Saturday, January 11, 2020

Jomrun 2nd Anniversary Run

January 11, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Event : Jom Run 2nd Anniversary Run
Date : 11 Januari 2020 
Venue : Putrajaya
Distance : 5KM

Hai semua. Ini event larian pertama aku dan hubby untuk tahun 2020! Tahun ni banyak register event di Putrajaya dan Cyberjaya je sebab dekat dengan rumah. Lagipun boleh kata tiap2 minggu dekat kawasan ni ada organizer yang buat event run.

Event kali ni cuma ade 1 kategori je iaitu 5KM, tapi ade 5 kali pelepasan. Jam 7.00, 7.15,7.30,7.45 dan 8.00 pagi. Aku dan hubby join yang pelepasan pertama tu, cepat sikit sampai. hehe

Jom tengok gambar

 The Medalsss. Cantik kan?

 Selfie dengan medal is a must!

 With hubby (:

 Dengan Mira (: 

 Anis Zulaikha. Comel budak ni. geram sangat nak cubit2 pipi dia bila jumpa :p

 Dengan Group runners (:

 Eh eh ada juga gambar kita dari official photog :p



Love you :p



Next event minggu depan! Tak sabar. haha walaupun pace kelaut, tapi sis tetap semangat nak lari. jumpa lagi next entry (: 


Friday, January 3, 2020

Selamat datang 2020

January 03, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Akhirnya tahun 2020 tiba jugak. Sakit perit suka duka 2019 yang lepas biarlah  ia terus berlalu. Kalau nak diluahkan betapa peritnya 2019 bagi aku, mungkin sampai esok tak habis lagi nak diceritakan. Biarlah.. buat apa nak mengenang sangat kan? 

Tapi disebalik perit tu, ada juga manisnya. Eh banyak juga yang manis sebenarnya. 

1) Dapat beli rumah sendiri. Rumah tu akan siap dalam jangkaan pada awal 2022. Yeay!

2) Dapat kuarters kerajaan. Jimat setengah ringgit daripada bayaran rumah sewa. Jimat minyak juga sebab rumah 5 minit je dari office . Alhamdulillah, syukur sangat (: 

3) Dapat join banyak Fun Run dengan suami, which is salah satu cara kami spent time together (:

4) Dapat bercuti dekat tempat yang dah lama teringin nak pergi, which is Bukit Tinggi. haha! Memang dari dulu teringin nak pergi. So hujung tahun haritu suami ambil cuti 3 hari untuk spent time dengan isteri dia ni, kami ke Bukit Tinggi dan KL Bird Park. Nanti aku cerita di entri yang lain.

Banyak lagi yang manisnya, tapi yang lain biarla aku je yang tahu. hehe.Semoga di tahun baru ni semuanya akan lebih indah dan bermakna. Untuk aku dan untuk semua yang membaca. Amin, InsyaAllah..









Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers