Saturday, June 23, 2012

Final exam :)

June 23, 2012
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni minggu study week. Semua student student UiTM sibuk menelaah nota, buat latihan sebagai persiapan terakhir manghadapi final. Tak terkecuali aku. Semester ni subject agak susah berbanding semester lepas. Tapi every sem aku rasa subjek susah susah kot =.='

Bagi semester lima ijazah sarjana muda Pentadbiran Korporat yg aku ambil ni, paper ada tujuh, tapi cuma lima paper sahaja yang ada final. Paper paper tersebut adalah Company Secretial Practice 1, International Business Environment, Social Security and Employee Benefits Administration, Company Accounting dan terakhir Taxation 1. Paper yg tiada final pula ialah Mandarin 3 dan Business and Professional Correspondence(BEL). 

So far sebenarnye, semua subjek ni sgt menarik, contohnye paper CSP, kena tau prosedur prosedur untuk tubuhkan company, lantik director dan company secretary, alter AOA,  segala form yg ada kena faham. sebenarnya sgt best. Kalau dah faham, senang je rupanya. Paper IBE pulak sgt mencabar minda ni, tapi seronok belajar apa yg selama ni aku rase tak penting pun. tapi rupanya sangat penting. Government intervention, Enron, world com company.. haishh rasa sangat sangat seronok belajar kalau kita faham dan dapat applykan. :)) SOCSO pulak agak mengelirukan, tapi mcm dua subjek di atas juga, perlu ada kefahaman yg lebih. kalau faham semua benda semua subjek jadi senang ^_^ Taxation and company accounting pulak subjek kira2, so kena hafal formula and amount of exemption la :)).

Buat semua lecturer, Miss Sarina, Miss Khamsi, Mdm Yus Anita, Miss Julizaerma, Encik Radduan, Encik Adnan, Encik Rashid, Mdm Baizura dan Laoshi, terima kasih atas tunjuk ajar yg tak ternilai ^_^






Monday, June 18, 2012

Ayah, kasihmu kekal selamanya :)

June 18, 2012
Assalamualaikum..

Ayah tegas, tapi disisi hati ayah sangat lembut. Ayah garang, namun sifat penyayang ayah tak dapat di sembunyikan. Ayah tak pernah mengeluh di saat letih lelahmu dipersiakan, disaat anakmu gagal ayah masih mampu tiupkan kata semangat, senyum seperti tidak terluka sama sekali. Dalam doamu saban waktu, aku tahu kau sentiasa mendoakan kami. mendoakan kesejahteraan , kebahagiaan kami dunia akhirat. i love you ayah, and always do love you. 


Friday, June 8, 2012

Dugaan

June 08, 2012

Isi hati itu sulit. Senang dipersoal tapi tak mudah difahamkan.
Mulut boleh ketawa berdekah dekah. Hati murung macam mendung sebelum hujan.
Hampa gelisah risau itu rutin


Tuhan, dugaan apa yg kau beri pada kami. Kami takut kami tak mampu.
Tapi kami yakin KAU sentiasa ada bersama kami.
Kami yakin KAU ingin melihat sejauh mana ketaatan kami.
Dan kami yakin setiap dugaan itu telah kau siapkan hikmah tak ternilai.

Selagi masih ada sisa waktu, putus asa tidak akan kami cipta.
Mengalah bukan tujuan kami.
Kerana KAU saja yang tahu kesudahan ini nanti.




Monday, June 4, 2012

Mungkinkan hari ini akan berlalu dengan tenang?

June 04, 2012
Assalamualaikum.

Hati rasa dicucuk cucuk dengan jarum peniti.Rasa sakit, gelisah, resah tak tentu arah. Punca? entah dari mana, entah di mana, entah bagaimana. Kelu lidah. Masih tak mampu suara meluahkan apa yg dirasa. Masih akal  berjuang mencari jawapan tapi yang ada cuma tanda tanya.

Tuhan.. jawapan itu hanya kau yang ada. beri lah aku kekuatan bersama sama usaha untuk mengharungi hari hari di depan yang penuh duri.



Post Pilihan

randomposts

Followers