Tuesday, December 30, 2014

Dugaan

December 30, 2014
Assalamualaikum wahai pembaca..
Salam Sejahtera

Tanya khabar hati harini..
Tak berapa baik lah, runsing lagi tak hilang hilang pun

Aku tau sebab apa aku runsing. Sebab apa jantung berdenyut laju, sebab apa kepala selalu sakit, badan selalu letih. Aku tau semua tu sebab apa. Sebab stress la. Kenapa nak stress? Sebab dia ada banyak sebab. Tak habis lah nak menaip kalau cerita kat sini.

Dugaan nak kahwin mungkin. Sejak dua menjak ni ade je yang tak kena dalam hidup aku ni.  Nak mengeluh tak boleh sbb ade orang marah. Tapi sebenarnye tu bukan mengeluh la, mungkin tu cara aku luahkan perasaan. faham tak? Dengan masalah tak cukup duit, dapat gaji yg tertunggak berbulan bulan tu pun habis untuk persiapan je. Siapa lagi nak bayar katering, pelamin, bil bil internet astro kat rumah tu semua tu kalau bukan diri sendiri. Ya Allah kadang rasa nak menangis sbb nak menghadap bayar ni sorang sorang. Mulut aku ni berat sangat nk mintak tolong dengan family.. tak payah kot. biar je la aku susah sesorang. Tak terniat lansung nak bebankan ibu ayah.. biarlah..

Dugaan lagi dengan kerja. Dari dulu lagi aku cukup benci jadi ketua. cukup benci. Sebab aku tau cara kerja aku, kemampuan aku, Aku kenal diri aku. Aku bukan jenis yg memimpin. Tapi sekarang dah kene jadi ketua. Dah kene berfikir. aku tak suka nak berfikir. tak suka bg arahan. So ni mmng betul cabaran untuk aku dekat sini. Siapa fikir jadi ketua best? tak best lansung faham?

Bila stress ni mulalah nak marah marah. hal kecik pun boleh jadi besar. Kesian kat bakal suami selau jadi tempat melepaskan geram. Sori kat adik munirah sebab emosi kakak yang tak menentu. Tapi dorang sabar je layan aku. Rasa bersalah sebab selalu buat ibu risau...sori ibu. tak terniat lansung pun..

Lagi 7 minit nak pukul 2. nak habis dah rehat. Rehat harini tak keluar bilik pun. Malas nak makan. Runsing dengan banyak benda lagi. Ketua yang baik takleh berblog dah masa kerja kan? so bye.








Wednesday, December 24, 2014

Runsing

December 24, 2014
Assalamualaikum.. 
Salam Sejahtera buat semua ^^

Rasenye dah bercampur baur perasaan aku ni sekarang. Rasa marah, geram,sedih dengan diri sendiri. Tentang kerjaya la kan. kerjaya baru ni banyak buat aku runsing. Bukan runsing dengan kerja itu sebenarnya, tapi runsing dengan sikap sikap staff yang aduh... mentang mentang lah aku ni muda belia remaja..senang dikau memperkotak katikkan. Takpe..tunggu je.. biar aku study all the pekeliling and prosedur, so senang nak buat planning pasal pengurusan staff dekat sini. Sabar Syuhada.. Small matter je semua ni.

chaiyok ^^

Thursday, December 11, 2014

Disember

December 11, 2014
Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Dah lama tak tanya khabar hati kan ?

....Alhamdulillah masih baik
InsyaAllah sampai bila bila macam ni.

Dah menjengah ke bulan Disember dah kita. Tak lama lagi nak masuk tahun baru. Alhamdulillah, tahun 2014 ni banyak beri kenangan dan pengalaman pahit manis yang tak pernah dapat aku lupa. InsyaAllah selagi masih bernyawa, selagi tuhan masih memberikan nikmat pancaindera ni pade aku. tak mungkin luput dalam ruang ingatan.

So...cadangnye tadi nak review pasal tahun 2014. Masih awal kan? Yup. Tapi memandangkan situasi aku sekarang yang sangat sibuk mungkin takde lagi entri bulan Disember lepas ni. Tapi InsyaAllah sekiranya ade masa terluang tak kan ku biarkan blog ni bersawang. Blog ni lah tempat mengadu bertahun lamanya :')

Tahun ni dimulakan dengan  rasa pedih. Pedih sebab ape? biarlah aku dan orang orang tertentu je yang tahu. Tapi yang pastinya rase pedih tu lah yang buat aku rasa bahagia sangat macam nak melompat lompat je sekarang ni.Ibu dan ayah yang jadi pembakar semangat untuk aku cekalkan hati dan jadi kuat sangat masa tu.Aku redha je atas segala apa keputusan yang aku dah ambil masa tu. Aku selau percaya yang setiap ape yang jadi ade hikmahnya. Setiap ape yg berlaku bersebab, yang pastinya sebab yang baik untuk aku sendiri, dan aku sekarang memang aku akui tu.Alhamdulillah.. Sebenarnya Tuhan memang dah rancangkan yang terbaik untuk aku..Syukur (:

Masa tu aku masih lagi berkhidmat sebagai Customer Service Executive Astro. Bayangkan dengan disiplin kerja yang ketat dan tugas aku yang perlu menyampaikan maklumat dan menjawab pertanyaan customer dengan baik dan betul, so xde masa aku nak melayan hati yang sedih bagai masa tuh. Bagi aku, enough is enough. Masa tu aku lah superwoman. Aku hebat. Aku kuat. Tak sangkanya. Alhamdulillah Sekarang aku merindui pekerjaan ni. Aku rindu nak bercakap dengan customer. Even selalu kena marah marah from customer yang memang suka marah tiba tiba. hee..Rindu..Dari group AlJazeera ke Astro Arena..Aku rindu suasana kerja balik shift malam, rindu bila balik kerja dengan hati yang senang sebab tak perlu fikir ape ape pasal kerja untuk esok hari. Ya Allah, sumpah rindu gila!, Alhamdulillah rezeki, dalam 6 bulan kerja dah dilantik jadi staff tetap. Happy tak terkata. Kerja sebagai CSE ni banyak ajar aku improve keyakinan diri.. communication skill.. thanks Astro pengalaman berharga ni.Tapi rezeki dekat Astro tak lama.. ^^

Dalam sibuk menjadi superwoman yang kuat dan tabah tu.. aku dipertemukan dengan seseorang yang Insya Allah bakal menjadi yang halal buat aku tak berapa lama je lagi.. Dia datang bawa kekuatan dan kegembiraan, buat hidup aku jadi bewarna warni semula. Terima Kasih awak atas setiap apa yang awak berikan selama ini, Yang hormat diri aku dan keluarga aku,yang sanggup melayan segala karenah, emosi tak menentu dan panas baran aku, yang percaya dan yakin dengan kebolehan diri aku walhal aku  sendiri takde keyakinan tu, yang sentiasa faham hati aku, yang InsyaAllah sentiasa sayangkan aku.. terima kasih Tunang saya..bakal suami saya.. tqsm ^^  Semoga ape yang kita rancang ade juga dalam perancangan DIA. InsyaAllah

Enam belas haribulan 8 aku telah pun dilamar oleh si dia yang bergelar tunang pun sekarang.  dan 4 hari lepas tu aku dilamar oleh kerajaan untuk bekerja dalam sektor Awam sebagai Pegawai Kerajaan dalam salah sebuah Jabatan kerajaan lah kan..hehe :). Rezeki kan? macam tak percaya.. Alhamdulillah lepas satu berita gembira, berita yang lai pula menyusul. Orang cakap tu rezeki nak kahwin. Mungkin.. ^^

Dan bila bekerja di sektor awam ni.. situasi aku berubah 360 darjah. Berat pun dah bertambah 9kg sehingga menimbulkan kerisauan dan usikan orang orang sekeliling. Dah mula stress haha. Nasib baik tak pergi fitting lagi baju kahwin, kalau tak mesti kene marah sebab tak jaga berat badan. Sekarang dalam usaha kuruskan berat badan. Takpe..slow slow ye syuhada. You can do it!

