Friday, December 2, 2022

Nasib baik tak punch card lagi

December 02, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Harini ada kejadian yang agak lucu. haha

Kisahnya tadi aku siap-siap nak balik dah. Confident betul siap bawa bag and siap pakai kasut. Nak dekat sampai punch card aku tengok jam, rupanya aku terawal sejam. hahahahaha. Tak sedar diri datang lambat nak balik awal. Nasib baik masa kejadian tu xde siapa perasan, sebab yang lain dah balik. Memang yang lain jenis datang awal. aku je yang lambat. isk

So duduk balik dan kita menaip kat blog ni sampai waktu balik. Alhamdulillah kerja-kerja harini semua dah selesai. syukur.

Minggu depan kalau takde aral, office kami akan berpindah ke Putrajaya. Alhamdulillah dekat sikit dengan rumah. Takdelah aku datang lambat lagi nanti. Actually bukan lambat pun, masih dalam range waktu bekerja. Waktu bekerja jam 9.00 pagi dan aku biasanya sampai office jam 8.40 macamtu. Takut ada yang salah faham better aku tulis siap-siap dekat sini, walaupun aku tahu takde siapa baca blog ni. tu yang tulisan tatabahasa semua ni main hentam je hehe..

Aku nak hidupkan balik blog aku ni. Sayang kalau takde pengisian. Dahla tiap tahun kena renew domain.Walaupun trend sekarang ni mostly dekat short video macam tiktok tu, tapi blog ni masih relevan bagi aku. Aku perasan juga mostly blogger yang ramai follower di blog masing-masing tapi dekat tiktok tak ramai pun follower dengan viewer, tu sebabnya mereka punya engagement dekat blog tu lebih lagi. Orang kenal melalui blog, tiktok pula dikuasi oleh budak-budak muda yang ada banyak masa dan kreatif.

Tabik betul aku dekat orang yang dah ada keluarga besar, bekerja dan masih ada masa nak menulis blog. Aku ni membaca pun macam dah malas, apatah lagi nak menaip. sebab tu dalah tahun 2022 ni, baru ada 3 entri termasuk entry ni. hurm

eh tiba-tiba membebel kan, tadi nak cerita pasal nak punch card je. haha.. Ada lagi 40 minit sebelum balik. Aku nak buat kerja lain pulak.  ok korang, kalau ada yang baca blog ni, aku doakan korang semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan Allah selalu. Assalamualaikum, ada rezeki jumpa lagi.. 


Tuesday, November 29, 2022

Healing

November 29, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Apa khabar? lama sangat dah rasanya aku tak update blog. Untuk tahun 2022 cuma ada satu entri, itupun lirik lagu. 

Tahun 2022
Tahun yang agak berat bagi aku. Berat dari segi ujian, dugaan dan perjalanan hidup aku. Di mana aku mula sedar tentang betapa pentingnya menjaga privasi untuk setiap perkara. Tak semua benda kita boleh cerita sebab tak semua orang akan pandang dari perspektif yang sama.

Ujian mematangkan diri kita. Buat lah sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. Kata kuncinya, sabar. sabar. sabar.

Jika kita sabar dan berserah pada Allah, insyaAllah ada hikmahnya nanti. Jangan pernah putus asa atas segala apa yang menimpa kita.

sampai sini dulu, jumpa lagi.











Wednesday, February 9, 2022

Seindah Sabar

February 09, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


 




seringkali kita tertanya
mengapakah kita diuji
silih ganti

tak berhenti
kadang kala tak terdaya

ada waktu kita tak mampu
ada waktu kita keliru
kita rebah
meratapi nasib
bangkitkan semula harapan kepadaNya



musibah itu hikmah


sabarlah menempuhi dugaanNya
ujian itu pengajaran
untuk kita renung kembali
dimanakah letaknya keimanan

fikirlah sedalamnya wahai insan


muzibah itu hikmah


cukup Allah bagiku
sebaik-baik pembantu

khabarkan berita gembira
bagimu syurga
bagimu syurga
baginu syurga


Saturday, October 30, 2021

Oktober 2021

October 30, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Hi! Hello Oktober ;p

Dah lama tak menaip dekat blog...Lately agak busy dengan macam-macam hal, which is hal kerja dan juga personal stuff. 

