Friday, August 26, 2011

Segmen:Diari Ramadan Anda

August 26, 2011
Assalamualaikum..
salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman ^_^

Hari ni nak join segmen by ZALIFA

Klik banner je okey :)
Due date 27/8/2011

Okey,cik Zalifa ada tanya beberapa soalan nie :

Baju raya pesen apa? warna apa?
Baju raye xde pesen2..hehe.cotton yg biase tu je.Ada dua pasang.RM50 sepasang beli kat nilai 3. Dua2 kaler hijau. Jimat dan sgt selesa. Actually kurung ni dibeli sbb nak bawak g kuliah je pun, n memandangkan raya da dekat, so buat baju raya la terus :) 

Antara sms dan kad raya yang mana jadi pilihan korang masa hari raya?
Okey.ini kenyataannya. Dulu memang suka pos kad raya bg kat kawan2. walau rumah kawan tu 5 minit jalan kaki pun boleh sampai, tetap nak pos kad raye gak ^_^. Sebab dulu setem 20sen boleh guna lagi.hee..lagipun masa tu xde handphone n facebook :) Pas zaman kad raya, zaman sms pulak dgn pantun 4 kerat la, kata-kata bunga bunga la, sbb dulu xde handphone yg ada mms.Zaman Sekarang ni jarang dah buat kedua mende tu. paling rajin pun cari pic raya kat google, edit sket,upload then tag kawan2 kat fb. ^_^ 

 Kuih raya kegemaran?
Dulu paling suka kuie almond landon sebab coklat ade banyak kan. pastu da muak n sampai sekarang rasa loya tgk almon landon. sekarang nie takde lagi kueh raya kegemaran, sebab tak suke makan kueh raya sgt la. tapi tart nenas pun ok kot. :)



k, till next entry :)

  





Day 4 - A photo that makes you happy.

August 26, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Sudah tiba hari ke4 dalam cabaran 10 hari 10 gambar.Klik di SINI



Dari kiri syaza,iqa,sy,nadia  :)

Gambar ni mengingatkan sy pade roomate mase study dekat uitm Lendu  dulu. Mereka roomate yg terbaik dan sempoi :). Sangat best duk sebilik dgn dorang nie. caring, sharing, tak kedekut, ramah, memahami dan best la.. mereka roomate terbaik yg penah sy kenal. kombinasi 4 org yg sgt sesuai. Almaklum lah sy ni selalu bertukar2 rumet kan, tapi antara yg bertukar nie..dorang yg terbaik :) Bile ingat dorang nie, rase hepi sgt2.

Sy dgn nadia jd roomate mase part 2, pastu iqa masuk join kami mase part 4 n syaza pulak join kami mase kami part5. Die part2 mase tu. Sebelum diorang join, org lain yg masuk bilik kami nie. mcm2 ragam kami jumpe. Akhirnye dpt jugak roomate yg sehati sejiwa.

Sekarang ni pun semua dah terpisah..Sy sambung degree di uitm s.alam, iqa ambil finance di uitm kelantan, nadia ambil hr di uitm kampus bandaraya melaka dan syaza masih di lendu sbb dia baru part4 skrg.Syaza amek akaun ^_^. Rindu sgt kat dorg ni :)


Thursday, August 25, 2011

Menang VCO dari Puan Bee

August 25, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah.. hasil usaha saya join kontest duit raya anjuran Puan Bee membuahkan hasil. Ramai jugak yg menang dan banyak hadiah yg diberi.Rezeki kan. :)

Dan, saya menang sekotak VCO :)
senarai pemenang,klik SINI

Wednesday, August 24, 2011

Tak perlu ramai untuk bahagia..

August 24, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Entah kali keberapa lagi sunyi ini kembali bertandang. .. siapa yg tahu isi hati kan? Sudah cukup bahagia rasanya berada disamping ibu,ayah,adik-adik dan dia. kawan2 itu ada. Dalam yg sedikit itu  tiada yg sanggup menangis bersama. Atau mungkin aku sahaja yg tidak sudi untuk menangis di hadapan mereka.Cukup sekadar keluarga dan dia saja yg menggembirakan, sudah cukup bahagia.. 

Monday, August 22, 2011

Segmen | Mari Beraya

August 22, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)

Harini hari ke 22 berpuasa. Maknanya ada 7 hari lagi sebelum tibanya aidilfitri :) jadi nak join segmen genkcorner nie ^_^.Klik je banner kat bawah tu ye :)






Di kesempatan ni nak ucapkan selamat berhari raya buat genk dan semua blogger yg terbaca entry ini :) Tak de kad raya yg dapat dipos, takda duet raya yg dpt diberi sebab masih belum mampu lagi..hehe ^_^. k, salam ukhwah,bye!




Sunday, August 21, 2011

Buat insan yg memberi harapan..

August 21, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua.

Buat insan yg memberi harapan, terima kasih kerana telah memberi aku semangat menghadapi hari2 mendatang. kepercayaan kamu buat aku rasa dihargai. Sokongan kamu buat aku lupa erti putus asa, terima kasih atas segalanya. Terima kasih.

297455_179496772123349_100001890827241_417154_775171_n_large
Tumblr_lq8m8z9upe1r0c441o1_400_large


Saturday, August 20, 2011

Ramadhan..

August 20, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semuanya.

Bagi yg muslim, bagaimana agaknya puasa anda hari ini.Bagi yg bukan beragama islam, semoga hari ini hari yg indah bagi kamu.

Sedar tak sedar, sudah sampai ke 10 mlm terakhir,malam lailatul qadar, malam yg dijanjikan syurga bagi mereka yg bertaqwa. Malam terbaik dr seribu bulan. Malam penuh keberkatan yg sentiasa dinantikan.Semoga malam-malam syurga ini dipenuhi dengan seribu kemanisan iman.

Indahnya bulan puasa.Walau letih tapi tak terasa.Walau dahaga tapi bersahaja. Marah juga cepat reda, ukhwah juga semakin mesra.. Keseronokan menanti berbuka setiap hari di rasa.Moreh yg enak dinanti selepas terawikh di surau. Kanak2 riuh rendah berlari dengan bunga api di tangan satu kemeriahan. Terimbau kembali zaman kanak2 yg tak mungkin berputar lagi.. akhirnya hnya mampu tersenyum sediri.

Semoga kita depertemukan lagi di ramadhan yg akan dtg..insyaallah..





Post Pilihan

randomposts

Followers