Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Jodoh apakah sudah ditentukan?

June 29, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua pembaca yg budiman :)

credit to google

Hari ni nak bercakap tentang jodoh. Maaflah, bukan pandai sgt, tapi cume nak beri pendapat la sikit2 kan. Jodoh memang da ditakdirkan dan dah tertulis untuk kita kan. Rasulullah SAW telah bersabda:

 “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  

Walaubagaimanapun kita memang digalakkan berusaha mendapatkan jodoh yang baik untuk kebaikan masa depan, dunia dan akhirat. Tanpa usaha, susah untuk kita dapat yang terbaik. betul kan? Setiap orang mahukan pasangan yang sempurna dan boleh berikan kebahagiaan bagi mereka. tapi mana ada manusia yang sempurna dlm dunia ni. 

Pasangan bercinta mahu kekasih yang dipuja siang dan malam menjadi teman hidup mereka di masa depan. Tapi siapa tahu masa depan. Takde sape yg boleh mentafsir masa depan. Sebab tu ramai pasangan yang bercerai berai, gantung tak bertali, rumah tangga yang berpecah belah. sebab mereka tak tahu masa depan mereka. xde sefahaman, xde kata sepakat yang terbaik. Dan akhirnya perpisahan sebagai jalan terakhir. 

Jadi tepuk dada, tanya hati. Memang kita tak tahu masa depan, tapi kite boleh merancang untuk hadapi masa depan dan cabaran serta halangan berumah tangga bersama pasangan kelak. Alahai, macam simpan duit dalam akaun khas tiap2 bulan untuk persediaan menghadapi segala kemungkinan berlaku kecemasan. Macam tu lah bila nak melangkah ke alam rumahtangga. Pastikan diri sendiri dan pasangan sudah bersedia mental dan fizikal dan ada sumber kewangan yang mencukupi. Yelah, salah satu faktor penceraian yang paling banyak sekarang sebab masalah kewangan kan2. ^_^

Dan selepas berpisah pulak. jangan salahkan siapa2. Menangis air mata berdarah sekalipun keadaan tak akan berubah. Mungkin orang itu bukan yg terbaik untuk kita, dan kita bukanlah yang terbaik untuk orang tersebut.  Mungkin dah ditetapkan orang tersebut bukan untuk kita sampai mati.Bukan kepunyaan kita selama-lamanya. Berhenti ceritakan keburukan tapi kenanglah kebaikan yang pernah dia buat kat kita.Mesti kita akan rasa lega kan. Dan di sana tuhan sudah tetapkan pasangan lain yang secocok untuk kita.Hanya dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita kan? Jadi banyak kan berdoa,usaha dan tawakal. Semoga kita bersama dikurniakan jodoh yang baik dan keturunan yg soleh dan solehah.




Berbalik pada video di atas. Pada pandangan sy lah. Salah sebenarnya berdoa macam nie. Sebabnya kite mendoakan keburukan pada yang lain. Mendoakan supaya dihancurkan kebahagiaan orang lain perbuatan yg dilarang mana2 agama kan. Jadi jangan buat mcm nie. Redha dengan pe yg da tertulis untuk kita. Terima dengan hati yang terbuka. Insyaallah di sebalik keperitan ade kemanisan yang tersembunyi. 

k,till next entry ya :)

Monday, March 7, 2011

Untuk mereka yang menyayangi :)

March 07, 2011
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca





credit to google

Setiap org pasti ada perasaan menyanyangi dan ingin disayangi. Sayang yg hendak sy bicarakan disini ialah perasaan sayang sesama manusia. Setiap org di dunia pasti ada rasa syg pada seseorang, tak kira lah ibu bapa, adik beradik, kawan, teman hidup mahupun kekasih hati. ^_^

Perasaan sayang,cinta, suka akan datang tanpa kita sedari. Kita akan sukakan seseorang andai mereka baik dengan kita, kita mungkin sayangkan seseorang disebabkan kita senang dengannya. Dan tak mustahil untuk jatuh cinta disebabkan kita mempunyai rasa sayang padanya. Berhati-hati lah untuk menyanyangi seseorang, kerana perasaan sayang itu pasti membuahkan harapan yg sgt besar dan tidak mustahil juga ada hati yang akan terluka di kemudian hari.

Bila kita sayangkan seseorang, pasti kita akan cuba lakukan yg terbaik pada mereka, tidak sesekali sengaja menyakiti hati mereka, tidak pentingkan diri sendiri dan berusaha untuk menyenangkan hati dan perasaan mereka. Menyanyangi seseorang beerti kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keraguan kepada mereka.Itu lumrah manusia. Dan pasti juga orang yang kita sayangi akan pernah menyakiti hati kita.walau mereka sedar atau tidak. Mereka juga manusia biasa dan tak lepas dari kesalahan dan kesilapan.

Belajar lah untukmenyintai kelemahan mereka. Itu buat mereka rasa dihargai. Jangan sesekali membanding-bandingkan pasangan dengan insan lain yg mungkin pernah bertakhta di hati kita suatu masa dahulu. Itu pasti akan melukakan Senyuman yang manis tidak beerti tiada luka dihati. Ya, memang Setiap manusia berbeza, tapi mereka mempunyai perasaan.

Jujur. Itu yang paling penting. Andai sudah hilang rasa sayang, berterus terang lah kepada mereka. Memang sangat pahit untuk mereka terima, tapi itu lebih baik daripada mereka mengetahui sendiri. Itu boleh menimbulkan rasa benci. Pasti kita tidak mahu menambah bilangan orang yg membenci kita. J

Bersedia lah untuk melepaskan orang yg kita sayang pada pilihan mereka, pasti mereka lebih bahagia dgn keputusan mereka. Itu juga menunjukkan yang sebenarnya mereka tidak layak untuk kita. Pasti ada seseorang disana yg lebih baik telah ditentukan untuk kita.