Bila kerja dalam sektor awam ni pulak selalu diarahkan untuk pergi kursus yang dianjurkan jabatan dan kementerian untuk peningkatan kefahaman dan kebolehan. Yelah kan orang baru katekan. Alhamdulillh, kursus semuanya banyak membantu aku. Dalam kursus ni jugak aku bina keyakinan diri bila dilantik menjadi emcee formal untuk majlis makan malam penutup kursus. Tak sangkaaaa jadi pengerusi majlis. tak percaya.. hahaha. Ehh..Minggu depan ke Labuan pulak untuk hadiri bengkel sektor operasi.. Excited sebab first time nak naik flight. hahaha.

Tapi...bila di lapangan kerja.. aku banyak blur and diam sebab tak tau nak buat kerja..tak tau prosedur kerja.. dekat sini.. aku jaga daerah.. so aku ade staff staff bawahan yang perlu aku pantau dan berikan arahan. Sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dulunye jenis yang suke bekerja secara sendirian.. bukan berkumpulan.. dan jenis aku bukannye seorang yang suke beri arahan.. Aku lebih suka mengikut arahan.. See.. kan dah cakap. kena pusing 360 darjah. Tapi tak menjadi masalah, Mungkin DIA tahu ini waktunya yang sesuai untuk aku berubah. Aku terima dan aku akan cuba buat yang terbaik. InsyaAllah. tolong doakan..

Aku akhiri post malam ni sampai sini saje.. InsyaAllah jumpe lagi next entry ^^








Monday, December 8, 2014

46 Hari lagi

December 08, 2014
Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Alhamdulillah akhirnya ade kesempatan lagi nak update blog. Dalam sedar tak sedar ade lagi sebulan lebih nak bergelar ratu sehari. Ada 46 hari lagi Syuhada! Tapi masih banyak persiapan yang perlu diambi perhatian lagi. Dalam sibuk menghadap tekanan dengan kerja baru, kadang kadang rasa tertekan jugak nak buat persiapan untuk majlis.  Nak buat list jap

Katering & kanopi - Ct3 katering
Andaman- Mahligai Qaseh Masturah
Saringan hiv- done
Kursus Kahwin - done
Borang-borang- in progress
Baju nikah-otw
Booking Tok kadi- otw
kad kahwin-otw
Goodies bag- otw
Andaman pahang-otw
Gubahan hantaran-otw
Booking Homestay-otw
Pengapit pengantin-otw

Hahahaha. banyaknye la otw. pening kepala. takpe, InsyaAllah akan siap jugak list yg masih otw tu

Semoga dipermudahkan..

Monday, November 17, 2014

Kerjaya baru

November 17, 2014
Assalamualaikum 
Salam sejahtera ^^

Hai hati, ape khabar harini?
Alhamdulillah semuanya indah (:

Tengok tajuk kat atas..
Sekarang mari kita bercerita

kerjaya baru 
Alhamdulillah sangat mencabar.Untuk aku yang kurang ilmu, kurang skill berkomunikasi dan bergaul memang kerjaya baru ni sangat-sangat menguji ketahanan emosi mental dan fizikal juga.

Sebenarnye takdelah ape sangat,Aku cuma perlu improvekan diri, motivasikan diri, jadi diri sendiri sambil belajar belajar dan terus belajar untuk tambahkan ilmu dan kemahiran. Tuhan tahu aku boleh buat kerja ni dengan baik sebab tu walaupun aku mintak penukaran tetap tak berjaya. Tetap pengarah mahu aku terus dikekalkan di sini.

Tempat baru, cara kerja baru, teman ofis baru. Terlalu asing bagi aku. InsyaAllah aku boleh hadapi.
Terima kasih tunang dan ibu yang selalu berikan sokongan dan kekuatan moral...dan ayah juga,, terima kasih sebab selalu ingatkan aku supaya tak lalai tunaikan perintahNYA dalam setiap mesej-mesej yang dihantar. Kakak rindu....

Friday, November 14, 2014

Tuesday, November 4, 2014

Risau

November 04, 2014
Assalamualaikum
Salam sejahtera


Risau.
Itu yang bermain main dalam kepala ni sekarang.

Kerja baru
Tempat baru
kawan baru

Semua orang cakap biaselah orang baru
Tapi aku tetap risau
Takut lambat adapt dengan segala yg baru ni

Semuanya baru
perlu jadi ketua..
sebagai staff yang termuda dalam ofis tu..
perlu beri arahan dan jaga staff bawahan..
perlu bawa kenderaan sendiri..
perlu pandai2 jaga diri..

Boleh ke aku ni?
Mula lah nak down bila rasa macam ni.

Come on Syu!
please jangan give up..
InsyaAllah



Thursday, October 30, 2014

tinggal esok ^^

October 30, 2014
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera ^^

Apa khabar hati harini? InsyaAllah baik baik saje semuanya.

Alhamdulillah, akhirnya ade kesempatan lagi untuk mengupdate blog ni.Sejak last entry, macam macam yang dah jadi. Semalam baru pulang dari program Anak Angkat dekat Kg Bukit Kuching , Kuala Selangor. Alhamdulillah dapat mak angkat yang best dan sporting. Dan alhamdulillah juga dapat partner yang bagus. Tq Kak Anizah atas semua tunjuk ajar yg diberikan. Tanpa dia rasenya mau mati kutu tak reti nak buat ape.

Dan sekarang tengah busy sikit nak prepare untuk presentation malam ni dan esok pagi. Ada dua presentation sebenarnya dengan kumpulan yang berlainan, First presentation lebih kepada perihal kementerian dan jabatan, dan dekat situ kesuanya adalah pegawai yang bergred tinggi manakala aku dan beberapa orang rakan lelaki je pegawai yg bergred rendah sikit. Nampak sangat masa perbincangan aku tak membantu, Nampak sangat kurangnya ilmu pasal jabatan. Nampak sangat yang aku tak faham apa apa pun. Dalam hati rasa nak menangis sebab tak membantu apa pun. Mungkin sebab aku masih baru, masih belum mula bekerja lagi dan masih kurang arif perihal jabatan. Tapi aku akan cuba apa saje yang aku terdaya. InsyaAllah boleh kan Syuhada. Tunang tersayang pun selalu bagi keyakinan kat kite. Tq Encik Hadi (:

