Raya pertama yang dirindui..

Assalamualaikum 
alam Sejahtera buat semua :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 semua! 

Harini merupakan Hari Raya yang ke 5, dan dah ade pun yang pulang ke ibu kota untuk meneruskan tugasan harian seperti biasa. Ada yang dah mula bekerja pun kan. Aku? aku masih bercuti lagi, tapi tak keluar beraya pun sebab husband kerja. InsyaAllah bila dia cuti nanti boleh lah memenuhi undangan open house kawan-kawan. Raya kan sebulan! :D

Beraya di kampung halaman tahun ni..

Sebenarnya turn ni ialah turn raya rumah mertua, tapi disebabkan ade hal-hal tertentu yang tak dapat dielakkan, maka raya tahun ni kami beraya di kampung sebelah aku. hehe.. Tapi tahun ni kakak ipar dan anak buah kesayangan aku beraya di Kedah.. alahai.. rindunya kat budak-budak tu!

Malam raya macam biasa, akan ada takbir raya dari rumah ke rumah. Takbir raya ni memang dah tradisi kampung sejak turun temurun, jadi masih mahu dikekalkan dan diteruskan saban tahun.



Pagi-pagi raya lepas bersarapan, kami satu keluarga akan ke surau berdekatan untuk Solat Sunat Aidilfitri, dan seterusnya ziarah ke kubur sanak saudara yang telah meninggal dunia. Lepas tu baru lah kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Untungnya dekat sini sebab saudara mara sebelah ayah kebanyakannya duduk berhampiran dalam satu kawasan je . jadi senang nak berkunjung dan berziarah sesama sendiri.


Tema kami purple purple cair gitu..hehe :D


Petang selepas Zohor pulak kami akan ke Kampung Labuhan Dagang, Banting selangor untuk menziarahi saudara mara sebelah ibu pulak. Bila balik kampung ni,  teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu, betapa meriahnya suasana tu. Rasa nak menitis pulak air mata ni bila ingat kenangan masa arwah nenek dan atuk masih hidup. Allahu.... rindunya pada mereka tak terkata..semoga nenek dan atuk ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..

Next enri aku akan cerita lagi pasal raya. korang kalau yang nak stalk tu boleh la tunggu entri esok lusa pulak. hehe

Selamat Hari Raya!


12 comments:

  1. Dah bertahun rumah mak ayah tak join takbir. Bukan apa kadang kena tggu sampai pkl 12 nak tunggu turn rumah kami. Memasing dah letih. Hehe. Selamat hari raya asyiqin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aar, ade tu kadang sampai kul 5 pagi baru habis bertakbir rumah ke rumah. meriah tp letih tuan rumah nk tggu turn. hehe

      Delete
  2. waa bagus la kmpung mcm tu. seronok jugakkan takbir dari rumah ke rumah. meriah rasanya.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya utk syiqin sekeluarga

    ReplyDelete
  4. hari raya will always special utk kita kan.
    terkenang zaman kekecik.
    sebab tu skang aida masih maintain beraya sakan, ziarah menziarahi famili terdekat.
    nak kasik memori indah utk anak-anak.
    raya = makanan = ziarah menziarahi = bungapi.

    ReplyDelete
  5. semestinya dirindui.. semua akan merindui saat bersama semua ahli keluarga..

    ReplyDelete