Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Lewat malam

July 20, 2012
Assalamualaikum.
salam sejahtera.

Sudah lewat malam. sunyi sepi. suasana kampung memang macam ni. jarang yang tidur lambat. Bukan macam pusat komersial kat shah Alam tu, pagi2 pun orang still ramai lagi. Syukur sbb cuti dua bulan ni tak perlu duduk shah Alam lagi. Cuti? semester ni tiada cuti. Praktikal selama sebulan itu wajib bagi pelajar semester ni. Praktikal? Rasa macam tak bersemangat. Risau. Suram. Ramai yang berasa macam tu. Kenapa dia yg bertanggungjawab membuat kami terkapai kapai seperti ini? Tolong ubah sikap anda. Kami meluat.

Tentang jiwa juga tidak dijaga dengan sebaiknya. Sakit kerana terabai, tapi lebih baik dari dimanjakan. Tidak berharap, tak mengharap sesuatu yang belum pasti. Ini mungkin musim orang patah hati. Mungkin. Mohon hati supaya bersabar. DIA ada setia mendengar. Meminta hanya pada DIA, Berharap hanya pada DIA.




Friday, June 8, 2012

Dugaan

June 08, 2012

Isi hati itu sulit. Senang dipersoal tapi tak mudah difahamkan.
Mulut boleh ketawa berdekah dekah. Hati murung macam mendung sebelum hujan.
Hampa gelisah risau itu rutin


Tuhan, dugaan apa yg kau beri pada kami. Kami takut kami tak mampu.
Tapi kami yakin KAU sentiasa ada bersama kami.
Kami yakin KAU ingin melihat sejauh mana ketaatan kami.
Dan kami yakin setiap dugaan itu telah kau siapkan hikmah tak ternilai.

Selagi masih ada sisa waktu, putus asa tidak akan kami cipta.
Mengalah bukan tujuan kami.
Kerana KAU saja yang tahu kesudahan ini nanti.




Monday, June 4, 2012

Mungkinkan hari ini akan berlalu dengan tenang?

June 04, 2012
Assalamualaikum.

Hati rasa dicucuk cucuk dengan jarum peniti.Rasa sakit, gelisah, resah tak tentu arah. Punca? entah dari mana, entah di mana, entah bagaimana. Kelu lidah. Masih tak mampu suara meluahkan apa yg dirasa. Masih akal  berjuang mencari jawapan tapi yang ada cuma tanda tanya.

Tuhan.. jawapan itu hanya kau yang ada. beri lah aku kekuatan bersama sama usaha untuk mengharungi hari hari di depan yang penuh duri.


Thursday, May 31, 2012

Di dalam ini siapa yang tahu?

May 31, 2012
Assalamualaikum

Biarkan sebentar kekacauan itu singgah. Bising. Riuk pikuk suara berdengung dengung di cuping telinga. Aku hanya suka memerhati. membiarkan anak mata melihat, jatuh ke hati untuk membuat tafsiran yang pelbagai. Aku tak pernah faham mengapa mereka sukakan keriuhan sebegini rupa. Mungkin itu mereka. Mereka bukan aku. aku suka senyap. aku suka tenang. aku benci ramai. Aku suka sendiri. Tak pernah rasa terasing, tak pernah rasa  terpinggir. Mereka tak faham. mereka kata kalau senyap itu lemah.kalau senyap itu kalah. tapi mereka bukan aku. mereka dengan aku tidak sama.




Monday, April 30, 2012

Monolog

April 30, 2012
Saya mahu bakal suami saya nanti menjaga saya seperti mana yg telah ayah lakukan sepanjang saya di bawah tanggungjawab nya <3


Sunday, April 8, 2012

Updated!

April 08, 2012
Assalamualaikum.. 

Dah lama x berupdate blog ni. Rasa mcm malas sangat. Tapi rasa syg pulak kalau x isi apa apa kan. sbb blog ni dah dua tiga tahun. nak update, tapi bukan malam ni. mungkin esok atau lusa boleh update panjang panjang sikit :)

****
Sebenarnya baru balik jalan jalan kat One Utama dgn kak eca, ain n nana. Sgt best. Mereka sgt menawan dan sgt pandai mengambil hati. Mereka banyak cakap dan sangat best. Terima kasih ajar saya main bowling hari ini ^_^

****
Next week ade midterm. Walaupun cuma 3 paper je, tapi semuanya reading paper. memang esok kena buka buku, buat nota, hafal habis habisan berteman nescaffe 3 in 1. Dulu sangat benci minum nescaffe 3 in 1 ni, tapi sekarang tekak dah boleh terima. Baru faham sekarang kenapa org tua tua cakap kalau benci lama lama boleh jatuh cinta. ok, ade kaitan ke ? haha. sewel!