Dup dap dup dap..
Malam esok majlis penutup untuk kursus induksi ni. Malam esok semua peserta akan diserahkan watikah penempatan. Hari ahad atau isnin akan mula bekerja di tempat baru. Harap semuanya berjalan lancar. Harap sangat ditempatkan di tempat yang sesuai dengan aku. Mungkin jauh atau dekat. Tapi aku yakin di mana pun aku dapat nanti, maksudnya tuhan dah tetapkan aku akan bekerja di situ, dan DIA tahu yang tempat tu pastinya yang paling sesuai untuk aku. Semua kejadian ni bersebab kan ^^

dan dup dap lagi sebab aku diberikan amanah untuk menjadi emcee formal masa majlis penutup nanti. Takde satu pun pengalaman jadi emcee sebelum ni. nak bercakap di depan pengarah dan pegawai besar ni mmng mencabar, tapi sekali lagi aku yakin yang aku boleh buat. InsyaAllah.

jumpa lagi next entry ^^

Tuesday, October 7, 2014

4 minggu

October 07, 2014
Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Alhamdulillah.. dalam sedar tak sedar dah masuk minggu ke 4 berkursus dekat sini. Banyak yg dah dihadapi. dengan ldk, wataniah, ceramah dengan karenah peserta yg bermacam ragam. Fuhh. tak sangka smpai sini akhirnya. Sekarang ni berhempas pulas nak siapkan tugasan yg diberi. dah disuruh hantar khamis nanti.

Dan.....menghitung hari.. lagi 3 bulan lebih je dr sekarang. Tak sabarnye ^^

ok, stop dulu. skrg mmng x byk masa nk menaip. entri pendek dulu okey. babai 

Saturday, September 27, 2014

Presentation

September 27, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi

Harini menaip dalam kelas. Masa kursus ni ade tugasan. Ade assigmnet. Cume x boleh reveal saje ape yg dipresent dan tugasan ape yg dilakukan. Alhamdulilah dah lepas tadi presentation. Lega. Dalam kesakitan kot present td. Gigih je lah. Sekarang kite sengih je tengok orang lain present. Present ni ade 2 org. Senior dgn yg baru. So org baru la yg wajib present. Alhamdulillah dpt senior yg sgt mmbantu. T kasih kak Niza (:

Petang ni rehat. Dan tak sabar. Dah menghitung waktu je sekarang. Rindu. Cepat la smpai k awak (:

Friday, September 26, 2014

New career

September 26, 2014
Assalamualaikum
Selamat malam 

Akhirnya dalam kekangan waktu berkursus ni harini sempat juge nak menaip. Masuk kerja dengan perkhidmatan awam ni tak start bertugas lagi dah dipanggil join kursus sebulan setengah. Sekarang baru nak masuk dua minggu. Lama lagi dapat balik. Tapi esok kesayangan nak datang melawat. cant wait ^^

Seronok berkursus sebab dapat kenalan baru yang rata-ratanya lebih berpengalaman dari aku.Dan ramai juge yang lebih tinggi pangkatnya dari aku.  Rase jahil gila sebab tak tahu ape ape pasal jawatan yang aku sandang ni. Alhamdulillah dorang sangat banyak membantu dan bagi dorongan. Mula mula aku macam tak yakin je yang aku boleh buat kerja ni tapi sekarang aku nak tanamkan dalam diri aku, cabar diri sendiri. Orang lain boleh kan, so aku pun mesti boleh. InsyaAllah :)

Mase berkursus ni banyak tugasan nak kene buat, tugasan individu, berkumpulan, ade program anak angkat dan wataniah sekali. Sekarang ni kejap lagi pun nak kene turun bilik bawah buat tugasan dekat sane dgn senior. Ok, till then, ade mase terluang kite smbung lagi.

Wednesday, September 10, 2014

serabut

September 10, 2014
dulu..pandai je nak handle kalau datang tiba tiba mcmni.

sekarang.. entah.
sampai terpaksa sakitkan orang lain.

Perlu ke macam ni Syu

Maaf -


Tuesday, September 9, 2014

9/9/2014

September 09, 2014
Assalamualaikum..

Dah lewat jam 1 pagi. Tak mahu tido lagi sebab nak teman seseorang dari jauh. Kesian orang tu kena buat kerja time orang tengah syok tido waktu macam ni. Sabar ye awak, buat kerja elok elok, walau takde depan mata, kite teman dari jauh je ye.. 


Ehem, nah ... (: 


Terlintas tanya hati
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke syurga

Dia yang mencitaiku
Dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia
Menuju cinta yang kuasa

Untukmu imamku
Kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Meggapai cintanya bersama denganmu

Untukmu imamku
Kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu



Sunday, September 7, 2014

Eday Review

September 07, 2014
Assalamualaikum..
Selamat malam ^^

Harini tak tahu kenapa aku ade perasaan rajin sangat nak menaip. Rajin nak update blog. Macam mase jadi student UiTM di hatiku dulu dulu tu. Takpelah. Saje nak share our half big day. Tak salah rasanya kan?

The story begin..
9/7/2014 

Mama si dia confirmkan tarikh selepas berbincang dengan ibu. Jadinye tarikh yang ditetapkan jatuh pada 20 Syawal 1435H, means pada 16/8/2014 lepas zohor orang jengka akan datang meminang.hihi. Actually tarikh ni aku yg cadangkan pade ibu mulanya ^^

So we have 38 more days untuk buat preparation.. 

Door Gift - DIY
Perkara pertama yang aku buat lepas dapat tarikh tu ialah door gift. Mula mula eksaited sangat nak buat, try text si dia bg hint, katenye... "tak payah doorgift. tunang je pun.." Sempatlah tarik muka kejap diam diam. Nasib la awok takde depan mata. hee Pastu tanye ibu, nak tak buat doorgift? ibu cakap 'buat jelah kalau kau rase nak buat." Haha. So dalam fikiran aku mmng nak buat pun..Sebab yang datang meminang tu kan tetamu.. so ape salahnye kite gembirakan hati tetamu dengan sikit buah tangan kan? lagipun x membazir pun.. Door gift kite senang,cepat dan murah je (: Buat dalam 50. Tapi sayangnye takde pic yg proper. Lupe nak ambil pic doorgift ni sebenarnye. Dalam ni ade muffin, mineral water kecik ngn love key chain.





Attire & Makeup

Baju kurung peach- Jalan Tar, dapat diskaun sebab lagi 2 hari nak raya ^^

Tudung dengan veil-DIY
Susah sangat nak cari kaler yg sama dengan baju, so decide pergi beli kain dekat Jakel, jenis kain Chiffon Domonte kalau tak silap.Potong sendiri dan hantar kedai untuk jahit tepi. Yang veil pun pakai jenis kain yg sama, cume jahitkan lace je dekat atas veil tu. Untuk ukuran veil ni ikut je ukuran shawl half moon tapi besarkan sikit bahagian bawah sebab nak tutup punggung. Taknak pakai kain net sebab jarang kan, sebab shawl kite tak berapa nak besar sgt.  ^^ So siap! 

