Wednesday, January 13, 2021

TTC Journey : Pengalaman IUI Pertama

January 13, 2021
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?
Berjumpa lagi dalam segmen TTC Journey Asyiqin yang terbaru. Chewah..hehe

Kalau korang nak baca Journey IVF aku yang lepas-lepas, boleh klik link ni : ASYIQIN TTC JOURNEY 

Pemanian Beradas (IUI)




Alhamdulillah, bulan lepas aku selamat menjalankan prosedur IUI. IUI ni dipendekkan dari nama panjangnya Intrauterine insemination (IUI). Nama dalam bahasa melayunya pula ialah pemanian beradas.

IUI merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan mengunakan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang kurang aktif.Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan ‘catheter’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku- http://www.myhealth.gov.my/


Sebelum buat iui ni, aku banyakkan dulu pembacaan dari internet dan youtube berkenaan prosedur iui ni, jadi bila doktor explain apa-apa, aku dah boleh faham serba sikit. Ok meh aku cerita.

Cantik kan bilik ni? Hihi kat sinilah tempat prosedur IUI dijalankan :p

CD2-CD6

Doktor bekalkan aku dengan clomid 100mg. Clomid ni bertujuan untuk meransang ovari untuk menghasilkan telur. Ubat ni perlu dimakan 5 hari berturut-turut dari hari kedua hingga hari keenam period. Aku makan pada jam 9 malam setiap hari. Oh ya, selain clomid, Dr prescribe juga Metformin untuk dimakan selama 2 bulan. Metformin  ni bertujuan untuk mengurangkan selera makan dan membantu menurunkan berat badan kita. Untuk makluman, BMI aku sekarang ni lebih dari 30. Jadi BMI berlebihan ni sebenarnya tak berapa cantik untuk buat rawatan kesuburan, kebanyakan doktor akan advise untuk cuba dapatkan BMI normal.


CD5

Harini ialah hari ke 5 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut. 


CD9

Harini ialah hari ke 9 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut.


CD12

Harini ialah hari ke 12 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor minta datang semula pada CD ke 15 untuk injection Hucog (Pecahkan telur)


CD15

Harini ialah hari ke 15 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor beri injection HUCOG 10000iu yang bertujuan untuk memecahkan telur keluar dari ovari untuk proses ovulasi terjadi. Beberapa jam selepas injection, aku rasa sedikit pening lalat, mungkin side effect injection tu kot. Tapi masih terkawal.


CD16

Jam 1.30 petang aku dan husband ke klinik untuk mengeluarkan sperm dan melakukan prosuder IUI. Selepas solat zohor, sperm dikeluarkan dan kami dipinta untuk datang semula pada jam 3.30 petang untuk proceed IUI. Fuh berdebar tau. ingatkan sakit rupanya takde rasa apa-apa pun. Proses IUI ni pun sekejap sangat dalam lebih kurang 5 minit. Lepas prosedur selesai, doktor suruh baring dulu dalam sejam baru bangun dan balik rumah. Doktor bekalkan aku dengan ubat Utrogestan iaitu ubat kuatkan rahim dan perlu dimakan 2 biji setiap hari selama 2 minggu. Otw balik rumah husband bawa kereta slow-slow je, sebab start harini sampai dapat result nanti kena jaga diri dan tak boleh nak lasak-lasak sangat. Doktor bagi MC 4 Hari dan aku sambung ambil cuti rehat selama 4 hari lagi.

Lepas selesai prosedur IUI, 
suami boleh datang teman sebab kita kena baring selama lebih kurang sejam dekat atas katil.

Dia pun ade tempat rehat tau. hehe

Buatkan milo panas untuk isteri. Thanks husband!


DPIUI 1-DPIUI 9

DPIUI tu ialah Day past IUI, iaitu hari selepas IUI dijalankan, kebiasannya Doktor minta kita cek UPT pada DPIUI ke 14. Dilarang cek terlalu awal sebab takut dapat false positif sebab kesan Injection masih ada lagi dalam badan. Injection pecah telur tu mengandungi hormon orang mengadung tau sebab nak bagi false alarm kat badan untuk berhenti pengeluaran telur. Tapi aku cek UPT dari hari pertama lagi dan setiap hari sebab aku nak tengok bila kesan ubat tu akan habis. Syok bila dapat UPT positif walaupun tak mengandung. hehe. UPT terang makin lama makin kabur sehingga tak dapat kesan langsung pada DPIUI 9.  Jadi kesan Injection HUCOG 10k pada badan aku bertahan selama 10 hari (Sejak hari pertama injection iaitu CD15)


Dalam tempoh masa ni, simptom-simptom yang aku alami (mungkin kesan ubat kot) ialah sakit belakang, krem macam senggugut berulang-ulang kali dan pening-pening. Tapi rasa dia just mild je, tak terlalu ekstrim.


DPIUI 14

Cek UPT dan Negatif. Hurm mungkin takde rezeki, aku redha.


