Sunday, December 30, 2018

Lirik Lagu Anak - Achey

December 30, 2018

Lirik Lagu Anak - Achey


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Sebak pula dengar lagu ni. Lagi-lagi bila tengok dekat youtube dan baca komen-komen dalam tu. Walaupun aku dan suami baru je 4 tahun berkahwin, tapi ujian zuriat ni kadang-kadang menganggu emosi dan perasaan juga. Walau apa pun, semua tu ketentuan Allah kan. Kita usaha..usaha..usaha.. selagi boleh. InsyaAllah satu hari nanti... siapa tahu kan?

Jom dengar lagu ni sambil hayati lirik dia:



Lirik Lagu Anak by ACHEY Lagu : Achey Lirik : Achey

-----------------------------------------------
Rasa ini
Kasih ini
Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran
Kepayahan
Ku lakukan untuk mu wahai sayang

Kasih ku lama telah terpendam
Dan tiba masanya untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti

Dan tiba masanya
Untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti



Saturday, December 29, 2018

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Bukan wangian biasa

December 29, 2018

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Bukan wangian biasa


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist

100 ml 
RM35.00
FREE SHIPPING USING CODE PBSHIP 


Siapa penggemar Body Mist? Yeay boleh geng dengan aku. Dekat rumah ni berlambak body mist, Tiap hari tukar bauan yang berbeza, kadang-kadang ikut mood jugak. So bila dapat tahu Althea ada keluarkan Body Mist baru, hati ni rasa teruja nak mencuba. Dan lagi excited sebab Althea bagi peluang cuba wangian ni dengan percuma. Waduh waduh.. bagai bulan jatuh ke riba! 

Actually, New baby Althea ni merupakan hasil koloborasi bersama Pelakon dan Penyanyi Terkenal Indonesia, iaitu Titi Kamal. Tipu lah kalau korang tak kenal kan.. Alaaaa. yang berlakon dalam tipu kanan tipu kiri tu. haha. best tau lagu-lagu dalam filem tu, lain dari yang lain. 

Titi Kamal sendiri yang pilih gabungan bunga dan buah yang dia suka untuk dijadikan sebagai haruman koloborasi ni. Harmoni bau Rose, Orange dan Peach ni memang best bagi aku.


Jom tengok jap video dekat bawah:

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Interview


 KEY INGREDIENT

 Orange Flower extract - Refreshes the senses 
Damask rose water - Keeps the skin hydrated and gives a gentle fragrance 

Elder flower extract - Cools and soothes the skin, while giving out a feminine scent


Bukan wangian biasa



Kenapa aku cakap yang Mist ni bukan wangian biasa? Haa yang pertama, sebab bau dia bukan jenis bauan yang boleh buat kita pening macam sesetengah body mist yang lain. Yang kedua, bauan dia berasaskan bau floral dan fuity yang bergabung meletop kebabom. haha.. so terhasil lah satu haruman yang fresh.. rasa macam baru lepas mandi di tengah-tengah taman bunga gitu..

Dan.... paling best sekali, sebab dah obses sangat dengan bau ni, aku akan sembur je di mana-mana aku berada, bukan dekat badan je... tapi 

  • Dalam bilik - aku sembur di langsir,cadar, selimut. Bilik kekal harum 2-3 Hari!
  • Dalam kereta - Aku sembur dekat kusyen je pun, wangian lembut dia tahan dekat 3 hari tau.
  • Dekat Office - Aku sembur dekat kerusi dengan cubicles - Tahan 1-2 hari (sebab aku sembur sikit je. haha)


So kalau korang nak tau sendiri best ke tak best, memang wajib pergi ke Website Althea sekarang!

Jumpa lagi next entri!

Friday, December 28, 2018

TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)

December 28, 2018

TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Untuk Part 4 ni aku nak rangkumkan sekali dua appointment di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) Presint 8, Putrajaya. Untuk baca entri yang lepas, korang boleh klik link di bawah ni ye.




1. SESI KAUNSELING

Tarikh Appointment : 19 September 2018
Masa : 9.30 Pagi

Harini kali pertama aku dan suami menjejakkan kaki ke PBBR. Selalunya kami nampak sign board dia je kat tepi jalan. Rupanya klinik Infertility Hospital Putrajaya di letakkan di sini. Kami datang dengan kereta, tapi senang sangat cari parking sebab tak crowded macam Hospital Putrajaya. Sampai sana terus cari Blok F, Sebab Klinik Infertility ni terletak di Aras 5, Blok F PBBR.  Bila sampai di Blok F, Auntie Guard minta pergi daftar dulu di kaunter pendaftaran. Lepas siap daftar kena tulis nama dalam buku dan kemudian baru boleh naik ke atas.

