Friday, January 4, 2019

UK Farm Fresh Goat's Milk Sedap dan tiada rasa hamis kambing!

January 04, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Disclaimer : Ini bukan entri berbayar, produk dibeli menggunakan duit sendiri dan review berdasarkan pengalaman ke atas diri sendiri.


Apa khabar semua harini?
semoga sihat dan ceria sentiasa.


BUKAN PENGGEMAR SUSU KAMBING


Aku bukan lah penggemar susu kambing, sebab tak tahan dengan bau hamis. Tapi mengikut pembacaan aku di internet, susu kambing baik untuk ttcians dimana membantu pengeluaran saiz telur-telur yang matang bagi wanita. So nak tak nak aku perlu cari juga susu kambing, sebab aku tengah buat rawatan sekarang untuk usaha hamil. 

Dalam hati dah terbayang-bayang macam mana seksanya nanti nak minum susu kambing tu. Kena minum sambil tutup hidung agaknya nanti. hehe. Aku trauma dengan susu kambing sebab dulu selalu dapat sample susu kambing serbuk dari pelbagai jenama yang perlu dibancuh tapi tak kena langsung dengan tekak aku yang memilih ni. Sama juga dengan susu kambing segar yang aku beli dari cool freezer di pasaraya. Semuanya ada rasa hamis tu! akhirnya tak minum dan terbuang macam tu je. Memang satu pembaziran.


JUMPA SUSU KAMBING FRESH DAN DAH JATUH CINTA!

So satu hari tu aku dan suami jalan-jalan di Aeon Taman Equine, terjumpa satu susu kambing botol kecil brand UK Farm Fresh ni. So aku cakap dengan suami yang aku nak try susu kambing ni. So aku beli 4 botol. Harga dia around RM3-RM4 kot, tak berapa ingat sangat.


dan hasilnyaaaaaa... best giler susu kambing ni! Dah lah takde rasa hamis tu malahan sedap sangat, sampai 4 botol tu habis dalam masa yang singkat je. So aku inform suami yang aku dah jumpa susu kambing pilihan hati. hehe dah jatuh cinta.


MINUM TIAP HARI PUN TAKPE!

So sebelum ke program Family Day haritu kami singgah ke Village Grocer, Mytown Shoping Centre dan suami belikan susu kambing yang botol besar. Harga macam dalam gambar di bawah ni, RM23.50. Tak sampai sehari dah boleh habiskan. Memang the best bagi aku.


Ada 3 perisa masa aku beli haritu iaitu Fresh Milk, Chocolate dan Yogurt. So untuk korang yang ada masalah macam aku yang tak suka bau dan rasa hamis kambing, boleh cari susu ni tau! Memang best sangat. Boleh tengok dekat pasaraya berhampiran.

Thursday, January 3, 2019

TTC JOURNEY I PART 5 : TEST RESULT & CLOMID

January 03, 2019

TTC JOURNEY I PART 5 : TEST RESULT CLOMID


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Untuk entri yang sebelum ini boleh baca di sini



25/10/2018
PBBR PRESINT 8

Harini appointment untuk jumpa Doktor. Dalam jam 9.00 pagi dah siap daftar semua terus naik ke klinik infertiliti di Aras 5. Masa masuk tu dah ade beberapa pasangan yang sedang tunggu. Duduk lah kami suami isteri tunggu nama dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Dalam beberapa ketika lepas tu nurse panggil untuk masuk.

Doktor yang incharge masa tu ade 2 orang. Seorang melayu dan seorang india. Yang melayu kenalkan nama sebagai Dr Mariya, yang seorang lagi aku tak berapa ingat namanya. Maaf Dr..hehe. Tapi yang bercakap dengan aku tu Dr Mariya je lah.

Dr Mariya ni soft spoken sangat. lembut giler suara dia. Melting.. hehe


KEPUTUSAN UJIAN DARAH DAN SPERM ANALYSIS

Mula-mula Dr Mariya terangkan berkaitan keputusan ujian darah dan sperm yang kami dah buat sebelum ni.

Ujian Sperm ok
Ujian Darah suami ok
Ujian Darah isteri ok
cuma...
Kadar bacaan Hormon Progesterone isteri rendah sikit

Dr inform hormon progesterone ni penting untuk bantu telur membesar bagi tujuan persenyawaan. Kalau rendah, kemungkinan teluar wanita tak kan cukup matang untuk disenyawakan. Lebih kurang begitu lah ayat dia.

Tapi, Doktor inform jangan risau sebab Doktor akan bantu bagi ubat untuk bantu besarkan telur -telur tu. Memandangkan period aku teratur setiap bulan, jadi doktor cakap senang nak monitor pengambilan ubat tu nanti. 


SEMUA PROSEDUR SEPERTI DI LPPKN DULU PERLU BUAT LAGI TAK?

