Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Ibu, kau lah segalanya.

May 13, 2012
Assalamualaikum.

Bagi sy, hari hari adalah hari ibu, sebab sayang saya pada ibu tidak mengira waktu. Ibu ada di saat saya susah dan senang. ibu ada di mana mana dalam hati saya. Walau selalu jauh, sy tahu ibu sentiasa dekat dengan saya.Your love make me warm, make me inspired to survive.  i love you ibu. i do and always do. 



Saturday, April 28, 2012

Saturday, December 3, 2011

Now, you can call me auntie syiqin :)

December 03, 2011
Assalamualaikum.

Yup. sekarang i da jadi makcikkk. Kak Nisya da selamat bersalin siang tadi. Baby boy. Nama pun xtau lagi. sukenyeee ade baby. Lame dah x pegang pegang baby neh!


updated 7/9/2012


Ahmad Alif Zikri dah 9 bulan ^_^









Saturday, October 22, 2011

Rumahku, syurgaku,inspirasi.

October 22, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Ye,dari semalam lagi dah ada kat rumah. Memang hati ini sngat2 meronta ronta nak balik rumah. Walaupun selalu balik rumah, tapi tetap nak balik. Memang hari hari rasa rindu pada ibu ayah adik2 n adik2 angkat yg comel2 tuh. Ada jugak yg bising2 cakap aku selalu balik rumah. Kononye aku lah anak manje, konon aku lah itu ini itu ini. Awatnya, hang jeles ka? huhu..Hey, salahke seorang anak nak balik rumah orang tua?  

Selagi mereka masih bernyawa, selagi aku masih berakal dan masih mengenali mereka, dan selagi aku mempunyai banyak masa terluang sbb aku ni student, selagi itu aku akan balik rumah jumpa ibu ayah n adik2. Bukan lah balik nak peluk2 n tatap mereka sgt, tapi bila dgr riuh rendah adik2 bergaduh di rumah, dengar suara ibu n ayah yg bising2 kejutkan untuk solat subuh di waktu pagi, kena marah dgn ibu sbb lambat jemur baju kat ampaian,  makan makanan yg ibu masak, dan bila malam ayah bawak kami berjalan2 kat dataran, rase sayu sgt. 

Suasana seperti ini dah jadi kebiasaan. Dan aku risau bila kebiasaan seperti ini tiada lagi nanti. Sbb tu aku x kisah nak balik rumah selalu. Sbb kebiasaan ini kadang2 boleh buat aku termenung, boleh buat aku tersenyum dan boleh buat aku menangis sendiri bila jauh dari mereka. Dan aku bersyukur walaupun aku tiada dgn mereka, tapi aku dekat. Masa diploma dulu kat alor gajah, n sekarang kat shah alam. Bila stress dgn study, aku boleh terus balik rumah tanpa berkira soal masa dan tiket bas yg harus dibeli seminggu awal mcm kawan2 yg lain yg duduk jauh di utara dan timur tanah air. 

Lagipun org tua tua dulu cakap, kelakuan kita hari ini akan sama mcm kelakuan anak2 kita nanti pada kita kan. Nanti bila dah kawin dan ada anak, mestilah aku nak anak2 selalu balik melawat aku kat rumah. heee..

 Walaupun ramai yg berkata kata,aku gembira begini, sebab dari rumah lah datangnya inspirasi aku untuk terus berusaha dan berjaya. :)

Sunday, October 16, 2011

rindu adik laaa :)

October 16, 2011
Assalamualaikum.

Alhamdullillah, hari ini aku masih sempat lg bernafas dibumi tuhan. isnin lepas, genap sudah usia 22 tahun.  Gembira entah kenapa, mungkin terasa diri ini sudah sedikit matang untuk menghadapi hari hari yg sukar. Rasa lansung tidak berkecil hati walaupun ramai yg lupa tarikh itu. Terharu bila adik nyanyikan lau besday aritu.. haha.. rase macam nk peluk je die kuat2. ^_^. comel sgt. siap die ckp " kau ingat aku lupe ke kak besday kau ha. aku tau lah besday kau arini." Hehe..





Friday, September 2, 2011

Sedikit tentang raya

September 02, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Selamat hari raya aidlilfitri buat semua. Best tak raya? best tak jumpe saudara mara n kawan2 di hari raya ni? Best kerr.. =.="

Rasenye raya tahun ni paling bosan dari yg biasa. Paling tak meriah. paling tak best. Raya kat Nilai ni je pun. Sedara mara yg sporting bape kerat je sangat. Ada yg menjauhkan diri, dah tak nak campur n bergaul dengan sedara mara yg lain. Ingtkan bile masing2 dah besar, dah boleh berfikir secara waras. Ini tidak. dah tak nak bercampur dgn sedara mara kt sini.Bila nenek dgn atuk dah takde, masing2 jadi cmni lah.  Lantaklah kau labu. geram aku!

Raya tahun ni tak best sebab xde pic byak2. yelah, dah suasana tak best, mestilah nak snap pic pun xde mood kan kan..huu..tapi sebenarnye ok je..tak tau lah nape emo sangat hari ini. Ntahlah.

Adik sakit. Asik ke tandas je raya nie. kesian kat dia.Keracunan makanan agknye. Salah satu sebab juga kenapa mood raye tahun ni xde. Sebab tengok adik tak ceria. Hilang keceriaan diri ini sekali. Hurm. tah la. tak tau la.Lagipun zaty dah nak balik poli esok. sekejap je dia cuti.

Walaupun aidilfitri kali ni rase agak berlainan sekali,Tapi selagi keluarga ada di sisi, selagi itu aidilfitri tetap bermakna..





Monday, October 11, 2010


Post Pilihan

randomposts

Followers