Oktober is my birthday months!
Happy birthday myself.. semoga terus kuat menghadapi hari-hari mendatang. 32 years now sekelip mata je. Cepat betul masa berlalu. Semoga bisa membahagiakan orang-orang yang aku sayangi.. Aminn

Actually dalam kepala aku banyak sangat benda..tapi biasalah, siapa yang kenal aku akan tahu, aku tak mudah nak luahkan dekat sesiapa. even in social media.

but whatever it is, im happy (:






Tuesday, September 14, 2021

Friday, June 11, 2021

Pengalaman temujanji dan Side Effect selepas mendapatkan Vaksin Astrazeneca

June 11, 2021
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Pada 25 Mei 2021 2021, aku dan suami ke PWTC Kuala Lumpur untuk injection vaksin Astrazeneca. Individu yang berhasrat untuk mendapatkan vaksin, perlu mendaftar di dalam applikasi mysejahtera terlebh dahulu sebelum tarikh temujanji ditetapkan. Untuk aku dan suami, kami merupakan first batch penerima vaksin Astrazeneca sukarela yang dibuka untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur pada pendaftaran pertama bulan April 2021 tempoh hari. Masa tu agak senang nak tempah slot temujanji vaksin sebab website tak jammed sebab belum ramai yang berminat untuk mendapatkan vaksin macam sekarang ni.




Tips penting! 

Sebelum ke tempat pemberian Vaksin, perlu ingat beberapa perkara ni.
1. Makan dulu siap-siap kat rumah, takut nanti takde tenaga pula.
2. Bawa IC atau passport (bagi bukan warganegara)
3. Pastikan handphone ada bateri. Bawa la powerbank siap-siap. Sebab kita kena sentiasa buka applikasi mysejahtera.
4. Bawa pen sendiri! Nanti kena isi beberapa borang. 

Proses suntikan Vaksin di PWTC

Temujanji kami pada jam 9.00pagi. Suasana smooth je walaupun ramai orang yang sama tarikh dan masa temujanji dengan kami. Pihak polis memang sangat membantu dalam mengawal crowd dan perjalanan masuk dan keluar orang daripada pusat pemberi Vaksin ni.

Proses dia tak lama pun, dalam sejam dah siap semua. Sebelum injection tu, akan ada sesi consultation dengan yang pakar dulu. Untuk perempuan Doktor akan tanya adakah sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil. Bila aku nyatakan aku dalam proses TTC dan berhasrat untuk menjalankan proses IVF tahun ni, Doktor nasihatkan untuk tunggu 3 bulan selepas pemberian vaksin dos kedua. Maksudnya dalam awal tahun depan baru boleh start semula perjalanan IVF aku. Tapi okey jugak, ada masa aku nak turunkan berat badan. Alhamdulillah...

Masa doktor nak inject tu, dub dab juga rasa hati ni, tapi rupanya langsung tak rasa apa pun even macam kena gigit semut tu pun tak rasa.. memang tak rasa apa! tahu2 dah siap. haha.. Selepas injection, kita akan ditempatkan di ruangan observation untuk pemantauan selepas injection, dalam 15 minit or lebih, masa tu kalau ada rasa apa-apa yang teruk kena inform petugas cepat-cepat. Alhamdulillah aku dan suami okey je..

Selepas selesai first dose, kita akan dibekalkan dengan satu kad. Kad ni perlu dibawa bersama semasa temujanji second dose nanti.

Kesan selepas suntikan Vaksin AstraZeneca

Dalam perjalanan balik rumah, aku dah start rasa berdenyut-denyut kepala dan pening, Rasa nak mual pun ada. Balik rumah je badan dah start rasa panas-panas dan petang tu dah demam panas. Memang berselubung dengan selimut je. Badan rasa seram sejuk. Kejap sejuk, kejap panas. Tempat suntikan tu pun rasa sakit dan bengkak. Aku demam dekat 2 hari juga tau. Demam yang memang demam sungguh la. Tak larat nak buat apa pun. Tapi side effect setiap orang lain-lain jugak, macam husband aku, dia just sakit badan sikit dan lenguh dekat tempat yang disuntik je. 

Untuk makluman, sekiranya ada side effect lepas injection, perlu update dalam mysejahtera tau, supaya pihak KKM boleh membuat pemantauan. Sekiranya side effect teruk sangat, kena terus call talian kecemasan 999. Ni contoh yang aku update dalam mysejahtera: 




Second dose nanti selepas 3 bulan dari first injection. Semoga dengan pengambilan vaksin ni dapat mengurangkan kebarangkalian untuk kita dijangkiti dan menjangkiti wabak Covid-19 ni. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga dengan ikhtiar ini, kita semua terhindar dengan bahaya Covid-19. InsyaAllah..amin..

#kitajagakita







Post Pilihan

randomposts

Followers