Friday, January 3, 2020

Selamat datang 2020

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Akhirnya tahun 2020 tiba jugak. Sakit perit suka duka 2019 yang lepas biarlah  ia terus berlalu. Kalau nak diluahkan betapa peritnya 2019 bagi aku, mungkin sampai esok tak habis lagi nak diceritakan. Biarlah.. buat apa nak mengenang sangat kan? 

Tapi disebalik perit tu, ada juga manisnya. Eh banyak juga yang manis sebenarnya. 

1) Dapat beli rumah sendiri. Rumah tu akan siap dalam jangkaan pada awal 2022. Yeay!

2) Dapat kuarters kerajaan. Jimat setengah ringgit daripada bayaran rumah sewa. Jimat minyak juga sebab rumah 5 minit je dari office . Alhamdulillah, syukur sangat (: 

3) Dapat join banyak Fun Run dengan suami, which is salah satu cara kami spent time together (:

4) Dapat bercuti dekat tempat yang dah lama teringin nak pergi, which is Bukit Tinggi. haha! Memang dari dulu teringin nak pergi. So hujung tahun haritu suami ambil cuti 3 hari untuk spent time dengan isteri dia ni, kami ke Bukit Tinggi dan KL Bird Park. Nanti aku cerita di entri yang lain.

Banyak lagi yang manisnya, tapi yang lain biarla aku je yang tahu. hehe.Semoga di tahun baru ni semuanya akan lebih indah dan bermakna. Untuk aku dan untuk semua yang membaca. Amin, InsyaAllah..








3 comments:

  1. masa paling berharga adalah masa bersama yg tersayang, moga dipermudahkan lagi urusan di tahun baru, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Happy New Year sis!

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers