Monday, April 29, 2024

Masih di pejabat

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Hai semua..aku masih di pejabat lagi ni walaupun sebenarnya dah boleh balik. Ada beberapa tugasan penting yang perlu diselesaikan dan ada fail yang perlu disemak. Kalau boleh semua kerja yang belum siap tu aku nak siapkan segera supaya tak bertangguh. Bila dah bertangguh tu nanti rasa berat sangat bahu nak memikul, boleh sakit jiwa dan perasaan tau. Kadang-kadang rasa burnout. Tapi setakat ni aku masih boleh hadap lagi. Kalau kena marah atau ditegur, aku redha je.

Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan rakan sekerja dan bos yang baik. Bos aku pun bukan jenis reti nak marah-marah. Apa-apa kalau ada masalah, biasanya dia akan ajak berbincang. Team aku pun semuanya okay-okay, kalau diberi kerja mereka semua boleh buat dengan baik. 

Cuma kekangan kami dekat sini terlalu banyak kerja tetapi staff tak cukup. Tapi aku rasa situasi ni pun sama je dengan mana-mana Jabatan dan syarikat lain kan? Jadi apa-apa pun yang jadi, try untuk buat yang terbaik dalam kerja seharian kita. InsyaAllah, pahala dapat, ketenangan hati juga kita akan dapat.

Jadi untuk semua yang membaca post aku pada hari ini, aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan korang. Semoga apa yang kalian hajati akan tercapai, dan semoga segala dugaan dan ujian yang kalian tempuhi sekarang akan berakhir dengan kebaikan. InsyaAllah, Allah maha pengasih dan penyayang. Jangan lupa berdoa ya kawan-kawan (:

sampai sini dulu post kali ni, kita jumpa di lain waktu, InsyaAllah.

Bye korang!

6 comments:

  1. semoga Allah mudahkan semuanya.. ameeennnn

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan kak.

    ReplyDelete
  3. Dulu dekat tempat kerja lama, boleh balik lambat sebab rumah dekat tapi sekarang andai boss ada kerja tambahan, maaf boss saya kena balik sekarang, rumah saya jauh.

    ReplyDelete
  4. kalau bertanggung, datang kerja baru kita juga yang susah
    masa tu nak menyesal dah x guna...
    mmg silap sendiri...

    ReplyDelete
  5. kebanyakan tmpt mmg mcm tu jugak lah = kerja byk & tak cukup staff (company nak jimat rasanya kan?) tp tu lah yg terbeban & burnout kita yg pkerja bawahan ni lah :( moga dipermudahkan semuanya aminnn~

    ReplyDelete
  6. Dpt boss yg baik & office mate yg best2 pun..rezeki jugak..alhamdulillah

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers