Tuesday, June 26, 2018

Lagu Deen Assalam yang sangat menenangkan jiwa

June 26, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Sejak dua menjak ni bila buka youtube, suka sangat aku dengar lagu ni. Tenang sangat jiwa. Baik penyanyi asal ataupun yang cover, dua-dua berjaya membawa lagu ni dengan baik. Lirik dia pun bagus sangat. So harini nak share Lirik lagu Deen Assalam dalam Bahasa melayu juga (:

Deen Assalam membawa maksud Islam Agama perdamaian. Betapa Islam mengajar umatnya supaya saling sayanag menyanyangi sesama makhluk di muka bumi dan juga betapa pentingnya sifat bertoleransi sesama kita. Kalau semua orang dalam dunia mempunyai sifat sebegini, MasyaAllah.. indahnya kan? 




Jom kita sama-sama hayati lagu dan lirik kat bawah ni : 




Penyanyi asal, Sulaiman Al Mughni


LIRIK LAGU DEEN ASSALAM (ARAB)

Kala ha dil ar maa taq fi masahat
La u na hasib la sama hat
Wan ta ayas na bahb
La ta ghay kal ar tha nas kan kal ya ghar

Ab ta hayat wab salaam
An syaru wah lal kalam
Zay nu dini yakh te rabb
Ab ma habbat wab ta sam

An syaru ba anil ana
Ha da hud deen as salaam


Terjemahan lirik lagu Deen Assalam dalam Bahasa Melayu

Seluruh bumi ini akan terasa sempit
jika kita hidup tanpa toleransi
namun jika hidup dengan perasaan cinta
meski bumi sempit kita kan bahagia

melalui perlaku mulia dan damai
sebarkanlah ucapan yang manis 
hiasilah dunia dengan sikap yang hormat
dengan cinta dan senyuman

sebarkanlah diantara insan
Inilah Islam agama perdamaian


Sampai berjumpa lagi di next entri!

Monday, June 25, 2018

Eh..eh...cuti dah habis? Cepatnyaa

June 25, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Entri pendek je kali ni.


Harini dah mula bekerja selepas bercuti raya seminggu lebih. Rasa lemau pulak bila nak masuk kerja balik ni, tapi bila amalkan Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti ni, rasa lebih tenang dan bersemangat je. haha! 

Korang dah start kerja ke atau masih bercuti? Kalau masih bercuti, selamat bercuti. Kalau dah kembali bekerja macam aku ni, selamat bekerja lah ye. Semoga kita sama-sama dapat menjadi pekerja yang berguna kepada organisasi dan jabatan seterusnya dapat menyumbang sesuatu pada negara kita yang tercinta ini. Chewah!

Sebenanrnya ada lagi tau entri tentang raya yang aku nak update. Insyaallah ade kelapangan masa nanti aku akan update, saje nak update sebagai kenangan di masa kan datang kan.. Mana tau nanti bila aku dah takde, anak cucu boleh baca blog ni untuk melepaskan rindu kan..

So, jom buat kerja! haha. Jumpa lagi di next entri :D

Tuesday, June 19, 2018

Raya pertama yang dirindui..

June 19, 2018
Assalamualaikum 
alam Sejahtera buat semua :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 semua! 

Harini merupakan Hari Raya yang ke 5, dan dah ade pun yang pulang ke ibu kota untuk meneruskan tugasan harian seperti biasa. Ada yang dah mula bekerja pun kan. Aku? aku masih bercuti lagi, tapi tak keluar beraya pun sebab husband kerja. InsyaAllah bila dia cuti nanti boleh lah memenuhi undangan open house kawan-kawan. Raya kan sebulan! :D

Beraya di kampung halaman tahun ni..

Sebenarnya turn ni ialah turn raya rumah mertua, tapi disebabkan ade hal-hal tertentu yang tak dapat dielakkan, maka raya tahun ni kami beraya di kampung sebelah aku. hehe.. Tapi tahun ni kakak ipar dan anak buah kesayangan aku beraya di Kedah.. alahai.. rindunya kat budak-budak tu!

Malam raya macam biasa, akan ada takbir raya dari rumah ke rumah. Takbir raya ni memang dah tradisi kampung sejak turun temurun, jadi masih mahu dikekalkan dan diteruskan saban tahun.



Pagi-pagi raya lepas bersarapan, kami satu keluarga akan ke surau berdekatan untuk Solat Sunat Aidilfitri, dan seterusnya ziarah ke kubur sanak saudara yang telah meninggal dunia. Lepas tu baru lah kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Untungnya dekat sini sebab saudara mara sebelah ayah kebanyakannya duduk berhampiran dalam satu kawasan je . jadi senang nak berkunjung dan berziarah sesama sendiri.


Tema kami purple purple cair gitu..hehe :D


Petang selepas Zohor pulak kami akan ke Kampung Labuhan Dagang, Banting selangor untuk menziarahi saudara mara sebelah ibu pulak. Bila balik kampung ni,  teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu, betapa meriahnya suasana tu. Rasa nak menitis pulak air mata ni bila ingat kenangan masa arwah nenek dan atuk masih hidup. Allahu.... rindunya pada mereka tak terkata..semoga nenek dan atuk ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..

Next enri aku akan cerita lagi pasal raya. korang kalau yang nak stalk tu boleh la tunggu entri esok lusa pulak. hehe

Selamat Hari Raya!


Sunday, June 3, 2018

Korang nak hadiah best tak?

June 03, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai hai.. dah ade orang rindu ke nak baca tulisan iols. haha! 

Hari ni ( 3 Jun 2018) merupakan hari ke 18 kita berpuasa kan? Dah tak lama dah nak raya. 2 minggu je lagi. Macam mana persiapan raya korang tahun ni? Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya.

Tahun ni aku beli baju online yang murah-murah je. Malas dah nak pergi butik atau jalan Tar sebab  semua orang tahu, waktu sekarang ni mesti orang ramai giler berpusu-pusu nak beli kelengkapan raya. Tak dapat bayangkan pulak kena berhimpit-himpit dan berebut-rebut semata-mata nak cari sehelai dua baju kurung tu je. Takpelah, baju biasa-biasa asalkan yang cantik dimata selesa di badan je pun dah okey dah bagi aku. 

Oh ye, berbalik pada tajuk entri harini, aku nak ajak korang memeriahkan Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan , sebabnya aku merupakan salah seorang penaja bagi Giveaway kali ni. Untuk GA ni, aku akan hadiahkan 5 keping Facial Mask untuk yang bertuah tu! Jangan risau, facial mask yang aku hadiahkan tu memang ade jual di Farmasi dan bukannya yang rebranding atau timbang kilo. hehe..

Ni antara salah satu brand yg pemenang akan dapat. Pic google je :D


Selain dari hadiah ni, ade ramai lagi penaja dengan hadiah best-best jugak. so jom lah join, tunggu apa lagi! tekan je banner di bawah ni untuk join. Tarikh tutup dah semakin hampir. Aish rugi kalau x join!



TARIKH TUTUP GA : 11 JUN 2018