Friday, March 18, 2011

his wedding :)

March 18, 2011
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua :)

Dah lame sgt tak update blog. Ade jugak yg suruh update.  -.-'  mane la mereka tau kan pasal kewujudan blog tah hape2 nie. Tekejut gak dorang aritu tibe2 suh update blog. Rupa-rupanya dorang intai2 blog nie dlm diam ehh.. kan da kantoi.. ehehe  ^_^

*****
Sbtu n ahad sy 1 family p penang n kedah. Sbb ade majlis pernikahan angah kat jitra. Dah die dapat jodoh dengan orang jauh kan..tahniah la. So far kenduri kat rumah belah perempuan berjalan lancar, cuma xde kompang dengan bunga manggar.. Tapi simple dan sgt meriah~  Heheh.. suke la Encik Mazlan n Puan Maskinah dpt menantu dalam usia yg belum cecah 50 pun lagi. Ayah baru 48 and ibu 46 ^_^.








p/s: minggu depan 27hb majlis di rumah sy pule. jemput dtg ramai2 k.. 
      (mcm kau lak yg nk kawen kan syu kan .. :p )





minggu yg cantek :)

March 18, 2011
Sepanjang minggu nie dan miggu2 sebelumnye, mmng byk sgt perkara yg berlaku. Minggu lepas selama 1 minggu kami satu fac xde kelas, sbb ada midterm exam. Time nie lebih kurang sama cam dalam final exam. Menjawab soalan2 test secara serentak. Semua sama, cuma bezanya beg xpyh letak luar dewan :p

****
Pagi isnin dalam pukul 4 pagi, sy dah sampai kat s.alam. Sy suh ayah anta sy kat s.alam mase dlm pejalanan balik dr kedah. Kebetulan satu laluan kan. Itu pun sebab sy ingatkan ade test CTU pagi2 kul 8.30 tuh. So, sampai2 bilik je terus tido. Dalam kul 7.30 eja dah bising suh bangun. p klas ke tak katenye. Dalam mate yg mengantuk mamai2 tu p la kat klas. 


Tapi dgn selambenye ustaz ckp 'ok kite mulakan kelas sekarang, sy xnk wat test arini. terpulang lah pada sy nk wat test mnngu depan ke, mnggu lagi satu ke o mnggu sebelum final.' 


HAaaaaaaaaaaaaaaaa... memang rase nk menangis je kat situ. mase ustaz mangajar kat depan, bape kali daa sy kuar kelas. ngntuk. duk lepak jap kat luar amik angin.. ustaz x pasan kott..haha.. Ni sume ngntuk nye pasal. Maaf Ustaz. 

****
Pas klas CTU, tibe2 dorang cakap ptg tu ade test law plak. Haa..dalam hati gelabah la kan sbb kat kedah mmng tak bawak buku law pon, Tak expect pon ade test law mnggu tu. Tapi alhamdulillah la juge mase dlm kelas tutorial tu ramai yg pujuk puan mimi suh tunda test tu. Akhirnye test ditunda next week. Syukur sgt2. haha. Tapi my rumet protes laa sebab dorng da study awal2 n da menghafal cases2 law tu sume..huhu

****
Semalam, ade budak tu jatuh longkang. Malu3...tu la, jalan laju2 tak pandang bawah. naseb bek tak ramai orang kat situ. sampai sekarang rase lg sakit kat lutut nie. Berdenyut2. Nasib bek semalam Eja da bg minyak panas. Sapu2 kat situ rase lega la sikit.. Walaupun mlm semalam da dpt mkn mcD ngn encik Iqbar, tp rase sakit kat lutut tetap berdenyut2. Awak x pasan ke sy jalan slow2 nk cover sakit lutut tu??huhu.. Tp xpe, rase di hati da berbunga2,itu yg penting. 

haha..dah semakin mengarut. so stop kat sini. bye2 korang! 

p/s: mesti seronok budak berdua tu kat kg. jeles2 :(

Tuesday, March 8, 2011

Monolog

March 08, 2011
Assalamualaikum..

Bangun di pagi hari..
menaip post tah hape2 dalam blog. 
Tgh tggu air panas masak,nk bancuh nescafe, nk smbung study.
Ade midterm tuk quality Manangement and Public relations.
Gud luck Syuhada!!