Makeup- khidmat Iejat, one of my bff and foc  and no fake eyelash and no trim eyebrow tau (:



Pelamin- DIY

Memula konon taknak ade pelamin. Tapi tetibe teringin nak ade. haha. Pastu nak demand taknak duduk bersimpuh, nak duduk atas kerusi. So,kite try la deco ikut kemampuan. Pelamin pun xde pic yg proper sangat. Pelamin yg tak berapa nak dikatakan pelamin ni kitorang buat malam sebelum majlis. Buat sesimple yg boleh. Simple tapi penat sebenarnya .. Barang semua pakai sendiri punya kecuali kerusi ngn bunge. pinjam sepupu . Hehe ^_^ Kononnye tema peach putih tapi dah macam macam kaler yg ade. Ah..biarlah.. asalkan ade. Malas dah nak fikir masa tuh. Cantik jugak pelamin ciptaan aku. haha



The hantaran-DIY
7 berbalas 5

From him
Sireh,buah,kek,kain pasang,cincin tunang dan risik

To Him
Sireh,buah,kek,Tshirt+belt+wallet,biskut.coklat.coklat lagi

Gubahan hantaran ni pun gubah sendiri je, cucuk cucuk je bunga tu ikut sesuka hati. Kalau tak nampak cantik bukak balik and buat lagi smpai puas hati. Simple je pun. bertunang je kan? Lagipun macam takde masa sangat sebab kerja shift tak menentu, dengan takde kat nilai sebab sewa kat kg Baru KL. So time cuti sekejap je boleh balik Nilai and siapkan mane yg perlu.



Takpelah, tunang ni kite buat mana yg mampu je.Simple but nice. Yang paling penting pun sekarang ni dah genap 3 minggu jadi tunangan orang..yeay !!


Makcik sidia sarungkan cincin risik dulu, lepastu baru Mama Si dia sarungkan cincin tunang dekat jari manis kite. ^^





Semoga aku dan dia kuat menempuh semua dugaan di alam pertunangan ni. Semoga kita sama sama kuat ye awak. InsyaAllah . Semoga ikatan ini berkekalan ke jinjang pelamin dan sehingga ke syurga.

Saturday, September 6, 2014

Friday, September 5, 2014

September 2014

September 05, 2014
Assalamualaikum..
Selamat malam 


Ape khabar hati harini?
Semoga sihat dan baik baik je hati tu.
Insya Allah..

Dah masuk September 2014!
Cepat sangat masa berlalu rupanya.Banyak perkara yang dah jadi dalam hidup aku since last post. Ade benda yang memang dijangka, ade yg datang tiba tiba juge. Sebenarnye macam banyak yg nak di share tp tengoklah tahap kerajinan diri ni. Kite try pendekkan okey. Tak reti nk cerita panjang lebar pun dan tak tahu nak mula dari mana. 

Acceptance of Resignation
Baru received emel daripada HR department. Notis resign dah hantar awal 25hb yg lepas. Selepas diambil kira annual leave dengan replacement off day, so dapat bercuti awal. Buat sedikit persiapan dan rehatkan diri sekejap sebelum masuk melapor diri untuk kerja baru 15/9 ni. Perasaan berhenti kerja? Entahlah.. Tapi ade rasa macam nak pergi kerja balik. Tak biasa rase duk rumah lama lama macam ni. Nantilah, next entri kalau ade kelapangan dan rajin menaip,kite buat satu entri khas pasal kerja baru pulak ye.

Sekarang..
Dengan status baru sebagai tunangan orang, memang aku selalu ingatkan diri, Ingat yg aku dah mula ade tanggungjawab lain sekarang. Bakal ade satu lagi family. Bakal jadi salah seorang ahli keluarga orang lain. Bakal jadi isteri, bakal jadi ibu, bakal jadi menantu orang dan bakal ade kehidupan baru.

Ya Allah, kadang aku takut, aku takut tak dapat sesuaikan diri sendiri. Sebab aku tak pandai semua tuh.. Tak pandai nak berbudi bahasa dengan orang tua, tak pandai nak berbual, tak pandai nak ambil hati, tak pandai nak melayan budak budak, ape yg selalu aku buat diam dan senyum smpai orang naik bosan. Sebab family aku pun jenis yang masing masing buat hal sendiri. Tapi si dia macam faham isi hati ni, selalu cuba nak bagi aku biasakan diri dengan family dia. Terima kasih awak sebab terima seadanya diri ni. tqsm (:

Sampai sini saje untuk malam ni.. Esok lusa kite update lagi^^



Thursday, August 21, 2014

Bertunang

August 21, 2014
Assalamualaikum..
Selamat malam semua ^^

Alhamdulillah, genap 6 hari menjadi tunangan orang ^^ 
Syukur Alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar. Sangat lancar dan sempurna (:

Perasaan dah bertunang?
happy sebab dah rasa ade kesungguhan nak membina masa depan bersama dia.
Gembira dan rase bertuah sebab diberi peluang untuk bertemu dan kenal org macam dia.
Semoga dipercepatkan serta dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin nanti. InsyaAllah ^^

Meh kita share pasal majlis. Sebetulnya majlis haritu ade dua. satu majlis aqiqah anak buah disebelah pagi, majlis merisik dan bertunang pulak sebelah petang lepas zohor. Perasaan sebelum majlis tuh entahlah. macam2 aku rasa. tak tau nk gmbarkan mcm mana. Rombongan pihak lelaki smpai dlm pukul 2 lebih. bincang bincang sekejap je and tibe2 aku dah dipnggil keluar. Masa tu dup dap dup dap yg amat smpai rasa taknak keluar. Haha. rasa nak cepuk diri sendiri

Bila dah keluar, salam bersalaman dengan bakal family, terus duduk atas pelamin yg diy sendiri malam sebelum majlis tuh. Masa tengah duduk sorang2 sebelum sarung cincin tuh rasa macam nk senyum pun bibir terketar2 sebab segan semua dok pandang. Hee.. biase lah org pemalu kan. Nasib baik ade bestfriend, Nana tolong jadi potograper and kak ipar ade kat sebelah teman aku. hee. Thanks Kak Nisya. berjaya turunkan darah gemuruh nih. 

Okeh jom tengok pic pulak . jeng jeng jeng


sesi sarung cincin risik dan tunang. Yeaa dah jadi tunag orang. kiki


adik adik n sepupu yg gojes ^^

The hantaran (:

Tert BFF. Yg belah kanan sekali pakai shawl tu 
yg tolong mekapkan.thnks iejat ^^ (:


Tak sempat nak snap pic dengan Solehah. Sol la orang penting sebenrnye dalam majlis ni.. hehe ^^
To Nana, thks so much sebab sudi dtg and tolong snapkan pic (:

Majlis ni dia pun ada datang sekali, tapi tak mahu letak pic dia..kiki. nanti dah selalamt ijabkabul kite letak pic bersama banyak2 sangat okey ^^


Till next entry..

Sunday, August 10, 2014

Throwback

August 10, 2014
Assalamualaikum
Selamat malam ^^

Harini kite menaip kat ofis je. Kebetulan dorang tak block internet kan petang ni. Hehe

Eh, dah lama tak tnya khabar hati kan? Sihat tak hati awk? Harap sihat dan baik baik je. InsyaAllah ade yg mendoakan dari  jauh (: 

Harini dah 9 August, sekejap je rasa masa berlalu. Sekejap sangat. Macam macam dah tempuh, pahit manis semua ada. Bila pandang ke belakang balik kan, tak sangka sungguh hidup akan berubah macam ni. Berubah kearah yg lebih baik yg pastinya, InsyaAllah^^

Dan bila sedar diri yg semua tu dah berlalu, senyum je. Selagi hilang ingatan tak kan pernah lupa. Macam ayat seseorang tuh. Ye, sama macam aku. Tak kan pernah lupa.  Senyum lagi.. Senyum sebab kalau bukan sebab masa lalu, aku tak kan rasa ape yg aku rasa sekarang, sekarang lagi indah kan? ^^ Ibu pun cakap macam tu. Ibu cakap Allah tu maha adil, dia beri kita rasa sakit yang sangat sangat dulu sebelum  beri apa yg sebenarnya kite perlu. Betul lah tu. ^^

Tak lama lagi je status hidup pun akan berubah. Semoga urusan ini dipermudahkan.  Merancang je yg aku mampu buat, sekali dngan doa dan tawakkal.  Banyak kali jugak rase down yg teramat, tapi aku kan kuat. Haha. Ibu kata hati aku keras, jiwa aku keras, Tapi tak pun lah. Semua ni sebab Tuhan dan anugerahkan aku sekeping hati yang boleh menerima kenyataan tanpa banyak persoalkan sebabnya.

Lama lagi nak balik ni. Menghitung detik 12 malam. Satu hari lagi akan kurang dalam hitungan. Makin lama makin rasa hati berdegup kencang.. ehh yeke? Entah..

Aish.. manager lalu lalang lalu lalang pulak, kite harus stop. Jmpe lagi lain entri ^^








Friday, August 1, 2014

Raya

August 01, 2014
Assalamualaikum
Salam sejahtera.


Harini menaip gune fon je. Sedang dalam perjalanan ke Kl lepas 4 hari bercuti raya di nilai. Raya tahun ni sama je mcm yg lepas2, cuma yg beza tahun ni ade tetamu istimewa dtg beraya dekat rumah ^^

Dah masuk bulan ogos pun. Mksudnya dah 3 bulan perkenalan kami. 3bulan tu masih baru sangat. Org cakap hubungan ni msih hijau sgt lagi. masih belum kukuh. Silap sikit mngkin jd rapuh. Dlm 3 bulan ni pun aku dah nmpak byk perbezaan antara kami. Tapi tu tak jadi masalah pun.InsyaAllah, niat yg baik tuhan permudahkan. Sekarang pun dah rasa mudah walau ade sikit dugaannya. Semoga hubungan ni diberkati. Semoga dipercepatkan untuk jadi yg halal buat dia. Sebab tak nak terus lama2 berkawan tnpa sesuatu yg x pasti. Selagi belum jadi yg sah, selagi tu belum ade kepastian yg kami akan jadi milik satu sama lain. Kan? Tuhan...permudahkanlah urusan kami berdua..

Lagi 3 stesen nak smpai. Kite stop di sini. Lain masa smbung lagi. ^^

Sunday, July 20, 2014

Jodoh (:

July 20, 2014

Jodoh

Ketika dua hati telah digariskan untuk bersatu.
Sejauh apapun jarak tempat tinggal mereka.
Sesulit apapun rintangan yang menghalangi mereka.
Sebesar apapun perbedaan diantara mereka.
Sekuat apapun usaha mereka untuk menghindarinya.

Pada akhirnya mereka akan bersatu juga.
Selalu ada penyebab untuk menjadikan mereka bertemu.
Selalu ada suatu kejadian yang akan membuat mereka saling mendekat.
Hingga pada akhirnya mereka dpersatukan dalam sebuah ikatan suci.

Akan tetapi sebaliknya..
Ketika dua hati telah ditakdirkan untuk tidak bersatu.
Sedekat apapun jarak tempat tinggal mereka.
Semudah apapun langkah mereka untuk bisa bersatu.
Sekuat apapun perasaan yang telah ada dalam hati mereka berdua.
Sesering apapun hubungan yang terjalin diantara mereka sebelumnya.

Pada akhirnya mereka akan terpisah juga.
Selalu ada penyebab yang membuat mereka saling menjauh.
Selalu ada kejadian yang membuat mereka saling tidak menyukai.
Selalu ada sesuatu yang membuat mereka menyadari bahwa dia bukan pilihan yang terbaik.

Itulah rahasia jodoh yang tak akan pernah lepas dari kekuasaannya..
Percayalah bahwa rencana_Nya adalah yang terbaik bagi kita.
Rancangan_Nya adalah sebaik-baiknya rancangan untuk kita.

Ketika kita tidak mendapatkan suatu hal yang kita inginkan.
Bukan berarti bahwa kita tidak pantas untuk memilikinya.

Akan tetapi justru sebaliknya.
Kiita pantas utk mendapatkan seseorang yang lebih baik menurut pilihan Nya.

Credit SINI

crdt to google (:

Tuesday, July 15, 2014

Baju raya?

July 15, 2014
Assalamualaikum..
Selamat malam (:

Dah lama tak tanya khabar hati. sihat?
Alhamdulillah.. (:


Dah 10 hari tak menaip. Selalu rasa eksaited nak menaip, tapi bila sentuh je button keyboard, dah jadi mcm speechless, dah hilang idea yg ade dlm kepala sekejap tadi. Sekarang ni tengah buat list, list untuk raya nanti. Sebab raya ni mcm spesel sikit. Sebab............. raya ni dapat cuti raya! hihi.. Yelah, tahun lepas mase orang sembahyang raya, kite dah siap siap pakai headset nak melayan karenah customer. Nasib baik ofis provide makanan raya. Merasa jugak suasanan raya tu. Ingat lagi masa raya first tahun lepas, kerja jam 9.30am, naik tren dari nilai dalam 7.30. Langsung takde orang dalam tren tu, yela public holiday plus hari raye, orang semua dah bz pergi surau. Melangkah pergi kerja pakai baju raya. semua orang pakai baju baru. Yang lelaki pakai baju melayu. haa. melting. Tapi tu dulu lah. sekarang tak mahu sebab hati ni dup dap dup dap kat sorang tu saje. ehh tetiba kan (:

Semalam ade orang tak tidur langsung. Bukan berjaga sebab nak tengok jerman menang, tapi sebab menyiapkan assignment. Dan aku yg di sebelah ni langsung tak mnyumbang ape ape idea untuk esemen beliau, melainkan tengok handphone baca apa yg patut untuk preparation raya nanti dan pusing belakang bila orang jerit goll!! Hehe..  takpelah, kite bagi sikit sumbangan kasih sayang dalam hati ni dah memadai la kan awk kan. Dan disebabkan tu, malam ni handphone tak berbunyi pun. Beliau nak qada balik tidur semalam tu lah mungkin. 

Aku pening.
Pening fikir baju kurung raya ni. Nk beli baju yg simple dan memuaskan hati tapi tak jumpe. Kalau jumpa design yg simple, kain pulak tak berkenan, kalau jmpe kain yg sedap, design pulak yg padat macam nak pakai kawen. Tadi sebelum balik nilai dah tawaf satu jln masjid india, tapi hampa. Memeng trend eh skrg baju raya macam baju pengantin? orang belum nak jadi pengantin lagi lah.. baru nak ber... berhari raya (: Tapi lepasni kalau dapat design ngn kain yg berkenan, terus beli je. malas nak survey2 lagi. penat sebab end up nanti keluar balik dengan tangan kosong. sigh

Ha, spek dgn kunci rumah tertinggal kat KL. Nampak tak masalahnye sekarang. sigh lagi.