***
Apa khabar agaknya ibu, ayah dan Along di Mekah sana. Semoga semua urusan mereka di tanah suci berjalan dengan lancar. Insyaallah.


Till next entry, Wassalam.


Monday, January 23, 2012

Sekali lagi kau lukakan aku.

January 23, 2012
Assalamualaikum.


Dulu kau cakap, kita bersama harungi segalanya.Bila kau ada dia, kau lupa semuanya. Kau lupa aku, kau lupa kata-kata kau dulu. Kau hancurkan lagi hati ini. Aku selalu mengalah. Aku selalu menangkan kau walaupun kau yg salah. Aku tahu aku silap di situ. Terlalu banyak kesempatan yg kau ambil atas kelemahan aku. 


Tuesday, January 17, 2012

Blame yourself.

January 17, 2012
Don't blame people for disappointing you, but blame yourself for expecting too much from them.
Ok, salahkan diri sendiri sebab terlalu mengharap. Tapi tak salah rasenye mengharap bila da diberi harapan.
Terasa seperti tunggul.
sememangnye kau tunggul syu. kau tunggul ok. bukan manusia!
kau kan xde perasaan macam tunggul kayu tu.

arghh.. nape la post benda cmniii kat blog!

Thursday, January 12, 2012

Mimpi

January 12, 2012
Assalamualaikum.

Ye,mimpi cuma mainan tidur, tapi bila termimpikan kamu secara tiba tiba, terasa seperti realiti. seperti melekat di hati. Dan rindu itu datang setelah lama ia tak menyinggah.

....dan sendiri aku tersenyum, bukan sebab kamu. kenangan itu yang tak mampu aku lupakan.

Saturday, January 7, 2012

pemberi semangat.

January 07, 2012
Assalamualaikum


Terharu bila ibu call and msg guna handphone ayah, bertanya khabar dan juga exam.
 'fikirkan masa depan yg cemerlang' - sms yg ibu kirimkan. ringkas tapi penuh erti.


Bila teringat memang susah nak lupa

January 07, 2012
Assalamualaikum.

Harini rase semangat sangat bekobar-kobar nak smbung study. semalam tak study lansung. padahal second paper esok petang. Nasib baik paper account je pun. Paper ni boleh score. insyaallah ^_^  

Dan bila nak study ni macam macam la setan setan ni duk hasut hasut. Mula lah teringat sesuatu yg sangat menyakitkan hati dan perasaan. Tarikh 5 May 2010 dgn 30 oct 2011 mmng sgt menyeksakan. Aku benci peristiwa tu!

Tapi aku tau semua yg berlaku ade hikmah yg tersembunyi. Itu kan dah takdir, kalau semua tu x berlaku aku tak kan kuat dan tabah seperti sekarang. Walaupun sakit sgt terasa sampai sekarang, tapi aku redha. Sehebat manapun kita merancang, hanya Allah yg berkuasa menentukan semuanya.







Thursday, December 8, 2011

sesuatu

December 08, 2011
Sejak dua mejak yg berlalu, aku sering mengira waktu. seperti ada sesuatu yg bakal berlaku dalam hidup sendiri. Dan mungkin itu bukan satu perkara yg menyenangkan. Aku perlu kekuatan untuk itu.

Monday, December 5, 2011

Hanya kamu.

December 05, 2011
Kamu ^_^

Kamu tidak perlu punya banyak harta.
Mengenali kamu lebih bermakna dari wang berjuta.

Kamu tidak perlu punya rupa.
Masih juga yg paling kacak dipandangan hati juga mata.

Kamu tidak perlu menyusun ayat indah berbunga bunga.
Kerana sedetik adanya kamu penyebab hari hari suram menjadi ceria.

 (:



Wednesday, November 30, 2011

Thursday, November 24, 2011

Letih.Lelah. Aku Lemas

November 24, 2011
.:: Letih rase tak tidur lagi dari jam 3 pagi td sampai sekarang. Tapi kerana mandarin test, aku pasrah ::.
.:: Lelah rasa nafas ni bila menahan mengantuk dan lapar dalam kelas. Tapi kerana ilmu, aku tahan ::.
.:: Lenguh sungguh rasanya  badan bila ke stadium malam ini. Tapi kerana kamu ada, aku rela ::.
.:: Lemas rasa hati ini bila melihat ia masih dalam simpanan kamu. Tapi kerana harapan, aku biarkan ::.

Satu saat nanti bila aku terkapai-kapai dan tak berdaya lagi , Sudikah kamu datang dan menarik aku keluar dari segala kesakitan ini?






Monday, November 14, 2011

Homesick :(

November 14, 2011
Assalamualaikum.