Sekian.
p/s: Sekadar berkongsi rasa. Tiada kaitan dgn penulis ye ^_^

Sunday, February 27, 2011

Thursday, November 18, 2010

Gadis2, kasihanilah ayah anda :)

November 18, 2010

Salam,hye. hari ni nak ongsi entri ni untuk gadis2 di luar sana. tau x sebenarnye siapa yg tanggung dosa kite selama ni. meh2.. nk tau lebih lanjut bace sampai abes k. sgt penting ni !!

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Jadi bg gadis2, kasihani la ayah anda, sbb seorang ayah perlu menanggung dosa sendiri, dosa ibu kita, dan dosa anak2 gadis sehingga mereka berkahwin. berat betul tanggungan seorang ayah.so, kalau ayah2 marah2 anda sbb pakai baju yg sendat mendat, atau ape2 perkara lain. tolonglah faham. tolongla ringankan beban yg ayah kite tnggung. renung2kn dan selamat beramal!! hehe ^_^


Kanak-kanak
Lelaki : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.
Perempuan : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.

Bujang (baligh)
Lelaki : Tanggung dosa sendiri.
Perempuan : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.

Berkahwin
Lelaki : Tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang belum baligh. BERAT BUKAN?!
Perempuan : Dosa suami (lelaki) yang tanggung.

Tanggungjawab
Lelaki :Hukum menjelaskan anak LELAKI perlu bertanggungjawab ke atas ibunya. Berdosa baginya jika tidak menjalankan tanggungjawab terutama anak lelaki yang tua.
Perempuan : Hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Buat jahat, dosanya ditanggung suaminya.


  • Auratnya lebih sukar dijaga berbanding lelaki
  • Perlu izin dari suami apabila mahu keluar tetapi tidak bagi lelaki
  • Saksinya kurang berbanding lelaki
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  • Wajib taat kepada suaminya
  • Talak terletak di tangan suami bukan isteri
  • Kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas


1)Perempuan wajib taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

2)Perempuan menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Tetapi Lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan harta itu untuk menyara isteri dan anak.

3)Lelaki wajib memberi nafkah kepada isteri, tetapi tidak bagi isteri. Namun begitu, isteri boleh membantu meringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri apatah lagi menggunakannya tanpa izin.

4)Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

indahnya senyuman mu

November 02, 2010
senyumlah syg..
senyuman mampu jadi ubat yg mujarab..
penawar luka di hati..
pengubat rindu di hati..
1001 makna kegembiraan..
senyumlah..
senyum k???





senyuman menceriakan kehidupan..
.
.
.
.
.
.

...kuasa senyuman...

hati yg keras dapat menjadi lembut,
permusuhan dapat diperselesaikan..
dengan ikhlasnya senyuman kedamaian..

jadi senyumlah..

Friday, September 24, 2010

contact lense

September 24, 2010
Assalamualaikum..
salam sejahtera buat semua :)

Ini cuma pendapat, pandangan berdasarkan pengalaman. kalau salah, harap maaf.



hye, hari ni nk cerita pasal contact lense yg saye pakai. sy bukan pakar dlm bab2 contact lense. tp sebab dah pakai selama dekat 3 tahun ni, so tau la sikit2.

first contact lense yg sy guna ialah brand Baush &Lomb. CL ni clear, xde warne pun. Dalamnye 3 pasang untuk tempoh waktu 3 bulan.Brand ni memang sangat best. satu kotak nie cuma RM50. Sy pakai yg ni smpai sekarang (:


Brand yg keedua sy guna ialah Freshlook. harga RM60. saje nk tuka kaler kat mata, sy amik color yg brown. tp x berapa best sgt pakai brand nie. die sgt nipis dan senang terkoyak. lgpun mata cepat kering. kena selalu titis solution eyemore tu kat mata.leceh la. dalam ni cuma ade sepasang dan bole gune sampai sebulan sahaja. tepat2 sebulan CL yg sy pakai nie dah koyak.so, beli yg lain lah.




Brand yg ketiga sy guna ialah Blincon. sy guna yg sexy grey. brand yg nie pun best, sbb sepasang dia tahan sampai 3 bulan. CL nya sangat cntik. harga RM80. Tapi sekarang murah dahh..


brand yg ke-4 sy guna ialah biomedics 55. Contact Lense ini adalah contact lense yg paling bagus dan paling selesa yg saya pernah guna. sejuk je mata guna. jarang kering, sebab 55% kandungan dalam nye adalah air, dan membolehkn oksigen dalam mata dan buat mata jd segar. satu kotak ada 3 pasang dan sepasang tahan untuk sebulan. oleh kerana sekarang sy dah sedar yang warna mata asal itu yg terbaik, jd malas dah nk beli CL bewarna. yg ni natural. xde warna, tp sangat selesa. sesuai sgt untuk mereka yg baru nk cuba2 guna CL, cubalah brand biomedics ni. sangat berbaloi. harga RM60 sekotak. Tapi jarang kedai yg ade jual brand ni :(




tapi diingatkan kepada mereka2..jgn beli secara o9.  beli lah di pusat2 pakar mata atau di kedai yg menjual spek mata mcm England Optical Group, Focus Point, axis dan lain-lain. harga contact lense sama je kat mane2 kedai tuh, Tak percaya la beli beli contact lense online. Kita nak pakai kat mata kan, so kene beli and jaga elok2..


Till next entry

Post Pilihan

randomposts

Followers