Oh ya untuk Hysterosalpingogram (HSG), Doktor cakap yang aku tak payah buat lagi sebab aku dah buat HSG dan Pap Smear semasa rawatan di LPPKN dulu. HSG adalah prosedur memasukkan cecair ke dalam tiub falopio wanita untuk test sama ada tiub tersumbat atau tidak.  Alhamdulillah kedua-dua belah tiub aku okey. Doktor Mariya kata tiub kita ni susah nak tersumbat, so keputusan 2 tahun lepas masih boleh diterima. 


NEXT STEP

Untuk step seterusnya, Doktor Mariya cadangkan untuk aku dan suami bersama secara natural untuk 2 cycle. Sekiranya tak berjaya, maka Doktor akan proceed dengan iui dan sekiranya iui tak berjaya, baru proceed dgn ivf. Tapi mengikut Doktor, kes macam aku ni ialah kes yang paling biasa untuk infertility dan selalunya akan ade rezeki , kalau bukan natural, melalui iui sahaja. Lega sikit aku dengar. Tapi walau macam manapun Dr nasihatkan agar percaya pada perancangan Allah swt. Amin..

Doktor jugak bekalkan ubat-ubatan untuk aku makan pada next period cycle. Ubat-ubatan ni perlu ambil sendiri di Farmasi yang berada tingkat 3.

  • Ovamit (Clomid) 100mg (2 biji)- Ubat yang membantu membesarkan saiz telur. Makan pada hari kedua hingga hari ke enam period
  • Progynova (2 biji) - Ubat yang membantu dalam menebalkan dinding rahim. Makan pada hari pertama hingga hari ke empat belas period.

Hari ke 10 perlu jumpa doktor semula untuk buat TVS (Scan melalui faraj untuk cek saiz telur)

Alhamdulillah, doktor terangkan satu persatu dengan senyuman, so aku dan suami cepat tangkap dan faham. Bila keluar dari bilik doktor pun nurse tanya lagi pada aku dan suami, nak make sure kan yang kami faham. Nurse dengan doktor dekat sini semuanya soft spoken dan baik-baik belaka. Sejuk hati selalu.

--------

So, sampai sini sahaja untuk TTC Journey Part 5 aku. aku akan sambung lagi dalam Part 6 nanti. Wassalam..


Sunday, December 30, 2018

Lirik Lagu Anak - Achey

December 30, 2018

Lirik Lagu Anak - Achey


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Sebak pula dengar lagu ni. Lagi-lagi bila tengok dekat youtube dan baca komen-komen dalam tu. Walaupun aku dan suami baru je 4 tahun berkahwin, tapi ujian zuriat ni kadang-kadang menganggu emosi dan perasaan juga. Walau apa pun, semua tu ketentuan Allah kan. Kita usaha..usaha..usaha.. selagi boleh. InsyaAllah satu hari nanti... siapa tahu kan?

Jom dengar lagu ni sambil hayati lirik dia:



Lirik Lagu Anak by ACHEY Lagu : Achey Lirik : Achey

-----------------------------------------------
Rasa ini
Kasih ini
Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran
Kepayahan
Ku lakukan untuk mu wahai sayang

Kasih ku lama telah terpendam
Dan tiba masanya untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti

Dan tiba masanya
Untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti



Saturday, December 29, 2018

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Bukan wangian biasa

December 29, 2018

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Bukan wangian biasa


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist

100 ml 
RM35.00
FREE SHIPPING USING CODE PBSHIP 


Siapa penggemar Body Mist? Yeay boleh geng dengan aku. Dekat rumah ni berlambak body mist, Tiap hari tukar bauan yang berbeza, kadang-kadang ikut mood jugak. So bila dapat tahu Althea ada keluarkan Body Mist baru, hati ni rasa teruja nak mencuba. Dan lagi excited sebab Althea bagi peluang cuba wangian ni dengan percuma. Waduh waduh.. bagai bulan jatuh ke riba! 

Actually, New baby Althea ni merupakan hasil koloborasi bersama Pelakon dan Penyanyi Terkenal Indonesia, iaitu Titi Kamal. Tipu lah kalau korang tak kenal kan.. Alaaaa. yang berlakon dalam tipu kanan tipu kiri tu. haha. best tau lagu-lagu dalam filem tu, lain dari yang lain. 

Titi Kamal sendiri yang pilih gabungan bunga dan buah yang dia suka untuk dijadikan sebagai haruman koloborasi ni. Harmoni bau Rose, Orange dan Peach ni memang best bagi aku.


Jom tengok jap video dekat bawah:

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Interview


 KEY INGREDIENT

 Orange Flower extract - Refreshes the senses 
Damask rose water - Keeps the skin hydrated and gives a gentle fragrance 

Elder flower extract - Cools and soothes the skin, while giving out a feminine scent


Bukan wangian biasa



Kenapa aku cakap yang Mist ni bukan wangian biasa? Haa yang pertama, sebab bau dia bukan jenis bauan yang boleh buat kita pening macam sesetengah body mist yang lain. Yang kedua, bauan dia berasaskan bau floral dan fuity yang bergabung meletop kebabom. haha.. so terhasil lah satu haruman yang fresh.. rasa macam baru lepas mandi di tengah-tengah taman bunga gitu..