Selamat berjuang pada yg ada exam mcm sy :)



p.s: Bermonolog di tgh pagi.. +.+'

Monday, March 7, 2011

Untuk mereka yang menyayangi :)

March 07, 2011
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca





credit to google

Setiap org pasti ada perasaan menyanyangi dan ingin disayangi. Sayang yg hendak sy bicarakan disini ialah perasaan sayang sesama manusia. Setiap org di dunia pasti ada rasa syg pada seseorang, tak kira lah ibu bapa, adik beradik, kawan, teman hidup mahupun kekasih hati. ^_^

Perasaan sayang,cinta, suka akan datang tanpa kita sedari. Kita akan sukakan seseorang andai mereka baik dengan kita, kita mungkin sayangkan seseorang disebabkan kita senang dengannya. Dan tak mustahil untuk jatuh cinta disebabkan kita mempunyai rasa sayang padanya. Berhati-hati lah untuk menyanyangi seseorang, kerana perasaan sayang itu pasti membuahkan harapan yg sgt besar dan tidak mustahil juga ada hati yang akan terluka di kemudian hari.

Bila kita sayangkan seseorang, pasti kita akan cuba lakukan yg terbaik pada mereka, tidak sesekali sengaja menyakiti hati mereka, tidak pentingkan diri sendiri dan berusaha untuk menyenangkan hati dan perasaan mereka. Menyanyangi seseorang beerti kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keraguan kepada mereka.Itu lumrah manusia. Dan pasti juga orang yang kita sayangi akan pernah menyakiti hati kita.walau mereka sedar atau tidak. Mereka juga manusia biasa dan tak lepas dari kesalahan dan kesilapan.

Belajar lah untukmenyintai kelemahan mereka. Itu buat mereka rasa dihargai. Jangan sesekali membanding-bandingkan pasangan dengan insan lain yg mungkin pernah bertakhta di hati kita suatu masa dahulu. Itu pasti akan melukakan Senyuman yang manis tidak beerti tiada luka dihati. Ya, memang Setiap manusia berbeza, tapi mereka mempunyai perasaan.

Jujur. Itu yang paling penting. Andai sudah hilang rasa sayang, berterus terang lah kepada mereka. Memang sangat pahit untuk mereka terima, tapi itu lebih baik daripada mereka mengetahui sendiri. Itu boleh menimbulkan rasa benci. Pasti kita tidak mahu menambah bilangan orang yg membenci kita. J

Bersedia lah untuk melepaskan orang yg kita sayang pada pilihan mereka, pasti mereka lebih bahagia dgn keputusan mereka. Itu juga menunjukkan yang sebenarnya mereka tidak layak untuk kita. Pasti ada seseorang disana yg lebih baik telah ditentukan untuk kita.


Sekian.
p/s: Sekadar berkongsi rasa. Tiada kaitan dgn penulis ye ^_^

Tuesday, March 1, 2011

Gangguan :(

March 01, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera pada semua pembaca :)

Sedikit luahan perasaan yg agak menjengkelkan. Maaf.

Esok sy ade test untuk subjek public relations.Ada 4 chpter untuk test. Tapi satu chpter pun belum selesai lagi. Masih belum ade mood untuk study. Tadi dah cuba untuk study, tp tetap x boleh . Org yg janji untuk temankan sy study pun hilang tah ke mane. Agak terkilan tp nk buat mcm mane kan. =( 

Sy xnk buang masa. Saya nk start study.Tp fikiran berkecamuk,Hati melayang tah ke mane. Mcm mane nk studi dlm keadaan mcm nie. Selalu jadi mcm nie. Sy kecewa dgn diri sendiri. Susah betul diri ni nk berubah. Berubah untuk cuba kawal emosi. Berubah untuk jadi yg lebih baik.Sy dah cuba tp x pandai..

Sy tak tau nk buat mcm mane skrg, yg penting sy perlu studi. Sy perlu ketepikan semua emosi negatif nie. Sy tau sy boleh. Insyaallah.


p/s: sedikit lega sekarang.

Post Pilihan

randomposts

Followers