DPIUI 18

Akhirnya period pun datang dengan jayanya... Mungkin belum rezeki kan, InsyaAllah Allah lebih tahu yang terbaik. Period kalini agak sakit jugak senggugut dia, dan badan panas. sekali lagi mungkin effect ubat. Takpe, belum rezeki lagi. Aku tahu aku dah buat yang terbaik jadi aku takde perasaan ralat tu. InsyaAllah usaha kami suami isteri tak akan pernah putus untuk mendapatkan zuriat sendiri. Mohon doa kepada rakan-rakan sahabat sekalian juga ya.







 

Sunday, January 3, 2021

2020 dalam kenangan

January 03, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Alhamdulillah, 2020 dah melabuhkan tirainya. Tahun 2020 ni rasa macam terlalu singkat kan? Tiba-tiba je dah habis dan dah masuk tahun 2021 pun sekarang.


Macam orang lain, aku pun nak juga coretkan perjalanan tahun 2020.

1. Sambut Anniversary sambil melancong ke Pulau Sabang, Aceh Indonesia

Anniversary ke-5 aku dan husband pada 24 Januari 2020,tapi kami sambut di Aceh pada bulan Februari 2020. Aku tak berkesempatan lagi nak buat entri trip ke Pulau Sabang ni. InsyaAllah kalau ada masa terluang nanti aku akan share.

2. Tawaran kenaikan Pangkat dan bertukar ke Jabatan lain.

Yang ni memang satu kejutan. Alkisahnya aku baru seminggu tukar unit, tapi tiba-tiba bos bagitahu aku dapat naikpangkat dan kena bertukar Jabatan. Dalam ramai-ramai kawan-kawan yang dapat, hanya aku je yang kena bertukar Jabatan. Pasal ni aku ade buat entri.Boleh baca kat bawah ni:

https://www.asyiqin.com/2020/08/dunia-baru.html

3. Jalan-Jalan lepas PKP di KL dan Melaka

Lepas PKP, bila dah boleh merentas negeri, sempat la aku dan husband pergi jalan-jalan dalam negara. Pergi dekat-dekat je pun. Yang ni pun aku tak sempat buat entri. hehe... InsyaAllah ada masa nanti aku share ye.

4. TTC Journey : IUI yang pertama

Bulan 12 kami buat IUI yang pertama. InsyaAllah tak lama lagi aku share pasal Journey TTC aku. Rindu nak bercakap pasal ni. Ujian yang tak kurang hebatnya bagi kami dan juga TTCians yang lain. 

Aku rasa cukup itu je highlght untuk 2020.. Untuk 2021 ni tiada apa yang aku harapkan melainkan kehidupan yang bahagia bersama orang-orang tercinta. Aminnn.. InsyaAllah..


Sunday, November 22, 2020

BTS (방탄소년단) 'Life Goes On - English Lyric

November 22, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Aku bukan peminat BTS, tapi aku suka lirik lagu ni. Sekali dengar terus suka. hehe.
Apa yang terjadi pun, hidup mesti diteruskan. Fighting!!

BTS (방탄소년단) 'Life Goes On' Official MV


BTS (방탄소년단) 'Life Goes On' English Lyric

One day, the world stopped
Without any warning

Spring didn't know to wait
Showed up not even a minute late

Streets erased of footprints
I lie here, fallen to the ground
Time goes by on its own
Without a single apology



It looks like rain again today
I'm soaked to the bone
Still won't stop
Running faster than that cloud of rain
Thought that'd be enough

Guess I'm only human after all
I'm in a world of pain
This cold that the world gave me
Prompts me to press the dust-covered rewind
Dancing off-beat lying on the ground

Once winter comes, let's exhale a warmer breath


There's no end in sight
Is there a way out?
My feet refuse to move, oh
Close your eyes for a moment
Hold my hand
To the future, let's run away


Wednesday, November 18, 2020

Entri dalam train

November 18, 2020
Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk semua.


Harini aku menaip dalam train dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Agak terkial-kial juga sebab tak biasa kan. Nak adjust alignment camne pun aku pening ni. Haha. 
 

Putrajaya-KL 

Fuhh. Dari awal Julai aku dah merentasi daerah tau. Banyak belanja dan kos untuk pergi balik kerja sahaja.

Pass bulanan ERL : RM350.00
Pas bulanan Rapid : RM30.00

Dua-dua pas ni pun sempena harga promosi sampai hujung tahun je tau. So lepastu akan kembali ke harga asal yang tentunya lebih mahal lagi. Memang kena berjimat lah. 

Okay, dah nak sampai destinasi. Nanti aku mengarang lagi ye. Bai, Assalamualaikum.

Monday, November 16, 2020

Skim Wilayah bebas berniaga - Permohonan lesen online Putrajaya

November 16, 2020
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

PERMOHONAN PENJAJA SEMENTARA PUTRAJAYA 6 BULAN (NOV 2020 - APRIL 2021)


Selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr. Annuar Musa pada 10 November 2020 mengenai Wilayah Persekutuan Zon Bebas Berniaga, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan ini membuka permohonan kepada Penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B).



DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DISINI  

Putrajaya         :  https://bit.ly/38AzkAI

Borang yang lengkap diisi bolehlah dihantar ATAU emel kepada :

Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya atau EMEL : anita@ppj.gov.my

📞: 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231

➡️Perniagaan boleh  bermula mulai 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa 6 bulan berkaitan.


Post Pilihan

randomposts

Followers