Nanti ade masa update lagi. selamat bersahur, selamat berpuasa ^^





Friday, July 4, 2014

Salam Ramadhan (:

July 04, 2014
Assalamualaikum
Selamat pagi ^^

Salam ramadhan. 
Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat diri sendiri dan juge buat semua (:

Ramadhan kali ni agak berbeza sikit dari tahun lepas. Tahun lepas masa puasa banyak shift petang, tahun ni banyak shift pagi. Tahun lepas bnyak berbuka sendiri dan dengan famili, tahun ni berbuka dengan dia. Itu pun kalau shift sama.Dua dua kerja shift, so tak boleh nak demand lebih sgt pun. 

Mungkin ade sesuatu yg lebih manis dan bermakna tak lama lagi. Masih dalam perancangan. tu je yg aku mampu, Mampu nak merancang dan melaksana. Jadi atau tidak, DIA yang tentukan. Kadang bile aku duduk sesorang, selalu terfikir macam macam. Yg negatif selalu ade. Betul ke keputusan ni.. dah sedia ke aku ni? kadang kadang serius aku rasa nak give up. Ya Allah, selalu rasa mcm tu. Selalu rase diri tak sempurna lebih dari orang lain. dan selalu rasa aku tak layak untuk jadi peneman sesiapa, selalu rasa macam kesian sgt kat dia sebab dia pilih aku. Sebab tu aku selalu tanya soalan bodoh dan merepek, sebab aku nk sedapkan hati sendiri. Dah jadi mcm takut. entahlah.

Tapi walau mcm mane pun, aku tetap nak hadap semua rasa ni, aku tetap nak tempuh segala yg datang bersama sama. Niat yang baik InsyaAllah dipermudahkan. Dan aku harap semangat ni bukan untuk kali ni saje, tapi sampai bila bila. 





Rasenye banyak nak update.. tggu nanti (:




Monday, June 23, 2014

Good night(:

June 23, 2014
The best love is...



.... the one that make you a better person, 
without chnging you into someone other than yourself (:



Good night 


Tuesday, June 17, 2014

Hai awak!

June 17, 2014
Assalamualaikum..

Entri pendek khas untuk kesayangan saya,

Hai awak,
Tak tahu kenapa susah nak tunjukkan rasa bila kamu ade depan mata
mampu senyum..senyum.. dan senyum lagi je
tapi dalam hati dah melompat lompat suka dah tak berhenti.. hihi ^^

Hai awak,
kamu selalu akan jadi orang penting dalam hidup ni. insyaAllah

terima kasih untuk semua.
dan semoga berjaya untuk kerjaya baru,
Semoga kuat dan tabah selalu

dulu sendiri..
so sekarang..
ape yang datang kita hadap sama sama okay!




imy.




Thursday, June 12, 2014

kesayangan

June 12, 2014
Assalamualaikum..
Salam sejahtera (:

Sekarang di Nilai, menghitung detik nak pulang ke bandaraya Kuala Lumpur. 

KL ? 
dah setahun pun.
Tempat yg penuh suka penuh lagi duka. Macam macam dah jadi. Jadi macam dalam sekelip mata je.Tapi aku berterima kasih sebab diberi rasa pahit hempedu tu. Terima kasih bg sesiapa yg berkenaan, kalau tak sebab dia.. mungkin smpai sekarang aku terus terperangkap kan. Mungkin smpai sekarang aku tak dapat keluarkan diri dari semua rasa tu. Dan sekarang aku rasa lain.. rasa bebas dan rasa bahagia. Aku suka rasa ni.

Betul lah orang cakap, setiap yg berlaku ade hikmahnye. Aku akui tu ..  **senyum..

Hai 880110
terima kasih sebab datang tiba tiba dalam hidup aku. Datang dan bawa pelangi dalam hati.Tak pernah terfikir, tak pernah terjangka langsung. Datang saat aku dah boleh terima segalanya, datang di masa aku dah jadi makin kuat. Datang masa hidup aku dah semakin berseri. Datang selepas aku dah belajar menepis rasa sunyi tu. Datang bila aku rasa dah sedia nak terus langkahkan kaki ke depan. harapnye ini yg terakhir. Noktah.

Semoga rasa yg indah ni smpai ke akhirnya ^^

880110 yang selalu dihati,
Good luck untuk rezeki yang baru ni, semoga dapat jalan kan tugas dengan tenang dan tabah in the future. Nak gtau yg awak nampak segak dengan kemeja pink tu. tak tipu tahu :p




Ya Allah, andai ini jodoh, permudahkanlah..






Thursday, June 5, 2014

Future

June 05, 2014
Asslamualaikum..
Selamat petang (: 

Hai hati, ape khabar harini?
Semoga terus kuat macam selalu (:

Dah masuk bulan jun. Dah masuk pertengahan 2014. Dah nak masuk Ramadhan. Dah genap setahun kerja dekat Icon. Dah macam macam pun yang jadi. Maaf sebab terpaksa hilangkan diri kejap sebab tangan gatal nak menaip. Macam macam yang nak ditaip. Macam macam yang nak diluahkan. 

Harini hari khamis, dan harini hari cuti. Macam biase, di Nilai untuk menghabiskan masa bersama kesanyangan semua. Malam nanti buah hati baru nak smpai dari Kedah. Walau x pernah jumpa tapi rindu sangat rasa. Dah smpai rase nak peluk cium berkali kali, Harap xde sape yg jeles. hihi  (:

Hari hari yang berlalu rase makin indah. Mungkin akan terus indah kalau terus fokus kedepan tanpe menoleh ke belakang kan? Kata orang tu nak permanently delete semua yang lepas lepas. Siape? ade la org tu kan. Dan aku harap ape yg aku ternmpak aku takkan nmpak lagi. Aku harap ape yg aku pernah rase, xkn berulang lagi.

Kadang kadang rase gembira, rasa confident je nak hadap semua yg ade di depan. Kadang kadang semngat dan tak sabar nak lawan cabaran mase depan..

tapi..lumrah lah

bila datang semngt tu, tiba tiba rase down yg teramat. rasa rendah diri yg melampau. 
Sampai kadang kadang rase terlalu bnyak kekurangan smpai rase  tak layak untuk sesiapa pun.
Kadang smpai rase nak hilangkan diri lama lama, nak tengok ade tak orang yg perasan.

Ish, dah. Makin lama makin mengarut. 
Tulah, sape suruh tinggalkan aku sorang sorang kat sini. kan dah melalut. dah cakap berbelit belit lagi. 

Hai orang pantai timur, semoga sihat di kg halaman. Masih berbaki 4 hari ^^  Separuh semngat dah terbang dekat pahang sane. Hati memng dah dibawa sekali. Jage hati baik baik wahai pemberi semangat (:






dear future,
imy 



Friday, May 30, 2014

Penghujung Mei

May 30, 2014
Assalamualaikum
Selamat malam (:

Dah smpai penghujung Mei.
Kalau boleh nak terus ade dalam bulan Mei, sebab indah..