Masuk je dalam klinik, nampak doktor-doktor pelatih tengah duduk dekat tempat menunggu, patient masa tu cuma aku sorang je. Bagi kad hospital dekat nurse dan nurse suruh duduk kejap. Masa tu datang 2 orang doktor pelatih perempuan minta izin untuk ikut serta masuk dalam bilik masa sesi kaunseling nanti, katanya nak belajar. Aku pun bagi je, suami pun tak kisah, sebab terlalu sopan dan lembut sangat minta izin tu.hehe..

Sesi kaunseling ni takdelah kaunseling macam dekat sekolah-sekolah tu tau. Haha.. Sesi kali ni aku dan suami tak jumpa doktor lagi, Nurse yang akan handle. Tapi nurse ni pun baik dan lembut sangat bercakap. Alahai bestnya buat rawatan dekat sini. hihi.

Mula-mula nurse tanya pengalaman aku di LPPKN. Aku beritahu yang dah on Clomid 2 cycle tapi masih belum ada rezeki. Lepastu nurse terangkan satu persatu prosedur yang akan dilakukan di PBBR ni. Alhamdulillah, aku faham semua yang nurse terangkan tu sebab aku pernah buat sebelum ni, Dari ujian darah, HSG, Semen Analysis, Clomid, IUI dan IVF. Nurse juga minta if suami merokok, mohon stop atau kurangkan kegiatan tu. Alhamdulillah, suami aku memang tak merokok. hehe..

So itu jelah untuk sesi kaunseling, lebih kepada sesi penerangan kepada pasangan mengenai prosedur yang akan dijalankan je.


2. SEMEN ANALYSIS (HSA)


Tarikh Appointment : 26 September 2018
Masa : 2.30 Petang

Sperm test

Harini aku ambil half day, manakala suami ambil cuti. Macam biasa, dah sampai PBBR kene pergi daftar dulu dan terus naik pergi lab. Masuk lab je nurse beri botol dan minta untuk keluarkan sperm dan masukkan dalam botol tu. Untuk keluarkan sperm kena buat di sebelah lab tu. PBBR ni dia macam rumah kuarter kerajaan, means yang jenis apartment tu. So kiranya lab tu rumah jiran A, tempat nak keluarkan sperm tu di rumah jiran B. Rumah lain-lain. Dalam rumah tu ade 3 bilik kalau tak silap. Satu bilik tu ade katil, ade aircond, ade bilik air semua lah so agak selesa, sebab kawan-kawan TTC di tempat lain ade cerita yang tempat mereka buat rawatan tu cuma ada toilet je.

Lepas selesai semuanya, hantar sample dekat nurse dan boleh balik.. Result segala ujian darah dan Sperm test akan diketahui bila jumpa doktor pada next appointment.


So, next entri aku akan cerita result dan apa yang akan doktor suggestkan okay. Stay tunned!



Thursday, December 27, 2018

Freebies : Kalendar Kuda 2019 dengan cuti sekolah

December 27, 2018

Freebies : Kalendar Kuda 2019 siap cuti sekolah


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Kalender kuda ni dapat dari facebook. untuk download, korang boleh pergi ke link di bawah  ni atau pun klik save as je pada gambar tu ye.  Boleh print jadikan sebagai note book atau pun untuk ditampal di mana-mana.

LINK DOWNLOAD (SUMBER ASAL)


Atau right-click 'Save Image as' pada setiap gambar.















PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

KUMPULAN A




KUMPULAN B


Sunday, December 23, 2018

TTC JOURNEY I PART 3 : UJIAN DARAH SUAMI ISTERI

December 23, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

TTC JOURNEY I PART 3 : UJIAN DARAH SUAMI ISTERI


Google image


Untuk Entri yang sebelum-sebelum ni korang boleh baca dekat link di bawah ni

KOS TTC DI LPPKN (OWN EXPERIENCE-2016/2017)



Dalam Part 2 aku ade inform yang step seterusnya ialah untuk ambil darah pada hari ke 2 dan 21 period. Tapi sebenanrnya ada lagi ujian  darah yang perlu di ambil oleh suami dan isteri. Ni aku dapat tahu kena ambil lepas sesi kaunseling di PBBR Presint 8. Tapi untuk penceritaan di blog aku akan rangkumkan kesemua ujian darah ni dalam satu entri je tau.

