Wednesday, April 22, 2015

Exam

April 22, 2015
Assalamualaikum

Aku dalam Opis ni.

Supposedly kena buat kerja. Tapi semua kerja buat masa ni aku dah setelkan. Just jumaat nanti je kena follow-up balik untuk program Sabtu ni. And Jumaat nanti aku nak ajak penyelia pergi tempat program untuk check tempat and makesure tempat semua dah okey so hati dah boleh lega. Untuk program kali ni aku kena jadi Timbalan Pengerusi. So tanggungjawab tu besar. Memang lah bukan aku yang buat kerja tu, aku just follow up and pastikan semua berjalan lancar. Sebab apa-apa nanti aku yang kena jawab. Tarik nafas dalam-dalam jap. Fuhh

Exam.
Esok aku ade exam jabatan. So ingatnye jap g aku nak study ni.. Tapi dah kenapa rase macam tak bersemangat je ni syuhada hoi. Tapi kene jugak study betol2 sebab Exam ni untuk Sah Jawatan dalam Kerajaan kan. Rileks lah. 



nanti update lagi.. 

Monday, April 20, 2015

Dua Puluh April

April 20, 2015
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua yang membaca

Aku tau ramai je yg stalked. heh !

Rindu...

Rindu sebenarnya nak menaip 
Rindu nak update entry baru dalam blog. 
Rindu nak bercerita tentang life aku sekarang,
Rasa boleh hilang stress bila bercerita dalam blog. Rasa Lega. sangat sangat..

Married live
Hampir 3 bulan dah bertukar status. Banyak Perbezaan dengan dari hidup bujang dulu. Hidup sekarang dah tak sama macam dulu. Kadang aku rindu hidup masa zaman bujang, sebab aku berdikari. Sebab bila dah kawen ni aku rasa terlalu mengada bila terlalu dimanjakan oleh si suami. Hahaha. Sekarang ni dah jarang sangat keluar berjalan menapak sorang. Kemana-mana mesti nak ade dengan suami. Sebab kekadang bila suami kerja dan aku cuti, bila rasa boring duduk rumah aku sanggup tahan tunggu suami balik kerja ajak dia pergi lepak. Suami yang baik tidak pernah menolak. hiks.. Cuma nanti Raya first kena raya kat kampung aku lah. Harap yang ni suami tak menolak jugak. Dulu sebelum kahwin dah janji kan. takmo buat-buat lupa okeh. hee

Career Life
Sekarang ni kerja aku jadi bertambah senang sikit sebab dah kena jaga 1 zon je. dulu kena jaga 2 zon. So dari 6 Parlimen, aku just jaga 3 Parlimen je sekarang. So aku boleh fokus. Tadi pun baru buat meeting dengan semua penyelia. Mesyuarat untuk perjalanan program dan juga hal hal berkaitan unit supaya berjalan lancar sepanjang 2015. Jadi pengerusi mesyuarat uolss. Haha. best jugak kadang adang bila jadi boss di daerah ni. Cuma kena sabar banyak banyak kena maniskan muka hari hari. Sepanjang kerja ni, pernah sekali je pun aku mengamuk sebab dorang datang lambat meeting. Tapi tadi pandai pulak dorang sharp waktu kat bilik meeting. Takut le tu kene marah lagi. hewhew.. Taklah. aku taknak marah pun sebenarnya. Haritu aku ngamuk sebab emosi tak stabil, sebab aku tengah demam dan tak larat nak buat meeting tapi sebab dah tak cukup masa, nak tak nak meeting kena berjalan jugak lah.


Nak drive kereta!
Aku dah ambil lesen kereta sekali dengan motor lepas habis SPM Haritu dah lulus dah. Masa bawak dengan JPJ okey je tapi lepastu tak bawak dah. Sebab ape? Sebab malas nak bawak kete orang. Taknak bawak kete ayah atau abg sebab aku taknak tanggung risiko kalau ape2 jadi kat kereta tu. So aku just ke mana-mana dengan motor je. Itupun bawak motor masa degree. Sebab susah nak tunggu bas lama-lama and tak nak beratur panjang tunggu bas, sebab kena bangun pagi-pagi sangat tunggu bas kalau kelas jam 8 pagi. So sekarang lebih selesa bawak motor je kemana-mana. Tapi sekarang nafsu nak bawak kereta tuh dah membuak buak dalam hati dan sanubari aku ni. Sebab aku kan boss. pastu kerja banyak nak merasmikan majlis, nak kena bagi ucapan. dah tu tak kan nak duk menumpang je dengan staff. Takkan nak bawak motor, kalau hujan camne. So aku dah bangkitkan perkara ni pada suami dan dia bagi izin belajar guna kereta dia sebab suami pergi kerja pun naik motor je, malas nak hadap jem katanya. So sekarang ni aku belajar slow slow, bawak kereta area dalam dakawasan opis je lah sebab kawasan ni luas. Bila dah okey pegang stereng ni aku nak mintak suami tolong teman aku bawak kat jalan raya yang ade ketera di kiri kanan. hahaha. 

Okey. dah la smapai sini je.
nanti ade masa update lagi.

-Syuhada

Post Pilihan

randomposts

Followers