Rabu lepas sebenarnya baru je lepas interview. Interview same je mcm yang lain-lain, cuma kali ni semangat tu terlebih lebih. Terima kasih wahai pemberi semangat ^^ InsyaAllah ade rezeki tak ke mana. Kalau tak berjaya pun dah puas hati sbb dah usaha dan dah buat preparation ape yang patut.

Hai awk 880110 ,
Tahniah sebab dah dapat tawaran yang di nanti. Alhamdulillah, ade sebab awak reject offer yang sebelum ni kan. Rupanya awak nak dapat yg lebih baik lagi. Jadi, untuk 11 jun nanti, saya doakan yg terbaik untuk awak. Semoga segala urusan awak dipermudahkan, semoga tenang, sabar dan ikhlas ye awak (:

Beberapa jam yg lepas baru je menghabiskan masa cuti dengan dua orang kesayangan. sayang luar, sayang dalam juge. dalam hati yg penting (: Terima kasih sudi menyerikan harini dan juga hari hari kedepan kalau masih sudi lagi. Dah banyak yg berubah. Terima kasih ^^

Tapi selalu aku takut nak gembira lebih lebih mcm ni,
sebab mesti ade rase sakit.



Kenapa skrg kau nk muncul lagi... 

....speechless.





Monday, May 26, 2014

Sunday, May 25, 2014

Selamat ulang tahun, cinta (:

May 25, 2014



Asslamualaikum
Selamat tengahari (:

Hai hati,
ape khabar harini?
InsyaAllah semoga baik baik saje (:


Bulan Mei bulan yg cantik.
Sebab ade dua kesayangan berulang tahun.



Photo


16 Mei 2014
Selamat ulang tahun yang ke 15 adik comey

26 Mei 2014
Selamat ulang tahun ke 49 ibu saye yang cantik jelita ^^


Tiada ucapan manis yang mampu diungkapkan, takde hadiah mahal yang mampu diberi. Tapi sentiasa, setiap detik setiap saat yang berlalu, rasa sayang dan cinta selalu bertambah. Terima kasih ibu, atas segala nasihat dan semangat di saat aku kecewa dan gagal, di saat suka dan duka. Terima kasih sebab mengajar aku berfikiran positif atas semua perkara. Aku selalu nak jadi mcm ibu, kuat sabar dan tabah (:

dan...untuk adik,

Terima kasih sebab selalu sabar dengan aku, selalu mengalah dan selau sedia mendengar aku bercerita. Terima kasih sebab faham emosi kakak kau yang tak menmentu ni, terima kasih sebab jadi adik yang baik.

I love both of you, and always do :') 


Monday, May 19, 2014

Tanpa tajuk

May 19, 2014
Assalamualaikum
Salam sejahtera, selamat tengah pagi (:

Ape khabar hati harini?
Alhamdulillah, baik baik saje..kot.. 

Harini sebenarnya hati tak berapa nak sihat. Tak tau punca kenape, tak tau sebab apa, taktau la. pusing! Rase tak sedap hati, rase nak lari tapi tak tau nak pergi mana. Huh. Nasib baik rasa tu makin lama makin hilang bila aku malas nak layan sangat. Buat tak tahu,tapi.. sampai bila lah nak pura-pura berlagak kuat, Syuhada? Eh, pura-pura ke? Tak la. aku mmng kuat, mungkin sebab terpaksa keraskan hati. mungkin lah.

Tapi syukur lah,
ade yg sudi menemani hari di siang dan malam,
ade yang sudi buat hati ni gembira dan ceria,
ade yang sudi mendengar walau mulut ni masih tak sedia bercerita,

Tapi kalau lama-lama, yg sudi tu nanti takut lama-lama pun dah jadi tak sudi.
Jemu mugkin. Orang memng akan cepat jemu dgn aku. 

...Selalu.

dan pergi.. jauh.

Tuesday, May 13, 2014

Sampaikan salam (:

May 13, 2014
Assalamualaikum (:
Selamat malam.

Hi silent reader,
Sihat tak hati tu hari ni ^^
Harap semakin kuat (:

Harini cuti, macam biase balik nilai menghabiskan mase dengan kesayangan semua tu. Shift minggu ni tak menentu, ade shift pagi, shift petang pun ade jugak.  pusing ! Harini macam biase duk depan laptop je dengar lagu, download running man. Handphone siap siap dah serah pade adik, sorilah sebab tak reply atau lambat reply msg sape sape pun.

Rutin setiap hari berjalan macam biase, cume ade sedikit yang berubah. Adelah kan. dan aku happy (:

Aku pening ni,
cmne nak smpaikan salam pade orang yg tanya tadi tu?
880110
Tadi memang tgh terfikirkan..
so..untuk yg lahir hari same, tapi bulan dan tahun beza tu. mai nak habaq,
Salam tu untuk hang je sebenarnye. saje nak berahsia konon kan.
Memang dasar aku suke cakap berbelit belit. haha (:


Semoga ukhwah itu berpanjangan dan tak rapuh atas sebab ape sekalipun.
Insya Allah (:

Till next entry ^^


meh join sekali,

Mark Adam comey (: 



Sunday, May 11, 2014

Wednesday, May 7, 2014

Welcome May, lupakan peritnya April (:

May 07, 2014
Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua..

Nak tnya khabar hati dulu. sihat tak? 
....Alhamdulillah. nampaknya makin sembuh dan semakin kuat.
tapi kadang kala secara tak sengaja masih ade yang menabur garam atas luka yg baru nak sembuh.
dan pedih dtg lagi.. tapi InsyaAllah.. dah tak sakit macam dulu. Syu kan kuat, good girl! 

Harini tak perlu dah bercakap soal hati. Dah basi. Dah lali. Dah boleh tolak ke tepi. okey? 

banyak sebenarnye nak share, tapi kesuntukan masa. dengan kerja shift yg x menentu. Ade je yg mengangu orang nak taip entry tau.

Ok, mai kita mulakan!

26 April 2014
Tarikh ni indah. sebab dapat spend the whole days dgn adik adik. Belanja dorang makan, layankan je ape yg dorang nak. Kitorang berjimba dekat Times Square je, and naik public transpot je pun. Sorila babes, akak kau org ni tengah menabung nak beli kereta, nanti dah ade kereta kite pergi jalan jauh jauh sikit hokay! Shoping takdelah sangat sebab kami tige beradik bukan suka soping menyoping sangat. kena ikut mood. Kalau mood tgh gila shoping, hari hari nak pergi mall beli bende yang nampak depan mata. Haha membazir gila! Tapi ni kaka dia jelah, adik adik aku ni jenis yang sayang duet. beli ape yg perlu je. bagus kan?

