Tuesday, March 26, 2019

Jom Run Away From Plastic 5KM Fun Run I My Second Medal ❤

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah, dipanjang kan umur lagi untuk join Running Event yang kedua tahun ni . Kalini dekat je dengan rumah, iaitu di Cyberjaya. Tujuan utama penganjur ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya elakkan penggunaan bekas plastik . 

Tengok dalam aturcara yang diberi, Flag Off jam 7.30 pagi. Sebelum tu ada aktiviti zumba untuk panaskan badan. Jadi sempat lah untuk solat subuh terlebih dahulu sebelum pergi berlari. 


Kali ni, jarak nya cuma 5KM sahaja, Kurang 2KM berbanding dengan Larian Wilayahku yang kami sertai pada tarikh yang sama bulan lepas. Medal dia pun cantik dan comel sangat, cuma ringan sikit. Tapi kami berlari bukan sebab medal sangat pun, so soal medal kita letak nombor 2. Yang penting, dapat keluarkan peluh dan sihat. hehe


Sebelum berlari, muka fresh lah sebab awal pagi kan. hehe


Selepas dapat medal, muka dah pucat sebab penat. Haha. Ade je bawak air, tapi sampai ke garisan penamat tak sentuh langsung pun. Bila dah habis larian baru minum. Oh, Milo pun ada, tapi kena beratur panjang giler. So suami belanja minum milo dekat kedai makan. haha. 


We did it for second time. Yeay!


Untuk next month punya running event pun kami dah register. Next months di Shah Alam dan Cyberjaya. Yang dekat cyberjaya tu rasa teruja sikit sebab larian ni dibuat pada malam hari. Sapa yang join Runvengers Cyberjaya April ni? PM tau. mana lah tahu boleh lari sama-sama. hehe

Sampai jumpa lagi di entri yang akan datang. Bye~

2 comments:


Post Pilihan

randomposts

Followers