU!

Kata nak cari something yang ada nilai sentiment tu kan? So website ni memang sesuai sangat dengan aku sebab menepati ciri-ciri yang aku inginkan, iaitu pertama, aku boleh beli secara online, so jimat duit minyak dan parking kereta. Kedua, harganya mestilah yang semestinya  murah dan berbaloi-baloi, Ketiga,  aku nak reka dan cipta sendiri hadiah tu ikut citarasa aku sendiri, dan keempat hadiah tu mestilah ada nilai-nilai sentimental value dan praktikal, maksudnya yang boleh digunakan dan bukan disimpan dalam almari je

Dekat printcious ni semua ciri-ciri yang aku nak tu lengkap. Caya tak caya? Kalau tak caya jom tengok bawah ni :


JENIS-JENIS HADIAH UNTUK SI DIA

Dalam website ni macam-macam hadiah yang kita boleh pilih seperti T-Shirt, Keychain, Kanvas, Puzzle, Magic Mug, kusyen, Bantal, Button Badge, Pad Tetikus, Jubin seramik dan juga Baby Romper. Serious best giler!

Antara hadiah yang disediakan oleh printcious




4 STEP UNTUK REKA SENDIRI HADIAH ANDA :



1 ) Pilih Produk anda.
Dalam banyak-banyak pilihan yang ada tu, korang prefer yang mana ye? Aku suka bantal dan Kanvas tu. Bantal boleh la suami peluk hari-hari dan Kanvas tu boleh gantung dekat dinding supaya dia boleh tatap hari-hari kan. Chewah macam sweet pulak kan. haha! So aku rasa aku nak beli dua-dua ni nanti. Tapi jom kita design yang bantal tu dulu!



2) Muat naik gambar atau rekaan anda.
Muat naik je gambar apa-apa yang korang suka. Untuk bantal design yang aku pilih ni ade side depan dengan belakang, so korang boleh letak 2 gambar yang berbeza.



3) Tambah dan Sunting Teks
Font dalam ni banyak dan semua cantic-cantik. Rambang jugak mata aku ni tadi. Macam dalam gambar di atas tu, aku guna font Buxton Skecth.


4) Buat Pesanan!

Bila dah siap design tu, boleh la buat pesanan pula tau. Ni kira step yang terakhir lah. Best kan? Senang pun senang. Murah pun sangat lah murah! Rugi kalau korang tak grab satu.

Tengok tu, ada diskaun 40% lagi dan Free postage untuk pembelian RM50 ke atas si semenanjung Malaysia. So, dah jimat banyak betul ni!




Tak sabar pulak nak tengok hasil bantal yang dah siap tu nanti. Nanti bila dah siap aku buat satu lagi entri ya. Jangan lupa baca tau. Hihi..


PRINTCIOUS – YOUR PRECIOUS GIFT

Website

Facebook

Instagram


Jika ada event apa-apa pun dan korang sedang mencari hadiah terbaik untuk tetamu, jangan lupa untuk hubungi mereka. Selain tu, mereka juga boleh sediakan Party Photo Booth untuk majlis Hari jadi .
Mencari sponsor untuk event University dan Kolej? Boleh klik dekat sini : Sponsorship for Event “



Post Pilihan

randomposts

Followers