Haritu pergi singgah kedai kpop dekat tingkat 5. Teruja adik yg bongsu sebab dia minat sungguh dengan kpop. Aku rasa segala yg berkaitan dengan kpop semua ada dalam kepala dia. Kalau lah ade subject kpop dlm silibus, mesti dapat full mark dia ni (: Artis korea yang aku tau pun yg dalam Running Man tu je la. hihik 

1 May 2014
Selamat hari pekerja!
Tapi haritu aku kerja shift pukul 3 petang!
saje nak letak dalam entry.ok bai!

7 May 2014
Tarikh harini. Harini ade dua berita gembira sebenarnye (:
Yang pertama, aku menang GA by dianarashid.com
Dapat hadiah seni khat Kufi by Ekin


Actually mmng dah aim dah hadiah yg ni mase belek2 senarai gift tu, alhamdulilllah rezeki join GA yang pertama this year. Belum contact lagi Ekin untuk tuntut hadiah. jap jap lagi lah. hehe. kita habiskan tulis entry dulu, jap2 lagi serbu Ekin nak cakap , hai awak! kite lah yg menang awak nye gift tu. ** sambil pintal2 rambut depan pc.. haha. Ekin juga ade ambil tempahan untuk seni Kufi ni, cantik kan? boleh terjah blog dia. Klik je gambar atas tu, pintu doraemon akan dibuka. hee (:

Lepas happy happy depan pc sebab menang GA, ade satu surat smpai kat rumah, Makcik yang bawakkan. Surat panggilan temuduga SPA, untuk jawatan S27. Alhamdulillah, masih ade rezeki untuk temuduga lagi. Walaupun cuma temuduga, tapi dah rase suka dan bersyukur sebab kiranya dah lepas satu tapisan. Cuma kene buat preparation untuk sesi temuduga nanti. Doakan aku berjaya ye. Kalau tuhan dah tetapkan rezeki kita, insyaAllah tak kemana kan, btw, ini temuduga yang ke 7 under SPA, dua temuduga masa aku masih diploma, satu temuduga masa aku degree dan tiga temuduga masa aku baru mulakan kerja. 4 kali gagal, satu  kali tu tak pergi, dan satu lagi Alhamdulillah jadi simpanan lantikan. Yang ini kali ke tujuh lah kiranya kan. See.. bnyak kali gagal kan? tapi aku tak pernah putus asa. InsyaAllah tak akan. Mungkin memng yg itu bukan rezeki aku kan.Sabar dan usaha je. Tawakkal bila dah buat yg terbaik. Gambatte syu! (:

Bulan May bulan yg indah. sebab ape? sebab bulan ni adelah bulan kelahiran dua tersayang. Adik bongsu dan ibu! Tak sabar tnggu gaji, boleh sediakan ape yg patut untuk kesayangan hati ni. 

jumpa lagi di lain  entri. babai..!!

nah, untuk hati hati yang disayangi (:






Wednesday, April 30, 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

April 30, 2014
Assalamualaikum.
Salam sejahtera, selamat malam semua.

Hai pembaca senyap, ape khabar hati kamu harini?
... harap cepat sembuh  (:

Harini dah penghujung April. Cepat sangat masa berlalu. Harini mood nak join giveaway pulak. Dah lama x join. Kebetulan bw td jumpa satu GA ni, so jom terjah!


Klik je banner atas ni, terus aku bukakan pintu ajaib doremon. jeng jeng jeng. haha!

Tarikh tutup 1/5/2014 
good luck!



Monday, April 21, 2014

Ubat (:

April 21, 2014
Assalamualaikum

Buat jiwa yang tak sihat dan kurang kuat, amalkan   (:

الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ 

(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)). 


InsyaAllah, Hanya DIA yg tahu segala sesuatu
Senyum (:

Saturday, April 19, 2014

Welcome to the new world!

April 19, 2014
Asalammualaikum..

Alhamdulillah, tanggal 15 April 2014, kakak ipar selamat melahirkan baby girl yg sangat comel! Famili g kedah p tengok baby tapi aku tak dapat ikut sebab kerjaaa.. Nak nangis.Thaks kat adik sebab wasap pic baby. Entah bila dapat jumpa puteri kecik tu..Tengok gambar je dah rasa nk cium2 dia.. Mak Lang tak sabar nak ketemu sama kamu, tahu!

Sekarang aku adelah makcik kepada seorang putera hensem dan seorang puteri comel.Si abang nama dia Ahmad Alif Zikri, dah dua tahun pun abang hensem ni.Hobi dia suka main kereta ngan sepak bola. Sangat aktif dan pandai ambil hati orang. Semua orang suka and sayang dia. Dah besar nanti jaga adik awak elok2 tau abang!!

Alif ni dah la nakal, nanti adik da besar sikit, mesti dia ajak adik die main bola. haha.


Comelnyaaaaa Hanani. Rasa nak masuk dlm gambar nak peluk cium dia!


Abang dan adik (: 

So, welcome to this dunia yang penuh pancaroba Afrah Hanani .Semoga menjadi anak yang solehah, taat pada ibu dan ayah ye syg (:




Haa... Hanani pun ade kawan.. tua beberapa hari je dari Hanani tau (:      Jeng jeng jeng.....



Dan tak lupe jugak tahniah buat sahabat, Izzati Arifin sebab baru juge dapat baby boy! Comel sangat baby si iejat ni, geram sangat. Buat Muhammad Rayyan Qushairy, semoga jadi anak yang taat dan soleh tau. Dah besar nanti jaga ibu ayah elok2 ye (:


Till then, selamat malam (:





Monday, April 14, 2014

please stop

April 14, 2014
Assalamualaikum.
Maaf, ni entri untuk seseorang. 

Hai kamu,

 tolong hentikan semuanya
Tolong jangan ambil tahu pasal saya
tolong jangan like atau komen di instagram
Tolong jangan follow blog ni.
Tolong jangan tanya lagi pasal saya.
jangan msg kawan2 sy.
jangan tanya keluarga saya.

tolonglah hentikan semuanaya.

Tolonglah
Tolong jangan berharap
Tolong teruskan hidup.

please..

Tuesday, April 8, 2014

Rezeki dan Ujian

April 08, 2014
Assalamualaikum..
Selamat tengah pagi !

Entri khas buat seorang teman..  (;


Awak
Saya tau awak sedih. saya tahu awak kecewa. dan saya tahu awak rasa down dan pedih dengan apa yang jadi. Saya yang encourage awak untuk pergi interview. Awak dtg dari jauh dengan kawan kawan awak untuk datang interview ni setelah berbulan awak tak kerja sebab berhenti kerja dari tempat lama dulu..

Boleh kata awak selalu call and tanya saya tentang interview. Nampak betul kesungguhan awak dekat situ. Dpat rasa semangat awak yg berkobar2. Akhirnya awak selamat habiskan interview tu. Saya harap sangat awak dapat kerja tu.

Tapi... bukan rezeki awak..

pedih lagi bila kawan kawan awak yg dtg interview dah shortlisted..tapi awak tak..Saya faham. saya pun pernah hadapi situasi yg sama. sama mcm awak.Tapi jangan risau, selagi awak tak putus doa dan usaha, rezeki awak sentiasa ada. Mungkin jauh lebih baik. Mungkin tuhan tahu kerja yg awak minta tu x sesuai dengan awak, sebab tu dia nak beri rezeki yang lebih baik. 

Sabar awak. 
Ini ujian. Anggap saje ini ujian.

Ujian untuk awak berusaha mencari pekerjaan yg baik,
Saya juga ade ujian, ujian berusaha mengikhlaskan diri buat kerja dengan baik.
kadang kadang rasa bersalah sangat sebab rasa macam tak ikhlas bila buat kerja sambil lewa.



Awak, jangan sedih, InsyaAllah ade hikmah.
Rezeki tu pun satu ujian sebenarnya (:
Semoga kita kuat bersama-sama.









Post Pilihan

randomposts

Followers