Friday, June 11, 2021

Pengalaman temujanji dan Side Effect selepas mendapatkan Vaksin Astrazeneca

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Pada 25 Mei 2021 2021, aku dan suami ke PWTC Kuala Lumpur untuk injection vaksin Astrazeneca. Individu yang berhasrat untuk mendapatkan vaksin, perlu mendaftar di dalam applikasi mysejahtera terlebh dahulu sebelum tarikh temujanji ditetapkan. Untuk aku dan suami, kami merupakan first batch penerima vaksin Astrazeneca sukarela yang dibuka untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur pada pendaftaran pertama bulan April 2021 tempoh hari. Masa tu agak senang nak tempah slot temujanji vaksin sebab website tak jammed sebab belum ramai yang berminat untuk mendapatkan vaksin macam sekarang ni.




Tips penting! 

Sebelum ke tempat pemberian Vaksin, perlu ingat beberapa perkara ni.
1. Makan dulu siap-siap kat rumah, takut nanti takde tenaga pula.
2. Bawa IC atau passport (bagi bukan warganegara)
3. Pastikan handphone ada bateri. Bawa la powerbank siap-siap. Sebab kita kena sentiasa buka applikasi mysejahtera.
4. Bawa pen sendiri! Nanti kena isi beberapa borang. 

Proses suntikan Vaksin di PWTC

Temujanji kami pada jam 9.00pagi. Suasana smooth je walaupun ramai orang yang sama tarikh dan masa temujanji dengan kami. Pihak polis memang sangat membantu dalam mengawal crowd dan perjalanan masuk dan keluar orang daripada pusat pemberi Vaksin ni.

Proses dia tak lama pun, dalam sejam dah siap semua. Sebelum injection tu, akan ada sesi consultation dengan yang pakar dulu. Untuk perempuan Doktor akan tanya adakah sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil. Bila aku nyatakan aku dalam proses TTC dan berhasrat untuk menjalankan proses IVF tahun ni, Doktor nasihatkan untuk tunggu 3 bulan selepas pemberian vaksin dos kedua. Maksudnya dalam awal tahun depan baru boleh start semula perjalanan IVF aku. Tapi okey jugak, ada masa aku nak turunkan berat badan. Alhamdulillah...

Masa doktor nak inject tu, dub dab juga rasa hati ni, tapi rupanya langsung tak rasa apa pun even macam kena gigit semut tu pun tak rasa.. memang tak rasa apa! tahu2 dah siap. haha.. Selepas injection, kita akan ditempatkan di ruangan observation untuk pemantauan selepas injection, dalam 15 minit or lebih, masa tu kalau ada rasa apa-apa yang teruk kena inform petugas cepat-cepat. Alhamdulillah aku dan suami okey je..

Selepas selesai first dose, kita akan dibekalkan dengan satu kad. Kad ni perlu dibawa bersama semasa temujanji second dose nanti.

Kesan selepas suntikan Vaksin AstraZeneca

Dalam perjalanan balik rumah, aku dah start rasa berdenyut-denyut kepala dan pening, Rasa nak mual pun ada. Balik rumah je badan dah start rasa panas-panas dan petang tu dah demam panas. Memang berselubung dengan selimut je. Badan rasa seram sejuk. Kejap sejuk, kejap panas. Tempat suntikan tu pun rasa sakit dan bengkak. Aku demam dekat 2 hari juga tau. Demam yang memang demam sungguh la. Tak larat nak buat apa pun. Tapi side effect setiap orang lain-lain jugak, macam husband aku, dia just sakit badan sikit dan lenguh dekat tempat yang disuntik je. 

Untuk makluman, sekiranya ada side effect lepas injection, perlu update dalam mysejahtera tau, supaya pihak KKM boleh membuat pemantauan. Sekiranya side effect teruk sangat, kena terus call talian kecemasan 999. Ni contoh yang aku update dalam mysejahtera: 




Second dose nanti selepas 3 bulan dari first injection. Semoga dengan pengambilan vaksin ni dapat mengurangkan kebarangkalian untuk kita dijangkiti dan menjangkiti wabak Covid-19 ni. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga dengan ikhtiar ini, kita semua terhindar dengan bahaya Covid-19. InsyaAllah..amin..

#kitajagakita






3 comments:

  1. Thanks share. Saya first dose bulan depan. Harap OK lah nanti sebab kena gi sorang2. Nak demam pun biarlah sampai rumah dulu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dh vaksin
    Sy dos kedua jantung degup kencang. Terus mkn panadol

    ReplyDelete
  3. Hi, saya nak tanya pasal infertility tu. Mana saya boleh contact/dm ya? hehe

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers