Tuesday, March 5, 2019

Larian Wilayahku 7KM Fun Run I First Running Events ❤

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Aku ade something nak cerita harini. 

New Experience for both of us. Kami join running events!

Asalnya memang dari tahun-tahun lepas kami nak join running events, tapi selalu tertunda dan tergendala disebabkan pelbagai faktor. So tahun ni, kami akan cuba berlari dan join running events sebanyak mungkin.

Kenapa join running events? Kan boleh je jogging sendiri-sendiri dekat Taman? Aha mulanya aku fikir macam tu jugak, tapi bila dah join sekali ni baru aku tahu apa beza dia. First, tak terasa penat sangat pun berlari sebab ramai orang. Makin seronok ada lah. Second, lepas lari dapat medal. wuhuuu tu yang best tu,boleh simpan buat collection sendiri.

So untuk permulaan ni, aku dan suami join Larian Wilayahku 7KM Fun Run. Kami book Hotel di Avenue J hotel KL, tak jauh dari venue, iaitu di Dataran DBKL.

 Okey,muka bangga dapat habiskan larian dan dapat Medal. Yuhuu!


 Ni gambar di awal pagi, sebelum larian bermula. 

Asalnya kami berlari berdua, tapi disebabkan aku lebih banyak berjalan dari berlari, aku suruh husband lari dulu. dannnn..dia sampai 30 minit lebih awal dari aku. Tapi still tunggu aku di akhir checkpoint untuk lari bersama-sama ke garisan penamat. Chewah!


Muka lepas habis larian, Muka aku pucat habis, sebab mekap semua dah cair. Haha.. 

Next event nanti di Cyberjaya, kami dah register. So jom kita berlari. Aim kami bukanlah medal semata-mata tapi untuk rasai keseronokan dan untuk gaya hidup yang sihat. 

Jumpa lagi next entri (:

7 comments:

  1. Tahniah awak. Kita ni dok teringin nak join tapi tak pernag reg pun. Semangat je lebih. Good luck for nExt run.

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. TAHNIAH awak kerana minggu nie awak terpilih untuk direview dalam jurnal akak.. Jemput singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2019/03/sahabat-blogger-pilihan_19.html

    ReplyDelete
  3. salam kenalan

    nak tanya ini berminat ke tukar link suka sama suka? bloglist....kalau awak berminta sila comment di blog saya di

    https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html

    nanti saya balas secepat mungkin ye.

    ReplyDelete
  4. Feel dia lain mcm skit kan bila join event..
    Lagi2 bila dpt medal tu. Hehe

    Tahniah..

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers