Saturday, March 31, 2018

Thursday, March 29, 2018

Skill penulisan yang kian malap

March 29, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam!

Sejak kebelakangan ni aku hanya dapat update entri waktu malam je, sebab siang dah terlalu sibuk dengan urusan kerja dekat office tu. Tp buat masa ni, aku masih lagi sempat blogwalking dan tinggalkan jejak dekat blog rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun tak pernah lagi jumpa, tapi rasa seronok bila dapat berinteraksi macam ni, selain dapat menambahkan ilmu dari pembacaan dan menambahkan lagi skill penulisan. chewah..

gambar : weheart it

Sebut tentang skill penulisan ni, teringat zaman masa sekolah dulu-dulu, selalu jugak karangan dan essei kena puji dengan cikgu, menang dalam pertandingan reka puisi, masuk pertandingan pantun dan macam-macam lagi yang melibatkan BM dan penulisan.  

Tapi tu dulu... sekarang skill tu dah makin malap dan kelam. sedih pulak, tapi nilah hakikat yang aku perlu terima. Kalau ada mana-mana tempat yang buat kelas penulisan, memang rasa nak join je untuk asah balik skill yang dah berkarat ni. Sebab aku memang minat menulis pun sebenarnya. Eh, sekarang ni menulis ke menaip ea? haha (abaikan) 

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan (: 

Sampai di sini sahaja hari ni, jumpa lagi di lain post :) 


Wednesday, March 28, 2018

Apa nak buat kalau rindukan seseorang ?

March 28, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Rindu..

Yang baca ni ade tak rindukan sesiapa macam aku sekarang ? Rindu sangat sampai nak nangis tau! huwaaa. Okey takla, drama je nangis-nangis tu. Hati kena lah kental kan. 

gambar : google

Ubat rindu paling mujarab?

Biasanya, bila rasa rindu apa yang kita perlu buat? Update dalam sosial media? Call orang yang kita rindu tu?Sebenarnya yang paling bagus ialah bila kita sampaikan rindu kita pada seseorang tu melalui DIA. Sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

InsyaAllah bila kita  minta sungguh-sungguh dengan Allah, Allah akan tetapkan hati-hati orang yang kita rindu untuk tidak berpaling arah, dan sekiranya orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini, semoga Allah tenangkan hati kita dan ubati kerinduan itu seiring masa yang berlalu. InsyaAllah.


Ustaz Don Daniyal pernah pesan:

"Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah "


Kenapa surah al fatihah?

Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekedar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga dapat membantu memperluas rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.


Sakit rindu itu satu ujian
Kerinduan dan kesedihan dan kesakitan yang kita alami hanya kita sendiri je yang tahu kan? Tapi yakinlah, Allah takkan menguji kita di luar kemampuan diri kita sendiri. Semua yang berlaku ade hikmah. Kita kena yakin dengan aturan Allah SWT. Semoga orang-orang yang kita rindu berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa. InsyaAllah (: 

Tuesday, March 27, 2018

Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti

March 27, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam.
Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua.

Sebenarnya dah 2 hari aku ambil cuti rehat. Esok dah kena kerja! Tadi dekat group whatapps kerja, banyak betul task yang bos bagi. Dateline nye pun semua dekat-dekat tau. Nak buat macam mana kan, kena hadap jugak, selagi kerja tak settle selagi tu hidup aku tak kan tenteram. Nak pass task dekat org lain memang bukan perangai aku. Aku pun tak suka orang usik kerja aku melainkan atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. 

Jadi malam ni, aku nak share pada korang cara aku dalam memastikan apabila kembali bekerja selepas bercuti, aku akan tenang dan cool walaupun ada workload yang tinggi. hihi,

Image : google


Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti

1. Hantar progress kerja ke emel 

Aku ada 2 jenis emel yang berbeza ; kerja dan peribadi. Setiap hari dalam 10 minit sebelum balik kerja, aku akan catit apa-apa kerja yang masih belum diselesaikan di dalam draf emel peribadi. Semuanya termasuk la words, power point atau dalam apa-apa bentuk pun yang berkaitan dengan task tersebut. Bila draf tersebut dah lengkap, aku akan sent kan pula draf tersebut ke emel kerja. 

Dekat sini dah ade 2 kebaikan tau. Pertama, aku akan alert tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan bila aku sampai office keesokan harinya. Kedua, bila aku tak bawa pendrive atau harddisk (incase pergi outstation atau cuti kecemasan), aku tak perlu risau sebab semua kerja dan dokumen yang diperlukan tu dah ade dalam emel, so, boleh buka je emel dengan senang hati (:


2. Bila sampai je office, bersihkan meja dulu

Ni mungkin salah satu habit aku yang agak membantu. Tiap-tiap pagi memang selalunya aku akan bersihkan dulu meja sebelum on PC. Alah, dalam seminit dua je pun. Lap-lap lah meja sikit, sembur perfume sikit bagi wangi dan tadaaaa.. mood tu mesti akan berubah tau. korang kena try yang ni!, Sebab bila meja dah bersih (pada pandangan mata aku lah), dan dah wangi, aku akan rasa nak melekat je kat meja kerja dan taknak pergi mana-mana pun. haha!


3. Baca doa sebelum mulakan sesuatu kerja

Yang ni wajib buat tau. Untuk aku, aku takde doa yang khusus pun atau doa yg sama setiap hari. Aku akan doa apa-apa sahaja yang terlintas di hati aku pada masa tu. Tak kisah lah nak doa panjang ke doa pendek-pendek ke, yang penting kena sungguh-sungguh doa, macam yang kita doa selepas solat tu. InsyaAllah, lepas tu kita akan rasa ikhlas dan lebih tenang untuk buat kerja tersebut. 

...............................................

Ni tips yang ak apply kan untuk diri aku sendiri. Sekiranya korang yang baca ni rasa sesuai dan kena untuk korang pulak, boleh lah sama-sama cuba ye! Semoga kita semua menjadi pekerja yang berdedikasi hendaknya, InsyaAllah (:

Monday, March 26, 2018

Siti Aafiyah Binti Khalid : Nama puteri Dato' Sri Siti Nurhaliza

March 26, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Siti Aafiyah Binti Khalid : Nama anak Siti Nurhaliza dan Dato' K l Umum sedia maklum yang Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin pada 19 Mac 2018 (1 Rejab) yang lalu. Alhamdulillah, Malam tadi, bersamaan genapnya hari ketujuh kelahiran si comel pipi merah, Dato Sri' Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakr disampiang membuat pengumuman rasmi nama anak dan mendedahkan wajah puteri comel mereka kepada umum malam tadi. 

Anak perempuan pertama bagi Dato' K 

Tengok gambar kat bawah ni. Terpancar cahaya kegembiraan buat pasangan ni. Maklumlah, ini satu-satunya puteri bagi Dato' K dan Siti Nurhaliza. Melalui perkahwinan terdahulu, Dato' K dah pun mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Dato K juga pernat menyuarakan hasrat untuk memiliki anak perempuan, akhirnya hasrat dan doa Dato K termakbul juga.

Gambar : Instagram


Siti Aafiyah Binti Khalid

Sedap betul Nama anak Dato Siti ni kan? Aafiyah. simple dan senang nak ingat. Bukan tu sahaja, nama ni pun mempunyai maksud yang baik. Nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas. 

Maksud Aafiyah 
Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam 'afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah, untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam 'afiyah.

Gambar : Instagram 

Semoga Siti Aafiyah menjadi anak yang solehaha, penyejuk hati ibu dan ayah. Jadi anak yang mendengar kata dan patut pada orang tua ye sayang. Doakan untie pun dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat sendiri satu hari nanti. InsyaAllah..

Saturday, March 24, 2018

Friday, March 23, 2018

Wednesday, March 21, 2018

Segmen Azah Rahaman : Aku Seorang Blogger!

March 21, 2018
Assalamualaikum :)
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar hati hari ni?
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu.

Dah lama tak join Segmen. Tadi masa blogwalking terjumpa pulak segmen ni dan terpanggil untuk join. Hihi.. so lets start!


Nak join boleh klik banner ni 

Bila Blog ditubuhkan 

Kalau tengok pada entri pertama blog ni ialah pada 29 Jun 2010 kan? Tapi sebenarnya tak. Blog ni dah ditubuhkan awal lagi dari tarikh tu tapi entri-entri telah dipadam atas sebab-sebab tertentu. Tapi kalau nak secara officialnya, boleh lah ambil tarikh 26 Jun tu. 

Eh? blog ni dah berusia 8 Tahun? wohoo! kalau ade anak dah darjah dua dah ni. hihi


Maksud Tersendiri nama dan Url Blog

Asyiqin
https://asyiqin89.blogspot.my

Ini nama sendiri sebenarnya. Memang suka letak nama sendiri dekat mana-mana account media sosial. 89 tu pulak tahun lahir aku. So..  as simple as that lah :)

Ceritakan Pahit Manis sebagai seorang Blogger

Pahit? 
Takde.

Manis?
Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan blogger walaupun cuma di alam maya ni. Dapat baca cerita-cerita yang mereka post, tips, dan lain-lain lagi

Satu lagi happy bila dapat menang Giveaway atau Contest, walaupun cuma topup RM5. Rasa happy tu taktau nak cakap mcm mana, tapi memang super duper happy lah! haha

Nasihat kepada blogger lain

Nak nasihat pun rasa macam segan pulak sebab blog aku pun just blog picisan dan lebih berkonsepkan peribadi yang cerita perihal hidup sendiri je. Tak pernah join event mana-mana ataupun jumpa face to face dengan mana-mana blogger. Dalam hati teringin sebenarnya tapi masa agak mencemburui sekarang ni. 

Jadi harapan aku, semoga ukhwah kita sebagai blogger kekal sampai bila-bila walaupun cuma di alam maya je. Mana tau satu hari nanti ade rezeki boleh jumpa ramai-ramai kan?

InsyaAllah..

Tuesday, March 20, 2018

Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

March 20, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.

Monday, March 19, 2018

Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin

March 19, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Dato Siti Nurhaliza selamat bersalin l  Jarang sebenarnya aku post cerita berkaitan artis ni, tapi untuk harini aku teruja sangat nak buat entri ni tau. Alhamdulillah, buah hati rakyat Malaysia ni dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang pastinya sangat comel kan? Tak sabar nak tatap wajah bayi syurga ni :) 




sumber gambar : Instagram


Bersalin Pada jam 8.17 Pagi

Melalui kenyataan rasmi di Instagram beliau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi, hari ini (19 Mac 2018)


Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.



Bersalin pada Hari Isnin, 1 Rejab

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Idola bagi TTCians

Semua sedia maklum kan yang Dato Siti merupakan ex-ttcians yang menunggu hampir 12 tahun sebelum dikurniakan rezeki yang tak ternilai harganya ni.Bayangkan dalam masa 12 tahun ni mesti beliau dah hadap bermacam-macam kata sindiran dan tohmahan hanya disebabkan belum hamil lagi. Orang yang kuat je dapat lalui semua ini. Kalau aku yang cuma 3 tahun pun kadang-kadang dah rasa down, apalagi ttcians yang berbelas tahun lalui perjalan ttc ni.

Semua yang berlaku ade hikmah. Allah swt maha mendengar dan maha memberi. DIA yang paling tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Jadi untuk semua ttcians, jom kita teruskan usaha. Jangan mengalah dan berputus asa! Pedulikan kata-kata orang sebab mereka tak faham. Doakan mereka-mereka yang tak faham ni supaya berubah dan sokong kita pula. InsyaAllah dengan izinNya..


Fighting!
Kita insan terpilih, sebab tu kita diuji 
Senyum :) 

Sunday, March 18, 2018

Tips Muka bersih tanpa jerawat : Double cleansing!

March 18, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca :)

Apa khabar hati hari ni?
harap terus sihat dan ceria :)

Untuk pos kali ni, aku nak cerita tentang rutin terbaru yang aku amalkan, iaitu double cleansing. Dah dekat sebulan jugak aku amalkan dan nampaknya perubahan pada kulit wajah agak positif dan memberansangkan, so why not tak share dekat blog ni kan, benda baik patut dikongsi :)

Double Cleansing ? Ape tu ?

Masa mula-mula dengar pun dah tertanya-tanya apebenda lah ni. Dengar bunyi macam kene cuci muka dua kali ke. Tapi kenapa kena cuci sampai dua kali? sekali tak cukup ke, Macam membazir je?

Ni lah yang berlegar-legar di fikiran aku masa mula-mula dengar terms ni. Gali punya gali , baca artikel semua baru faham yang double cleansing ni merupakan teknik paling utama yang diamalkan oleh wanita-wanita korea untuk penjagaan wajah. Sebabnya, bila mencuci muka dengan pencuci biasa sahaja, masih belum tentu lagi kotoran atau minyak di muka akan hilang sepenuhnya, lagi-lagi bagi mereka yang gemar menggunakan makeup. Jadi dengan penggunaan double cleansing, segala minyak, sebum dan kotoran dimuka dapat dicuci di tahap optimum.

