Segmen Azah Rahaman : Aku Seorang Blogger!

Assalamualaikum :)
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar hati hari ni?
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu.

Dah lama tak join Segmen. Tadi masa blogwalking terjumpa pulak segmen ni dan terpanggil untuk join. Hihi.. so lets start!


Nak join boleh klik banner ni 

Bila Blog ditubuhkan 

Kalau tengok pada entri pertama blog ni ialah pada 29 Jun 2010 kan? Tapi sebenarnya tak. Blog ni dah ditubuhkan awal lagi dari tarikh tu tapi entri-entri telah dipadam atas sebab-sebab tertentu. Tapi kalau nak secara officialnya, boleh lah ambil tarikh 26 Jun tu. 

Eh? blog ni dah berusia 8 Tahun? wohoo! kalau ade anak dah darjah dua dah ni. hihi


Maksud Tersendiri nama dan Url Blog

Asyiqin
https://asyiqin89.blogspot.my

Ini nama sendiri sebenarnya. Memang suka letak nama sendiri dekat mana-mana account media sosial. 89 tu pulak tahun lahir aku. So..  as simple as that lah :)

Ceritakan Pahit Manis sebagai seorang Blogger

Pahit? 
Takde.

Manis?
Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan blogger walaupun cuma di alam maya ni. Dapat baca cerita-cerita yang mereka post, tips, dan lain-lain lagi

Satu lagi happy bila dapat menang Giveaway atau Contest, walaupun cuma topup RM5. Rasa happy tu taktau nak cakap mcm mana, tapi memang super duper happy lah! haha

Nasihat kepada blogger lain

Nak nasihat pun rasa macam segan pulak sebab blog aku pun just blog picisan dan lebih berkonsepkan peribadi yang cerita perihal hidup sendiri je. Tak pernah join event mana-mana ataupun jumpa face to face dengan mana-mana blogger. Dalam hati teringin sebenarnya tapi masa agak mencemburui sekarang ni. 

Jadi harapan aku, semoga ukhwah kita sebagai blogger kekal sampai bila-bila walaupun cuma di alam maya je. Mana tau satu hari nanti ade rezeki boleh jumpa ramai-ramai kan?

InsyaAllah..

18 comments:

  1. Selamat Bersegment sis ^_^ Hana pun otw nak join jugak ni heheh :D

    ReplyDelete
  2. seronok sis bersegmen ye hehehe..
    folow sini #491

    ReplyDelete
  3. dari 2010 memang otai lah! hahaha. guna nama sendiri lebih komersial kan! hiks. pengalaman manis tu kita kena ingat sampai bila2 sebab pengalamaan tu lah yang mewarnai kehidupan kita saban hari. hihi. moga2 satu hari nanti kita akan dapat gathering sama2. amin amin. tq tau sudi join segmen dari azah :)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal, zumal singgah follow dari segmen yang sama
    http://www.duniazumal.com/2018/03/aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Asyiqin. Selamat berkenalan. Tq follow blog akak ye 😊

    ReplyDelete
  6. Setuju bab menang giveaway tu..rasa macam happy tahap nak lompat-lompat bila menang..haha

    ReplyDelete
  7. Selamat bersegmen dear..

    http://www.rasadantips.com/2018/03/segmen-azahrahman-aku-seorang-blogger.html?m=1

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum... sy dr segemen yg sama... salam ukhuwah dan teruskan berblog ya!

    ReplyDelete
  9. Assalam Mrs. A singgah join segmen yang sama. Eh! samalah feeling part menang GA dan contest tu excited habis kansss...

    ReplyDelete