Monday, December 31, 2012

Cara orang tak berapa nak rajin study

December 31, 2012
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera. Selamat petang.


Harini isnin. hari terakhir untuk tahun 2012. Ada yang lebih penting dari itu. Ada 5 kertas membunuh yang bakal ditempuhi bermula 3 hari lagi. Perjuangan sudah pun bermula secara perlahan. Perlahan la sebab tak rajin sgt kan. camne cara study untuk org yg x rajin ni?

Firstly, do at least 5 past year questions. Buat mcm essay siap contoh semua tu. And don't forget to make correction on your previous tests, macam ni lagi senang nak ingat point daripada duk menghafal slide satu satu yang lecturer bagi tu, sbb most of the past year  question will cover all chapter yang kite belaja. semua related. 

Then, setiap 3 jam sekali sila tutup buku and pergi tido kejap. Kalau takut terlajak tido, rehat. jgn pandang buku dah. It's for your brain and minds and health la kan. Study dan muzik. ade orang ckp x boleh. ada cakap boleh. bagi aku, aku lagi senang study sambil dgr muzik. lagi senang fokus kot. 


And alhamdulillah, result untuk degree ni semuanya 3 pointer and above,  sbb rajin jugaklah buat past year question kan. err..ye kot. Tapi kalau aku ni rajin study mesti dapat DL every sem kot. Haha , berangan sangat ! k bye sayangs

Till next entry :)

Friday, December 14, 2012

Kekasih memanggil pulang.

December 14, 2012
Assalamualaikum. 
selamat malam. salam sejahtera (:

Rasa seperti ada yang tak kena hari ni. Serba tak kena. kenapa? sebab sepatutnya saat ni dah berada di rumah sendiri. Ye, memang tiap 2 minggu sekali aku akan balik ke rumah, Rumah itu syurga dunia. Tak perlu fikirkan assignment, Tak perlu risau tentang makanan, tak perlu resah tentang hati dan jiwa, semuanya sudah lengkap tersedia di depan mata. Rumah ada ibu, ada ayah ada adik adik dan ada adik adik angkat juga. Mereka yg menjaga hati, memberi semangat, berbual apa saja tanpa rasa bosan dan terasing. 

Serba salah lagi bila ayah kirimkan sms, tanya bila balik rumah. Tak lama lepas tu ibu pulak mesej, dengan soalan yang serupa. Memang hati memanggil manggil untuk pulang, tapi... lecturer nak buat jugak test hari ahad. Hari yang sepatutnya merupakan hari rehat sedunia. ishh. Bukan ke polisi Uitm x benarkan buat test hari ahad n lunch hour? Hmm..

Till next entry..

Ibu Ayah Adik, i miss you.










Thursday, December 13, 2012

Final exam yang terakhir.

December 13, 2012
Assalamualaikum. 
selamat petang. salam sejahtera (: 

 Hujan lagi harini. Agak basah dan menggigil kesejukan balik dari kelas tadi. Bukan senang merempit time hujan hujan lebat ni. jalan lecak. licin. bahaya. Tapi kalau tunggu hujan berenti sampai bila kan. jadi baca doa banyak banyak dan pasrah. Semoga Allah melindungi perjalanan kita :)

Insyallah sem ni sem yang terakhir untuk aku. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dengan kepujian. Course yang agak mencabar tapi banyak ilmu yang aku belajar. How to manage company with good governance practice, Preparation to become a good company secretary yang akan advice board of director nanti, well.. walaupun minat aku belum sepenuhnya dalam dunia korporat, tapi kalau rezeki di situ, alhamdulillah. Kerja yang mencabar sesuai dengan imbuhan yang besar. 

Dan akhirnya jadual exam dah keluar. Bermula 3 Januari 2013 untuk first paper dan berakhir pada 16 Januari untuk paper kelima iaitu yg terakhir. Bukan senang. memang bukan senang. Tapi tak susah jugak. Tak perlu rajin, tapi perlu fokus. Baru boleh dapat gred gempak.

Eh, lupa nak share cerita pasal mock meeting minggu lepas. yg tu macam final project jugak. next entry ok?

Till next entry 




Post Pilihan

randomposts

Followers