Dan.... paling best sekali, sebab dah obses sangat dengan bau ni, aku akan sembur je di mana-mana aku berada, bukan dekat badan je... tapi 

  • Dalam bilik - aku sembur di langsir,cadar, selimut. Bilik kekal harum 2-3 Hari!
  • Dalam kereta - Aku sembur dekat kusyen je pun, wangian lembut dia tahan dekat 3 hari tau.
  • Dekat Office - Aku sembur dekat kerusi dengan cubicles - Tahan 1-2 hari (sebab aku sembur sikit je. haha)


So kalau korang nak tau sendiri best ke tak best, memang wajib pergi ke Website Althea sekarang!

Jumpa lagi next entri!

Friday, December 28, 2018

TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)

December 28, 2018

TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)


Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Untuk Part 4 ni aku nak rangkumkan sekali dua appointment di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) Presint 8, Putrajaya. Untuk baca entri yang lepas, korang boleh klik link di bawah ni ye.




1. SESI KAUNSELING

Tarikh Appointment : 19 September 2018
Masa : 9.30 Pagi

Harini kali pertama aku dan suami menjejakkan kaki ke PBBR. Selalunya kami nampak sign board dia je kat tepi jalan. Rupanya klinik Infertility Hospital Putrajaya di letakkan di sini. Kami datang dengan kereta, tapi senang sangat cari parking sebab tak crowded macam Hospital Putrajaya. Sampai sana terus cari Blok F, Sebab Klinik Infertility ni terletak di Aras 5, Blok F PBBR.  Bila sampai di Blok F, Auntie Guard minta pergi daftar dulu di kaunter pendaftaran. Lepas siap daftar kena tulis nama dalam buku dan kemudian baru boleh naik ke atas.

Masuk je dalam klinik, nampak doktor-doktor pelatih tengah duduk dekat tempat menunggu, patient masa tu cuma aku sorang je. Bagi kad hospital dekat nurse dan nurse suruh duduk kejap. Masa tu datang 2 orang doktor pelatih perempuan minta izin untuk ikut serta masuk dalam bilik masa sesi kaunseling nanti, katanya nak belajar. Aku pun bagi je, suami pun tak kisah, sebab terlalu sopan dan lembut sangat minta izin tu.hehe..

Sesi kaunseling ni takdelah kaunseling macam dekat sekolah-sekolah tu tau. Haha.. Sesi kali ni aku dan suami tak jumpa doktor lagi, Nurse yang akan handle. Tapi nurse ni pun baik dan lembut sangat bercakap. Alahai bestnya buat rawatan dekat sini. hihi.

Mula-mula nurse tanya pengalaman aku di LPPKN. Aku beritahu yang dah on Clomid 2 cycle tapi masih belum ada rezeki. Lepastu nurse terangkan satu persatu prosedur yang akan dilakukan di PBBR ni. Alhamdulillah, aku faham semua yang nurse terangkan tu sebab aku pernah buat sebelum ni, Dari ujian darah, HSG, Semen Analysis, Clomid, IUI dan IVF. Nurse juga minta if suami merokok, mohon stop atau kurangkan kegiatan tu. Alhamdulillah, suami aku memang tak merokok. hehe..

So itu jelah untuk sesi kaunseling, lebih kepada sesi penerangan kepada pasangan mengenai prosedur yang akan dijalankan je.


2. SEMEN ANALYSIS (HSA)


Tarikh Appointment : 26 September 2018
Masa : 2.30 Petang

Sperm test

Harini aku ambil half day, manakala suami ambil cuti. Macam biasa, dah sampai PBBR kene pergi daftar dulu dan terus naik pergi lab. Masuk lab je nurse beri botol dan minta untuk keluarkan sperm dan masukkan dalam botol tu. Untuk keluarkan sperm kena buat di sebelah lab tu. PBBR ni dia macam rumah kuarter kerajaan, means yang jenis apartment tu. So kiranya lab tu rumah jiran A, tempat nak keluarkan sperm tu di rumah jiran B. Rumah lain-lain. Dalam rumah tu ade 3 bilik kalau tak silap. Satu bilik tu ade katil, ade aircond, ade bilik air semua lah so agak selesa, sebab kawan-kawan TTC di tempat lain ade cerita yang tempat mereka buat rawatan tu cuma ada toilet je.

Lepas selesai semuanya, hantar sample dekat nurse dan boleh balik.. Result segala ujian darah dan Sperm test akan diketahui bila jumpa doktor pada next appointment.


So, next entri aku akan cerita result dan apa yang akan doktor suggestkan okay. Stay tunned!




Post Pilihan

randomposts

Followers