UJIAN DARAH YANG PERLU DI AMBIL



Ujian darah yang aku dan suami perlu ambil ialah :

Isteri

1 ) Hari ke 2 Haid - Hormon FSH dan Hormon LH
2) Hari ke 21 Period - Hormon Progesterone
3) Hep B Surface Antigen, Hep C, HIV,VDRL, Rubella Screening

Suami 

1) Hep B Surface Antigen, Hep C, HIV,VDRL  Screening


AMBIL DARAH DI UNIT DAY CARE HOSPITAL PUTRAJAYA


Ambil darah untuk CD2 dan CD21

Mula-mula nak cari pening jugak la sebab tak pernah pergi kan. Tapi rupanya dekat je, cuma bersebelahan je dari bangunan Utama. Masa nak ambil darah ni aku pergi dulu dekat kaunter pendaftaran untuk daftar, tapi nurse di kaunter tu cakap boleh terus pergi je untuk ambil darah dekat sana. So terus ke Unit Day care. 

Dekat Unit Day Care ni pun lengang sangat-sangat, masa aku datang tu cuma aku jelah patient yang nak ambil darah, so memang tak tunggu lama pun. Rasanya kurang dari 10 minit semua urusan dah selesai. Oh ya.. hari ke 2 period aku ambil waktu pagi, manakala hari ke 21 period pulak aku ambil lepas lunch. Nurse dekat sana cakap better ambil darah waktu pagi sebab hormon lebih senang nak detect katanya, So lepas ni untuk korang yang nak ambil darah CD2 dan CD21, better pergi pagi-pagi okey.

Ambil darah Suami dan Isteri

Ujian darah yang ni aku ambil lambat sikit sebab dapat tahu kena ambil pun masa dah pergi appointment di PBBR Presint 8 untuk sesi kaunseling. Nurse tu inform memang peru ambil dulu ujian darah ni sebelum jumpa doktor. Tarikh Appointment untuk jumpa doktor tu pun agak lama lagi, so kami tunggu hari cuti husband untuk pergi ambil. Memandangkan suami takde lagi kad hospital, so kena pergi daftar kad hospital dulu dekat kaunter pendaftaran sebelum boleh ambil ujian darah tu. Aku suka ambil darah dekat sini sebab nurse baik sangat dan tak perlu tunggu lama sangat pun.

Result ujian darah akan diketahui bila jumpa dengan doktor dekat PBBR nanti. Next Entri aku akan cerita berkaitan appointment seterusnya pulak ya.

Jumpa lagi!


Friday, December 21, 2018

Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxer

December 21, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxer 

Beberapa bulan yang lepas, Althea Korea telah berkoloborasi dengan Korean's Top Beauty Program iaitu 'Get It Beauty' dan terhasilah satu produk yang super duper awesome, iaitu..

Althea Real Fresh Skin Detoxer !


Minsco, Beauty Influencer yang terkenal di Korea dan juga K-Pop Star, Jeonghwa dari EXID mencuba sendiri Althea Real Fresh Skin Detoxer ni dah mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya. Meh tengok video kat bawah ni ha :


Kenapa Produk ni Super Duper Awesome? 

Mesti lah awesome sebab produk ni 2 in 1. Permbersih muka dan juga Mask! Dan yang lebih best lagi, untuk guna Real Fresh Skin Detoxer ni korang cuma perlukan masa selama 10 saat je! Cara guna dia senang dan simple sangat dimana korang cuma perlu applykan di seluruh muka, urut muka dengan sedikit air perlahan-lahan selama 10 saat jer, dan bilas! siap. cepat kan? Cepat dan best!


2 Variasi untuk pagi dan malam


1) Real Fresh Skin Detoxer - Rose
2) Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea


Untuk waktu pagi, digalakkkan untuk menggunakan Rose, dan Green Tea pula digunakan pada waktu malam.Dalam mask ni ade pure kelopak mawar dan juga Daun Green Tea tau! Memang best sebab boleh membuang sel-sel kulit mati kat muka kita tu.


Boleh tengok gambar di bawah ni untuk kegunaan dia:




So jom cepat laju-laju dapatkan Althea Real Fresh Skin Detoxer
di bawah ni :

https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set
 Klik sini untuk dapatkan 20% Diskaun untuk shoping di Althea 





Post Pilihan

randomposts

Followers