Tuesday, April 26, 2011

Cemburu?

April 26, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat semua.


Pic from google 


Cemburu. 
Pernah tak anda2 semua hadapi perasaan ni.
tak pernah? Tipu.
Tak pernah? Betul?
Ok, anda memang tak pandai menipu.

Setiap org ade perasaan cemburu.Contoh? 

Kecewa bila parents lebihkan perhatian pada salah seorang anak yg lain*Itu cemburu*Gelisah melihat kawan2 yg dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan*Itu cemburu*Risau apabila kekasih hati  bertemu janji dengan org lain*Itu cemburu*dan banyak lagi la...

Orang yg takde perasaan ni memang la x normal.Yg berlebih-lebihan pulak mcm sakit jiwa..dan aku..cuma cemburu pada masa lalu kau..Yang aku tau sikit pun tak pernah padam dari hati dan fikiran kau.Aku rase bodoh ade perasaan mcm ni cuma aku tak boleh nak elak.Maafkan aku.


Mood:  Tak ok. Rase nk panggil doreamon bawak pintu suka hati nak p jauh2 dari Mesia nie. 


Friday, April 22, 2011

Bila tak cukup kekuatan..

April 22, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Semakin hari semakin banyak dugaan yang diterima. Nak tak nak terpaksa juge tempuh. Macam2 masalah yg datang. keluarga, cinta,kawan2. Kadang2 rase mcm nk simpan semua masalah tu sendirian, daripada cuba cerita kat mereka2 tapi tak didengar, buat endah tak endah. Lagi bertambah rase sakit dalam hati ni. Sy tidak cukup kekuatan untuk hadapi dugaan ni bersendirian.. tapi takde siapa lagi yg boleh membantu, mendengar setiap masalah dengan ikhlas,jujur n tak buat muka bosan. Belum ade lagi. Yg ade cume dengar dan buat tak tahu je. Sedih, terkilan so simpan je la sorang2. Luah kat blog ni pun ok gak.. huhu..

Salah satu cara nak menaikkan semangat diri ialah dengan membaca kata2 semangat, kata2 hikmah n seumpamanya. Selalu jugak kot sy buat mende nih.. ^^


pic from google

Satu cara lagi cuba lihat kesusahan org lain, jadikan iktibar dalam diri kita.Baru kita sedar yg dugaan kita tidaklah sehebat mana pun berbanding dengan mereka2 yg lebih menderita..

p/s: pliz Syu, be strong!! ^^

Post Pilihan

randomposts

Followers