Kotoran di wajah kita ade 2 jenis, iaitu minyak dan air. Kotoran minyak seperti sunscreen, sebum tu lebih efektif dengan menggunakan minyak. Pernah dengar kan yang minyak dan air tak boleh bergabung? Jadi sekiranya kita membersihkan wajah yang berminyak menggunakan pencuci water based semata-mata, walaupun kita rasa dah bersih, tapi sebenarnya tak. sebab tulah jerawat segala tumbuh balik dekat muka.


Step by Step double cleansing

STEP 1 : Gunakan pencuci oil-based

Biasanya dekat packaging dia akan terus tulis oil cleanser dan kebanyakannya sesuai untuk semua jenis kulit. Dekat Watsons dan Guardian pun banyak, korang boleh cari ikut brand yang digemari. Cara guna dia senang je, tapi berbeza sedikit dengan pencuci biasa. 

cleansing Oil - pic dari google

Sebelum guna. pastikan muka dan tapak tangan kering.

1) Pump/tuangkan pada tapak tangan
2) Gosok tapak tangan sampai rasa macam panas-panas sikit
3) Sapu di seluruh muka, urut-urut sikit
4) Titiskan air pada wajah yang ada cleansing oil tu, urut-urut muka sampai oil tadi jadi warna putih
5) Bilas dengan air

STEP 2 : Gunakan pencuci water based atau pencuci muka harian 

Lepas cuci muka dengan cleansing oil, teruskan pulak cuci muka dengan pencuci muka biasa yang korang guna, cuci muka macam biasa je. Bia dah siap, korang boleh belek-belek muka depan cermin dan rasailah perbezaannya. haha!

Untuk aku, aku gunakan cleanser macam di bawah ni, serius sangat best pada muka tau.

My double cleansing routine:
Step 1 : Nutox Cleansing Oil
Step 2 : Gel Pembersih Wajah SRG Beetox



Kena pakai hari-hari ke?

Untuk double cleansing ni aku akan guna sehari sekali je, biasanya lepas balik dari kerja. Kalau hari cuti kalau tak keluar rumah just pakai cleanser beetox tu je sebelum mandi. Sebabnya pergi kerja aku akan apply segala serum, essence, moisturiser dan sunblock tu dengan mekap sikit-sikit. Jadi bila balik rumah tu memang nak muka betul-betul bersih baru rasa selesa. 

Kalau hari cuti dan ade dekat rumah je aku selesa tak pakai apa-apa skincare dekat muka, just pakai bedak baby je, jadi takde keperluan pulak untuk buat double cleansing.

Untuk dapatkan kulit muka yang bersih kita memang perlu melabur sedikit. Tapi bukan mahal pun buat double cleansing ni. Harga cleansing oil ni pun dalam range RM30-RM60 je sebotol yang mampu bertahan berbulan-bulan. Nutox tu pun aku beli dalam RM32 je haritu dekat Guardian. Jadi aku rasa tak rugi pun.

Bila muka bersih, mekap pun senang nak pakai dan lebih tahan lama dekat muka. Jerawat pun segan nak ada tau. Jadi, jom amalkan dan sama-sama kita nikmati kebaikannya  :) 

Saturday, March 17, 2018

Tuesday, March 13, 2018

Speechless.

March 13, 2018
Assalamualaikum 
salam sejahtera buat semua :) 



Pernah tak jumpa orang macam ni?

Cakap dia je betul, sibuk bercerita pasal orang itu tak betul, orang ini tak betul, seakan-akan nak suruh aku benci orang, hmm. kau dah kenapa wahai perempuan?

Sekali dua aku dengar jugak, percaya jugak, tapi bila jadi depan mata aku sendiri, cerita kecik diperbesarkan, benda remeh dihebohkan, seolah-olah saje nak mencari perhatian orang lain.

Memang aku pun dua kali lima je, kadang-kadang ade tersasar jugak, tapi bila aku cuba letakkan diri di dalam kasut empunya, entah la aku rasa sakit hati pulak. 

Tapi aku takde pulak nak perbesarkan dan menokok tambah cerita macam attention seekers. Tak pernah rasanya.Dan...aku nak berubah jugak. Tak seronok lah hidup macam ni. takde life kan?

Lets get a life, people!

Post Pilihan

randomposts

Followers