Aku tak faham kenapa jadi mcm ni. Sejak dua menjak ni hati dan perasaan berlari lari dgn lajunye menuju rumah tercinta, tapi jasad masih di sini. Berpisah dari keluarga untuk berjuang mencapai cita-cita. Memang jarak tak jauh, 45 perjalanan lau naek keta, tapi dekat 2 jam kalau naek tren. huu. Aku rindu ibu, ayah, zati dan munirah. Rindukan suasana riuh di rumah dgn gelagat mereka yg bermacam ragam. Aku rindu. :(



Thursday, November 10, 2011

Terima kasih ayah :)

November 10, 2011
Assalamualaikm
salam sejahtera buat semua.

Kelmarin ayah dah pulang dgn selamat dari Sabah. Ayah ke sabah atas urusan qurban di sane . Balik2 je, ayah terus tukar baju dan datang ruang tamu sambil membawa barang2 yg dibeli. Terharu sangat masa tu. Bukan kerana hadiah yg dibeli, tapi sangat terharu kerana ayah lebin mementingkan anak anak dari keletihan. Aku tahu ayah sgt penat sebab lepas tu ayah masuk tidur :) Ayah ada belikan sesuatu untuk aku, ibu, kak nisya dan adik2 serta abang2 aku. Terima kasih ayah. kakak syg ayah. Bukan sbb hadiah itu, tapi sbb kasih syg ayah selama ini. Memang jarang ditunjukkan dgn kata2, tapi dari cara ayah menjaga kami adik beradik serta dari segala nasihat yg diberi melalui sms atau kol mase aku jauh dari rumah, aku rasa sgt disayangi oleh insan begelar ayah.  Syukur sbb aku masih mempunyai ayah. Ramai insan diluar sana tidak mempunyai peluang seperti aku. Aku bersyukur atas segalanya. Perborbananmu ayah xkan kakak persiakan.

Kakak sayangkan ayah setiap hari setiap detik setiap saat. 

Tuesday, November 8, 2011

Selamat hari raya aidiladha semua :)

November 08, 2011
Asalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Sudah terlambat mungkin untuk ini. Tapi tak mengapa, sekadar berkongsi kisah suka masam manis untuk tatapan tetamu setia. ^_^.

 Masa raya aidiladha haritu, pagi2 dlm pukul 8.30 gerak ke surau untuk solat sunat aidiladha. Dengan perut yg berkeroncong, maka aku n ibu serta adik adik dan anak jiran sebelah berjalan untuk ke surau. Ibu kata, raya aidiladha kena bekorban, jd x boleh makan sebelum solat sunat. tu yg berkeroncong perut tu. Tapi its not a big matter pun la. Keseronokkan beraya tu yg penting.

Ayah tak sambut raya aidiladha bersama kami tahun ini. Sebabnye ayah ada program Qurban di Ranau Bakti, Sabah. Jadi kami beraya tnpa ayah. Jarak dari  rumah ke surau xlah jauh sangat. Dalam 15 minit jalan lenggang atau 5 minit kalau naik motor. Haritu kami memilih untuk jalan kaki je. Tengah lenggang lenggang  berjalan kaki tu, jelas kedengaran pengumuman dari surau yg memaklumkan suruh rapatkan saf, solat nak mula dahh. Memang kelam kabut dah berlari2 semaksimum yg mungkin untuk sampai ke surau. Hahaha yg kelakarnye, ibu yg mulanya berjalan di belakang, dah pecut pintas aku yg di depan.. Masa tu adalah dlm 100 meter lagi nak smpai surau. Alhamdullilah, kami sempat mengikut imam. ^_^

Hari tu ibu masak soto ayam. Sedap sangat. Aku tolong ibu buat sambal kicap ngn carik2 daging ayam je. Hehe.. n petang sikit ramai yg bg daging qurban. kiranya minggu nie memang lauk daging je lahh kan :)

Nak tempek gambar, tapi tenet macam siput. so till next entry :)




Wednesday, November 2, 2011

Ini tak adil untuk aku.

November 02, 2011
Assalamualaikum.

Seperti hari yg lepas, semangat ke kelas sudah lenyap. yg ade cuma kesungguhan yg dtg tiba2 untuk mengejar cita-cita. kesungguhan tanpa semangat, macam kopi tanpa gula. Mungkin salah sendiri meletakkan semangat pada orang yg tak memahami. Dia tiada, semangat lari entah ke mana. ^_^

Aku cuba berlagak kuat, tapi tewas untuk sekian kali. Aku rasa ini terlalu tidak adil bagi aku yg meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan. Hati ini hancur tapi kau berlagak bagai tiada apa. aku sakit, kau diam. ini tak adil bagi aku. sgt tak adil..

1hct4y_large


Post Pilihan

randomposts

Followers