Sunday, October 29, 2017

Panggilan Exam PTD 2018

October 29, 2017


Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca

Apa khabar semua? rasanya dah lama tak menaip entri baru. Ada tak yang rindu? haha. Aku sebenarnya tak menaip sebab sibuk dengan urusan kerja, pergi bengkel dan outstation. Minggu depan ni pun kena outstation lagi. Dah nama pun kerja kan, rezeki tu. Jadi bertabahlah hati!

Masa outstation di Melaka minggu lepas, aku ade terima SMS daripada SPA, untuk jawan exam PTD pada 3 November ni. Tak sempat nak study apa pun. Btw, ini kali ketiga yang aku dapat panggilan exam PTD. Tahun 2015 aku tak jawab sebab lupa. Tahun lepas Alhamdulillah lulus exam dan PAC, cuma gagal temuduga je. Masa temuduga tu pun sebenanrnya aku baru balik dari outstation , tak sempat prepare apa pun sangat, banyak soalan panel yang aku tak dapat jawab dengan confident. Sebebnarnya bila tak dapat tu memamng dah takdir aku. Lagipun usaha sikit sangat, Allah nak aku berusaha lebih lagi tu. InsyaAllah ade rezeki tak kemana kan?


Image result for PTD

Untuk tahun ni?

Sebenarnya 3hb tu pun aku baru balik dari outstation jugak.. semoga dipermudahkan semuanya nanti. Insyaallah.

Siapa yang ambil Exam PTD sekali tahun ni? kita geng! Semoga berjaya ^_^

Monday, October 16, 2017

Jangan Mudah Percaya

October 16, 2017


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

JANGAN MUDAH PERCAYA PADA ORANG.

Walaupun orang tu baik sangat di depan kau, baiknya macam malaikat. Tapi di belakang? macam-macam yang dia boleh buat. Boleh mengata pasal diri kau yang tak sempurna di mata dia.

Aku belajar dari pengalaman.

Paling mudah nak tengok orang saling mengata dan tikam belakang ialah di tempat yang kita sering pergi dan jumpa. Macam-macam yang aku dengar sampai takut nak bercakap. Takut tersalah cakap dan orang jadikan sebagai bahan umpatan.

AKU PUN SAMA

Aku pun pernah jadi macam tu, pernah jugak berkumpul dan join mengata orang itu dan ini, tapi hati aku tak tenang.Allah..banyaknya dosa aku. Sekarang aku nak jaga diri aku, jaga mulut aku dan jaga semuanya. Aku taknak sakitkan hati orang lagi walaupun itu kepakaran aku. 

Aku nak berubah..


Image result for dont easily believe

Sunday, October 15, 2017

Forgive

October 15, 2017
Assalamualikum..
Salam sejahtera buat semua.

Memaafkan.

SENANG NAK CAKAP, TAPI SEBENARNYA SUSAH NAK BUAT.

Dan itulah apa yang akan terjadi lepas ni.


Tuesday, October 3, 2017

Allah knows better

October 03, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Apa kena dengan aku harini?

Nak naik lif pergi tingkat atas, pergi naik lif yang turun bawah. Bila dah naik lif yang betul, lupa pulak nak tekan nombor aras. Sudahnya sia-sia sebab lif tu tak bergerak. Lama jugak baru sedar dan baru tekan nombor aras.

Tadi hampir-hampir nak eksiden dekat dengan office. Bukan salah aku. Sebuah kereta yang dari arah sana tiba-tiba jalan laju masuk lorong aku padahal traffict light dia merah. Yang hijau nye jalan aku tu. Aku mampu hon je kat dia. Sikit lagi nak berlanggar. Allah.. menggigil rasanya sbb tengah tahan marah dan terkejut. Masih belum ajal aku lagi, sebab aku banyak dosa. Mungkin tuhan suruh bertaubat dulu sebelum mati.

Hati aku sakit.. aku tak ingat aku ada senyum tak harini. Aku tak pandai hipokrit, kalau hati dah tak sihat macam mana nak berpura-pura ceria dan happy depan orang?Aku rasa nak menangis sekarang. Allah...kuatkan hati aku. Tak patut rasanya menangis untuk perkara yang aku rasa aku tak patut hadapinya. Tapi Allah knows better, dia takkan uji aku lebih dari kemampuan aku sendiri.

Baru sekarang kau nak ingat tuhan kan syu? huh

Mungkin bagi seseorang,apa yang dia lakukan tu nampak kecil dan tak ada apa-apa effect pun, tapi tidak bagi aku. Hati aku sakit sangat sangat sampaikan aku rasa aku bodoh sebab senang memaafkan. Entahla... but i know im strong enough to handle this kind of rubbish.





Post Pilihan

randomposts

Instagram

Followers